Tuesday, December 24, 2013

Wilayah Kita Dahulu.

Tersebutlah kisah suatu ketika dahulu, sebuah empayar yang besar lagi disanjungi yang bernama Wilayah. Kawasan tanah jajahan Wilayah merangkumi hampir satu bumi seluruhnya; timur dan barat. Rakyat jelata di semua negara berada dalam keadaan yang sangat bahagia dan bersyukur di saat pemerintahan sang pemimpin yang adil menjadikan Wilayah aman dan damai.

Pembangunan dari setiap sudut ekonomi, politik, teknologi dan sosial dari hari ke hari, hasil daripada ketaatan kepada Tuhan dari sang pemimpin hinggalah ke rakyat jelata. Dari hari ke hari juga semakin ramai yang berminat untuk bertandang ke Wilayah untuk mempelajari segala ilmu dan rahsia kejayaan empayar ini.

Namun, manusia itu mudah lupa. Kerana perkataan manusia itu sendiri dasarnya memiliki sifat lupa. Apabila terlupa, perlulah diperingatkan kembali. Maka, runtuh lah empayar Wilayah yang suatu dahulunya gah, hanya kerana sekumpulan kecil puak Sikit yang datang menumpaskan beribu-ribu manusia yang dalam keadaan alpa tiada terduga dari rakyat jelata hinggalah sang pemimpin pada ketika itu.

Kini, segalanya kosong. Yang tinggal hanyalah saki-baki sahaja. Semuanya berpecah-belah. Tiada lagi empayar yang menerusi legasi si Wilayah. Sang pemimpin yang dihormati pada satu ketika dahulu tidak muncul-muncul sehinggalah hari ini. Tentera-tentera yang senjatanya doa dan pertahannya puasa tidak lagi dijumpai. Rakyat jelata yang dahulunya semuanya bersatu-padu berkasih sayang sukar sekali ditemui.

Situasi ini terus berlaku sehingga hari ini. Generasi-generasi kemudian Wilayah semakin hari semakin bertambah, namun, masing-masing dengan hal masing-masing. Tidak seperti dahulu lagi. Satu negara dikepung musuh, negara-negara lain hanya membisu. Tidak seperti dahulu lagi. Negara jiran di sebelah merana meminta pertolongan, negara-negara sekelilingnya hanya melihat dengan sebelah mata. Tidak seperti dahulu lagi. Masing-masing dengan fikiran, "Eh, yang ditangkap itu emak dia, bukan emak aku. Buat apa mahu bersusah payah membantu!". "Eh, yang dibom itu negara dia lah, bukan negara kita. Kita jangan jaga tepi kain negara orang! Kita hanya perlu maju ke hadapan!". Tidak seperti dahulu lagi.

Dan ini akan berterusan. Berterusan lanjut.

Suatu hari, Anda dapati Anda ialah pewaris sang pemimpin empayar Wilayah yang gemilang itu. Apa yang anda buat?


Monday, December 23, 2013

Francais.


Satu daripada kayu ukur berjayanya sesuatu bisnes ialah dengan kejayaannya menempatkan bisnes mereka secara global!

Hari ini, di negara kita sendiri, sudah banyak nama-nama syarikat luar kita dengar melalui radio atau televisyen dsb.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk melakukan bisnes di peringkat ini. Tetapi, bagi bisnes yang maju serta mempunyai sistem yang efisyen, terdapat banyak peluang dan cara untuk mereka terokai untuk menjadi multinational company.

Antaranya termasuklah melalui franchising.

'' Gapo? French Fries? ''

Bukan. Secara mudahnya, franchising ini ialah memberikan lesen kepada mereka yang berminat untuk berniaga dengan menggunakan logo dan jenamanya.

Contoh mudah ialah 7-Eleven, McDonald di Malaysia. Wah, zionis!

(Sila boikot!)



Hm, banyak advantage dan disadvantage kalau buat franchising ni.

Murah, franchisee yang lebih kenal akan culture orang tempatan, dan sebagainya.

Tapi, yang teruknya kalau franchisee tu buat perangai! Terus tak jalan bisnes. Bukan setakat tu sahaja, malah dia burukkan imej bisnes franchisor itu sendiri!!!

''Adakah post ini pasal bisnes?''

err. Ya kot.

Tapi, saya nak tambah sikit je lagi.

Apa yang berlaku kepada franchisee yang teruk itu mungkin akan ditarik kembali lesennya dan tidak akan diberi kepercayaan lagi untuk menjadi franchisee.

Hm so?

Saya tak buat bisnes la!

Pantul diri anda. (Sila terjemah pantul ke bahasa inggeris)

Anda Muslim ibarat anda ialah franchisee kepada franchisor, Islam.

Apa yang anda sepatutnya lakukan ialah memajukan bisnes franchisor dengan menjadi franchisee yang baik.

Kerana walaupun franchisor sudah mempunyai sistem yang ampuh lagi komprehensif, namun jika tak dituruti dan dipatuhi franchisee, akan mundur lah bisnesnya!

Lagi, nama suci Islam pula yang tercalar!

Dan syukurlah kita mempunyai Allah, Maha Pengampun, Maha Penyayang yang sudah memberi kita cahaya Islam kepada kita sehingga hari ini sebagai lesen untuk ke syurga yang abadi.

Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah.....

Islam!








Sunday, December 22, 2013

Jenama.


Apabila kita lihat buah epal yang mempunyai kesan gigitan kecil di sebelah kanan, apa yang otak kita terjemahkan?

Apple.

Buah Epal -> Apple -> i-phone-> Macbook dan sebagainya.

Perkara ini dipanggil sebagai faktor kebiasaan. Dan faktor ini juga membolehkan para businessman, businesswoman di luar sana membuatkan pembeli membeli produk mereka dengan membuat branding. Jenama!



Contoh lain, apabila melihat warna duck-egg blue.(Saya baru tahu warna ini dipanggil sebagai telur itik biru(?)), orang akan teringat akan produk Tiffany & Co.

Tapi, saya pun baru tahu akan perkara ini. Tiffany & Co telah berjaya menyerlahkan diri mereka daripada yang lain hanya dengan warna eksklusif mereka ini.

Produk mereka dibungkuskan dalam kotak yang dibalut dengan warna ini dan ini menjadi unique selling point mereka.

Begitu juga dengan jenama produk lain.

Apakah 'jenama' kita?

Apabila orang di luar sana melihat kita, apa yang mereka lihat?

Selain daripada penampilan kita, apa yang mereka dapat lihat?

Akhlak kita. Tingkah laku kita.

So?

Akhlak kita -> Diri kita-> Ibu bapa, Guru kita, Kawan kita ................. -> Agama kita.

Islam.

Kita Muslim membawa nama Islam itu.

Kita membawa nama qudwah kita - Nabi Muhammad.

Seolah-olah di belakang kita diikat dengan tiang bendera Islam yang dilihat oleh orang di sekeliling.

Setiap perbuatan kita, secara tidak langsung, akhirnya, dikaitkan dengan Islam.

Anggapan orang pada Islam, pada orang Islam. Seperti juga si bapa, orang lihat pada si anaknya.

Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.

Mahu tak mahu, jika anda Muslim, anda bertanggungjawab pada Islam.




Monday, November 18, 2013

Hati Keras - Usrah?



''Gua pelik la dengan Koqa tu. Macam mana la dia boleh join usrah tu'', kata Koro bernada serius.

''Apa yang lu nak peliknya? Semua orang boleh masuk usrah. Kan usrah tu for all!'', jawab Kofa selamba.

''Lu pun sokong usrah ke, Kofa? Hati rock macam kita ni mana boleh pergi join benda-benda macam tu!''

''Kenapa?''

Koro terdiam sebentar. Seolah-olah tidak tahu apa yang mahu dijawabnya.

''Sebab kita ROCK!!!'' jerit si Koro.

''Ish lu ni. Rock, rock jugak. Tengok Umar dulu, dia pun rock jugak, tapi Islam dia pun still rockin' jugak brader!''

Koro terdiam sahaja.

''Tengok Singa Allah, Hamzah, hey, makin Islam makin rock nak habaq lu!''

Koro membisu lagi. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Kofa, fikirnya.

''Kalau lu mau contoh sekarang ni, ramai jugak. Cat stevens yang rock dulu tu, sekarang Islam pun hebat lagi tau! Lagi, Sham Kamikaze!!! Kalau lu tak kenal dia memang lu tak rock la. Tengok, dia pun dah berubah tau!''

''Tapi, tapi, gua mau rock! Gua tak mau pergi masjid kena nasyid, masuk usrah kena cakap 'ana' 'anta' pulak!'', ada sahaja alasan yang diberikan oleh Koro yang memang dikenali dengan panggilan KoROCK.

Kofa ketawa terbahak-bahak.

''Tak pernah lagi gua dengar orang pergi masjid , usrah kena nasyid. Apa, lu ingat masjid tu tempat odisyen nasyid ke?'', soal Kofa yang disambung dengan ketawa yang terbahak-bahak.

''Macam ni la Koro, kita pergi jumpa murabbi rockers, nak?''

''Ada ke?''

''Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, bohh!!''

Bersambung...




Monday, October 21, 2013

Kekayaan itu juga Ujian.

Q :"Apakah yang anda akan lakukan apabila anda diberi kekayaan yang tak putus-putus?"

A : " Saya akan menggunakannya untuk kemahuan saya. Saya akan bina rumah besar. Saya akan melancong ke serata dunia. Saya akan melakukan apa yang saya mahu. Menyuruh orang lain melakukan apa yang saya mahu dengan menggunakan kekayaan saya."

Q : "Selepas itu?"

A : "Saya akan menghabiskan masa-masa saya dengan apa yang saya impikan selama ini. Bina menara mencecah langit ketujuh. Saya akan tinggal di tempat paling tinggi di bumi ini. Saya akan jadi famous. Semua orang akan puja saya!"

Q : "Selepas itu?"

A : " Err...apa pulak ya..mati lah kot"

Q : "Erk? Macam tu sahaja?"

A : " Ya lah. Macam mana lagi? "

Q : " Percaya tak ada kehidupan selepas kematian?"

A : Percaya

Q pengsan.


Manusia apabila sudah memiliki satu bukit emas, masih mahu sebukit emas lagi. dan seterusnya. (mafhum hadis)

Cerita Tha'labah yang meminta Rasulullah untuk berdoa agar dikurniakan kekayaan melalui penternakan biri-biri/kambing yang sihat-sihat telah membawa pengakhiran yang merugikan kepada Tha'labah. Solat tidak lagi berjemaah. Zakat pula tidak ditunaikan. Sesungguhnya, kekayaan itu menipu.

Tetapi, bukan semua orang ditipu dengan kesenangan harta. Abdul Rahman bin 'Auf tidak tertipu. Uthman bin 'Affan tidak tertipu.

Senang cerita, Tha'labah itu menggambarkan manusia biasa manakala Abdul Rahman bin 'Auf dan Uthman bin 'Affan itu menggambarkan manusia qawiyy!

Kita check balik diri kita. Kita manusia biasa atau manusia qawiy...




Saturday, October 5, 2013

Bagaimana Kita Perlu Membangun?

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, perasan atau tidak, 'Graf Pembangunan vs Akhlak' ialah inversely proportional. Mengapa?

Seorang sahabat pernah bertanyakan Saidina Umar al-Khattab,

" Bolehkah sesuatu negeri itu jatuh walaupun sudah membangun pesat?"

Jawab al-Faruq,

" Boleh, jika kejahatan menguasai kebaikan"

au kama qal.

Apa yang membezakan pembangunan kita hari ini dengan pembangunan Islam yang membawa kepada kepimpinan dunia?

Sejak daripada zaman Nabi s.a.w lagi, Nabi tidak pernah mengutamakan pembangunan yang berlebih-lebihan. Apa yang Nabi s.a.w lakukan ialah pembangunan rohani - jiwa. Tarbiyyah. 

Apabila pembangunan dalaman (Tarbiyyah) sudah kukuh lagi qawiy, baru lah di zaman-zaman Umayyah dan Abassiyyah akhirnya negara Islam berkembang pesat. 

Ketika itu, rakyat mudah ditadbir, negara aman, segalanya berpandukan Islam. 

Kalau kita dahulukan pembangunan luaran, ia tidak akan dapat bertahan lama. Kerana, rakyat dalamannya kosong.

Berlakulah segala kerosakan di dalam sesebuah negara itu. Sukar dibendung.

Anak muda tidak lagi menghormati orang tua. 'Pak Guard' dimarahi ditendang seperti mereka bukannya manusia.

Nyawa-nyawa manusia tidak lagi berharga di mata manusia-manusia.

Rasuah berleluasa.

Biarlah negara tidak membangun seperti negara-negara Barat.
Biarlah negara tidak pernah didengari orang-orang luar.

Asalkan negara aman. 
Asalkan rakyat tidak takut untuk keluar rumah dek orang-orang jahat.

Pembangunan bermula dari dalam, bukan dari luar.

Jika bermula dari luaran, apa yang berlaku di sekeliling kita ini lah kesannya.

Thursday, September 5, 2013

Laif

Ayah anda berkata kepada anda,

" Wahai anakku, akan aku tunjukkan kepada mu kebahagiaan yang tiada tandingannya, yang belum pernah kamu merasainya."

" Mahukah kamu menikmatinya?", sambungnya lagi.

Anda mengangguk perlahan.

" Nun di sebalik hutan yang tebal di sana, ada sebuah kawasan yang saaaangat cantik, indah dan mendamaikan. Itulah tempatnya. "

Anda pun cuba membayangkan kecantikan dan ketenangan tempat itu dalam fikiran anda. Fuh, indah!

"Tapi", sambung ayah lagi.

" Kamu perlu mengharungi hutan tebal yang penuh dengan kesusahan. Banyak cerita yang ayah dengar daripada kawan-kawan pasal hutan tu. Ada yang kata dekat situ wujud binatang-binatang ganas seperti harimau belang, harimau kumbang, singa, serigala, dan binatang-binatang liar yang lain lah. Lagi, di situ ada pokok-pokok yang menghasilkan buah-buah yang beracun, debunga-debunga yang melalaikan dan melupakan serta pokok-pokok yang makan manusia! Lagi, hutan itu bukannya seperti di sini ; tanah yang rata, senang untuk berjalan. Tetapi, di sana akan ada lubang-lubang besar, lembah-lembah yang curam, batu-batu besar, gunung berapi, dan lain-lain. "

" Eh, kenapa ayah bagitau semua ini? "

" Ayah bukannya mahu menakut-nakutkan kamu. Tapi, kalau ayah lepaskan kamu begitu sahaja, pasti kamu tidak akan tahu keadaan sebenar hutan tebal itu. Pasti kamu akan sesat dan tidak akan sampai ke destinasi itu kerana kamu akan menganggap hutan itu seperti hutan-hutan biasa yang lain. "

Anda mula faham dengan pencerahan si ayah.

" Kesenangan tak akan dirasai tanpa kesusahan, kan? " ujar ayah.

Anda mengangguk laju.

"Jadi, di sini ayah ada satu kompas, dan satu lagi senarai apa yang perlu buat dan tidak buat di dalam hutan itu (do's and dont's)", kata ayah sambil memberikan kedua-dua barang itu kepada anda.

Anda baru sahaja mendapat :
  • Kompas
  • Senarai Do's and Dont's

" Untuk apa ni? "

" Kompas ini untuk menunjukkan jalan ke destinasi kamu ingin tuju supaya kamu tidak akan sesat. Senarai itu pula untuk kamu akan selamat di hutan. Senarai itu memperincikan segala-galanya seperti buah-buahan apa yang beracun dan yang mana yang tidak. Supaya kamu dapat makan buah-buahan daripada pokok yang betul. Lagi, pada senarai itu juga ada apa yang perlu kamu buat jika bertembung dengan harimau-harimau daripada puak yang berbeza. Lagi, kamu boleh tengok di situ. "

" Senarai ini, macam banyak sahaja! Lagi hafal, lagi senang nanti! "

" Itu terserah kepada kamu. Kamu nak hafal, lagi mudah perjalanan kamu nanti. Tidak lah, kamu mahu mencari senarai itu semula ketika singa menyentuh bahu kamu kan? ", usik ayah.

" Wah, di sini pun ada cara-cara membuat anak panah dan alat memanah. Pisau pun ada! Cara-cara menyembuhkan luka pun ada!" 

Ayah cuma tersenyum.

" Dalam perjalanan nanti, jangan pernah lupakan kedua-dua barang ini tau. Jangan pernah tinggalkan dan kamu perlu sentiasa membawanya dalam beg galas kamu nanti. Kalau tidak...."

"Kalau tidak apa, ayah?"

"Kalau tidak, kamu sesat lah!", jawab ayah.

            *****

Kini, anda sudah berada dalam hutan. Suasana sunyi sepi. Anda meneruskan perjalanan.

Sedang anda berjalan, anda terlihat beberapa orang lain sedang berjalan-jalan di hutan. Anda pasti, mereka sedang menuju ke destinasi yang sama.

Anda berjalan lagi. Kali ini pula, anda menyaksikan seorang pengembara hutan bergelut dengan sang harimau belang tidak berapa jauh dari kedudukan anda. Jika diteliti dengan baik, anda perasan bahawa si pengembara itu tidak menggunakan cara yang terdapat dalam senarai Do's and Don'ts yang telah diberikan oleh ayah tadi. 

"Kalah lah orang ni."

Hutan


Tetapi, sangkaan anda tersalah. Dia berjaya membunuh sang harimau itu tadi, lalu makan dagingnya selepas membakarnya.

Friday, August 30, 2013

Kita Tak Akan Pernah Merdeka.

Merdeka!

Satu statement yang boleh saya keluarkan atau mungkin pernah disebutkan oleh orang lain,

" Merdeka adalah dengan setulus hati mengabdikan diri kepada Tuhan kita "

Hanya ini jalannya untuk merdeka. Kerana, kita semua mahu memerdekakan diri kita daripada ancaman dan azab yang paling bahaya yakni neraka Allah.

Apa guna kalau merdeka daripada jajahan musuh sahaja, tetapi, nanti di sana menjadi bahan bakar neraka?

Kerna itu lah dengan mengabdikan diri hanya kepadaNya, kita pasti akan merdeka kerana kita perlu untuk tidak mengabdikan diri kita kepada bisikan syaitan dan nafsu kita.


" Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya.... "
*Surah Al-Mu'minuun, ayat 71*

Jalur Gemilang!



Kerna itulah saya katakan, merdeka yang kita sambut tiap-tiap julung kalinya ini hanya sementara dan mungkin tidak akan berkekalan selagi al-Haq tidak ditegakkan.

Ya, kita perlu lah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberikan keamanan (er, valid kah ini?). Kita masih mampu menjalani kehidupan seharian kita dengan lebih baik daripada saudara-saudara kita yang hebat dibedil oleh musuh-musuh Allah. (nota : Jangan lupa doakan ikhwah di sana ya!)

Yang pasti, kita tak akan pernah merdeka, jika kita set dalam hati untuk mengejar dunia kerana kita bakal dijajah oleh dunia itu sendiri. Percayalah.





-heromahulebah-

Thursday, August 29, 2013

Sangkar Yang Kita Tahu

Beruang-beruang


Jika kita mahu perangkap seekor beruang, kita perlu membuat helah dengan menarik perhatiannya terhadap makanan kegemarannya - ikan, ataupun madu.

Samada kita meletak ikan/madu di dalam lingkaran rantai penjerat sebagai perangkap, ataupun kita meletak beberapa ikan dalam satu laluan ke pintu sangkar sebagai perangkap. 

Bezanya cuma kuantiti ikan yang digunakan dan jenis jerat itu sendiri.


Wednesday, August 28, 2013

Pilihan Remaja - Apa Mereka Suka?

Remaja!

Satu program di TV3 pada satu ketika dahulu. Teng3.

Tapi di sini bukan mahu bicara tentang itu. Di sini kita akan kenali remaja dengan lebih dekat.....er, ye ke?

Sila jangan ragu-ragu ya. Haha!

Jadi, mari kita 'ambil bola bergolek-golek' (sila translate frasa yang berada dalam tanda ' ' kepada bahasa Inggeris - kalau tak tau boleh tanya.)



Remaja Hari Ini menggemari:

1. Kebebasan!


Mak : Mari tolong mak kemas rumah ni, Man.
Anak : Buekk...Tak nak. Saya mahu bebas!! Saya mahu keluar dari rumah ni! Tak tahan dah dengan semua
           ni.
Mak : Weh, lek aa brader!


Sunday, August 25, 2013

Tips Mengetahui Dia itu Kawan atau Sahabat.

La, cliche gila tajuk!

Boring la.

Tak kesah lah apa yang korang nak cakap dan komen, aku akan tetap post jugak. Wahahaha!

Walaupun tajuk entri ini agak cliche (diri sendiri mengaku), namun, saya akan tetap juga menulisnya kerana saya ingin menghailaitkan (baca: highlight) atau menggariskan perbezaan antara Kawan vs Sahabat, walaupun sebenarnyasayaingincakappasalKawanvsIkhwah!

Ok, semua dah sedia untuk baca ya!

Kawan ke Sahabat?!


Friday, August 23, 2013

Simpang Tiga.

Apa yang Simpang 3 ni? Ha!

Meh nak cerita sikit.

Ok.

" Hidup di dunia ini bagaikan kita berjalan kaki menuju ke satu tempat yang dinamakan Syurga.

Kita pun jalan-jalan. Namun, sering kali semasa kita berjalan, kita pasti akan bertemu dengan simpang tiga. Kita semua pernah melalui simpang tiga ini.

Simpang Tiga


Kita pun pandang ke kiri. Jalannya sangat cantik, dihiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni. Semuanya sungguh indah dan menarik untuk dilawati. Kelihatan ramai pula yang melalui jalan ini. Detik hati kita akan berkata, " Hush! Pastilah aku rugi kalau tidak ku lalui jalan yang nan indah ini'.

Kita pandang pula ke kanan. Jalannya berlubang-lubang, berduri-duri, berat mata memandang, berat lagi kaki untuk melangkah masuk jalan ini. Bunga-bunganya ada, tetapi tersorok. Hanya orang tertentu sahaja yang akan nampak kecantikannya dan bau akan harumannya. Kelihatan pula tidak ramai yang melalui jalan ini. Sunyi. Siap ada bunyi cengkrikkrik lagi. Terdengar pula si hati berbisik, " Macam tak best je jalan ni".


Wednesday, August 14, 2013

Video Pendek - Cerita Dol - Hero

Video ini menceritakan tentang seorang budak biasa yang suka tengok cerita kartun di TV, lebih-lebih lagi cerita yang banyak 'lawan-lawan'. Pada suatu hari, dia tengok cerita superhero. Memang seronok lah dia kan.

So, lepas tengok cerita tu, budak ni pon bercita-cita nak jadi SuperHero macam dalam cerita tu lah. Tapi, bila difikirkan balik, dia tahu bahawa semua itu adalah dongeng, tipu, hanya dalam cerita sahaja.

Dia sedih kerana cita-cita mulianya untuk melawan orang jahat itu hanyalah dalam cerita sahaja. Namun, apabila semakin dewasa, dia mengerti, semua orang boleh menjadi SUPERHERO!

Sama ada dia nak ke tak je.



Tuesday, July 30, 2013

Saya Suka Semut.

" Papa, papa! "

" Ye apa? "

" Tengok semut ni! "

Ayah tak menjawab. Mungkin sudah masak dengan perangai anaknya yang sukakan semut.

Arif memang sangat suka menyaksikan gelagat angkatan semut yang bermain di celah-celah lantai rumahnya.

" Papa, papa! Tengok ni! "

" Ada yang laju, ada yang slow, ada yang mati Arif penyek kan dia! "

Arif ketawa riang.

Mahu sahaja ayahnya mengalih anaknya ketepi lalu spray semut-semut tu dengan Ridsect. Kalau bukan kerana perbuatannya itu dahulu pernah menyebabkan anaknya menangis teresak-esak kerana telah membunuh semut, pasti dia akan buat lagi.

" Papa, papa, papa! "

" Arif rasa yang laju ni, askar diorang! Yang slow ni pulak orang biasa. "

" Ye ke, Arif? ", jawab si ayah yang sedang sibuk membelek surat khabar.

" Ya! Susah la nak penyek yang askar ni! Yang orang biasa ni senang la. "

" Dulu ayah spray semut-semut tu, Arif marah. Sekarang Arif pergi penyek-penyek kan semut tu takpe pulak?! ", si ayah tanya kan Arif dengan nada selamba.

Arif tak menjawab. Asyik bermain dengan semut.

Kini Arif sudah dewasa. Dia telah mendapat banyak iktibar dengan hanya penghayatan terhadap semut, makhluk tuhan yang sangat kecil itu.

Kerjasama kumpulan semut memang tak dapat dipertikaikan lagi. Boleh dikatakan, si semut lagi hebat kerjasama mereka berbanding dengan manusia yang dikatakan punyai akal fikiran yang hebat. Bila sisa berat mereka angkat bersama. Bila sahabat sakit, mereka angkat bersama. Setiap kali bertemu, mereka akan berlaga pipi. Eh.

Binatang yang diberi tajuk pada surah ke-27 dalam Kitab Allah ni memang banyak mengajar manusia hari ini. Sistem kehidupan mereka yang dipimpin oleh Sang Ratu Semut, bagaikan seorang Khalifah di muka bumi ini sambil di bawahnya 'askar-askar' dan orang-orang biasa.

Sistem yang sangat efisyen dan bergaya ini bisa membuat muka sesetengah manusia hari ini menjadi merah kerana malu tidak mampu mengatur sesuatu organisasi yang setara dengan semut pun!

'Askar-askar' semut lagi payah untuk dipenyekkan berbanding dengan semut biasa bak kata Arif tadi. Begitu juga manusia pada hari ini. Pilih lah samada anda mahu menjadi 'askar-askar' yang tahan lasak, yang mampu menangkis serangan Jahiliyyah yang telah berjaya memukau kebanyakan mereka pada hari ini ataupun semut biasa yang hanya melakukan kitaran semut biasa tiap-tiap hari sehingga akhirnya 'dipenyek-penyekkan' oleh anasir luar - Arif.

Mari membuat pilihan tepat!


-heromahulebah-


Wednesday, July 24, 2013

Segembira Mereka di Wisel Penamat


29 Jun 2013, 1530, Lebuh Raya Seremban, kawasan UPM-Serdang.

Perjalanan saya tersekat di lebuh raya Seremban apabila penyokong-penyokong JDT dan Red Warriors berbondong-bondong menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Riak wajah mereka yang sangat seronok dan excited yang melampau dengan bendera kelab bola masing-masing tidak lain hanya menambahkan kemarahan dan kebosanan orang yang benci kan bola sepak apatah lagi terperap dalam kereta berjam-jam kerananya.

"Oi! Cepat la gerak kereta depan oi!".. Menjerit tanpa buka tingkap dengan harapan mereka mendengar.

"Cilako! Meeting aku 5 minit lagi  weh!".. Menjerit sambil hon kuat-kuat.

(Dialog ini hanya rekaan semata-mata yang dibuat menerusi pemerhatian wajah orang dalam kereta-kereta sekeliling. Hehe.)

Mana tidaknya, semua jenis kereta ada atas jalan tu semuanya seolah-olah bertanding kekuatan hon masing-masing. Dari kereta kecil sampai lah bas-bas menyibuk di sana.

*Fast forward

Perlawanan pun bermula.

Gedebak Gedebuk; * Double Fast forward!!

Lebih kurang 30 minit sahaja lagi tinggal sebelum wisel penamat ditiup, semua pemain, jurulatih dan penyokong Kelantan FC mengharapkan masa bergerak dengan pantas kerana mereka sudah mendahului JDT dengan 1-0. Harapan mereka, mereka dapat mengekalkan mata itu sehingga ke waktu penamat. Kesemua mereka excited dan tak sabar untuk menunggu pengadil meniupkan wisel yang panjang kecuali penyokong dan pemain pasukan JDT.

Sebaik sahaja wisel ditiupkan, ada mereka yang gembira, ada juga merana. Mestilah, adat permainan kan...Ada menang, ada kalah.

So, apakah perkaitannya?

Kelantan 1-0 Johor

Huh. Kaitkan diri anda dengan cerita di atas.

Anda ialah pemain-pemain di padang yang sedang berjuang untuk pasukan anda. Anda hanya mempunyai 30 minit sahaja lagi untuk ke wisel penamat. Sekarang anda tentukan diri sendiri, pasukan mana kah anda sedang berada di ketika ini?

Adakah anda di pihak yang meminta agar waktu penamat itu dipercepatkan?
Ataupun anda orang yang sangat takut waktu itu tiba?

Hidup sampai lah hari ini. Terfikir. Apakah kita bersedia untuk menghadapi kematian. Adakah kita mengharapkan ia datang segera seperti Sabikuunal Awwaluun (orang yang awal-awal memeluk Islam) dahulu yang sentiasa bersedia untuk syahid di jalannya? Ataupun orang yang masih berlengah, mengharapkan kematian itu masih lambat datang menjemputnya.

"Weh, aku cuak doh mati!" Sambil bermain game DotA.

Eh. Termakan cili pedas pulak masa bulan pose ni.

Adakah kita akan bergembira mengangkat piala bersama-sama ikhwah yang berjuang bersama-sama ataupun menunduk malu menyesal yang tak berkesudahan, yang tiada guna lagi.

Pastilah, iman dan amalan-amalan kita pada saat kita dijemput itu wajib dalam top form. Barulah kita akan berasa tenang dan selamat walaupun kematian itu sakit yang tiada terperi.

" Mereka bersuka cita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak berduka cita "
(Surah ali Imran, ayat 170)


" Amboi. Cakap senang lah, susah kot nak buat! "

Eh. Tak pernah pulak cakap senang. Memang lah susah. Kita kena betul-betul berusaha pastikan iman dan mutabaah amal kita untuk maintain dan bertambah baik setiap hari. Fuh. Susah doh! 

Sebab itu lah hidup ini satu perjuangan, bukannya bak kata pujangga " Hidup ini hanya sekali, so kita enjoy ~ ".
Muntah.



Mujahadah itu satu kepastian,
Futur bukannya pilihan,
Taman-taman syurga itu satu kemestian,
As-syahid di jalanNya menjadi buruan.



Sesungguhnya aku telah menyaksikan kematian yang menghidupkan. Kematian yang dicemburui kerana dia dijemput semasa dia sedang beraksi hebat sekali di medan Tarbiyyah ini. Akhi Iman Syafiq. 


-heromahulebah-

Tuesday, July 23, 2013

Oh My Ramadan!


Ramadan!

Pastinya, apabila disebut perkataan Ramadan, perkara pertama yang terlintas dalam kepala semestinya puasa. Ada juga yang terus menggambarkan selawat oleh bilal untuk solat tarawih. Lagi teruk, kalau ada yang terus tersenyum mengenangkan bazaar Ramadan semata-mata. Ada juga menjadi seorang yang visionary apabila muncul terus dalam kepala mereka warna baju melayu dan baju raya juga kuih-kuih raya yang bakal ditempah untuk sebulan selepas bulan Ramadan. Ada juga yang sudah set bulan Ramadan ini sebagai bulan hibernasi mereka setiap tahun. Fuh.

Macam-macam.

Ok. Kita lihat pula apa yang Yang Maha Bijaksana 'kata'...


" Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.... " 
( Surah Al-Baqarah, ayat 185 )

Sebaik sahaja disebut Ramadan, Allah gariskan tentang Al-Quran. So?

Eh. Tak pernah terfikir pon!

Justeru, saya menyeru kamu dan diri saya untuk mendekatkan diri kita dengan al-Quran ini. Bukan sekadar literally  je okay! Fahamilah terjemahannya, tadabburlah isi kandungannya. Orang yang kita cintai selepas Allah sendiri pun bertadarrus Al-Quran dengan Jibril setiap malam. Tapi, kita bertadarrus Facebook malam-malam?!

Peluh kecil.

Lagi, tahukah anda?

Sesungguhnya bulan barokah ini adalah kurniaan Dia buat kita. Sebagai satu sambutan kegembiraan terhadap nuzul al-Quran yang telah berlaku dalam bulan ini. Special kan? Hoho! Mana ada orang lain celebrate happiness dorang selama sebulan....eh ada, orang kita yang sambut raya selama sebulan, ada jugak 2 bulan. Eh eh. =..="

Tapi, jika anda berfikiran jumud, masih dengan fikiran bulan ini bulan menyeksakan kerana tak boleh makan dan minum, maka jauh sekali lah mendapat kejayaan yang diharapkan di hujung bulan Ramadan ini.

Ya. Ketaqwaan.


" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan bepuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa "
(Surah al-Baqarah, ayat 183)



Jika anda masih dengan "matilah aku, tak boleh makan.." dan "Laparnya, tidur aja lah", maka cuba anda letakkan diri anda dalam kategori puasa yang telah dibahagikan oleh para ulama'. Puasa orang awam. Puasa khusus. Puasa khususul khusus. Di manakah anda? Korang tak nak upgrade sket ke korang punya puasa setiap hari? Teruk lah kalau masih di tampuk lama sahaja kan?

No Pain No Gain! Hah, gitu!



p/s :

Belanja lah leklok kerana pasti akan ditanya 'esok'.
Belanja dan doa lah juga untuk saudara-saudara kita di sana kerana sungguh, mereka sedang merana.
Mujahadah lah dalam bulan ini, agar mendapat ganjaran dan rahmatNya serta bekalan iman dan taqwa untuk berperang dengan syaitan dan al-hawa yang sedang menanti.



-heromahulebah-

Saturday, June 29, 2013

Kerana Boss Aku Suruh


Aku ada Boss. Disebabkan dia Boss, dia sangat lah bossy - dia sendiri yang mengaku.

Boss?
Aku jugak ada rakan sekerja. Atau kawan kat office. Atau office-mate. Dia ni sangat lah pelik. Sebab dia merupakan orang yang Boss paling sayang.

Gaji bulanan dia lebih daripada aku walaupun aku lagi cekap bekerja daripada dia. Tapi, dia tak dengar pun cakap Boss. Tak buat pun apa yang si Boss tu suruh. Boleh kata hampir tiap-tiap hari dia sampai office ni sama waktu dengan Boss, malah kadang-kadang jalan sebelah-sebelah pulak dengan Boss. Si Boss pula, selamba je sembang-sembang dengan dia sambil menghala ke bilik pejabatnya. Sampai dia tak perasan akan kehadiran aku yang menunggu untuk menjemputnya di depan pintu biliknya. Usaha aku untuk mengampu Boss mahukan promotion tak menjadi. Kopi O yang aku bancuh untuk Boss, penat lelah aku menjadi orang yang paling awal datang ke pejabat, lenguh pipi aku kerana sengih senyum aku kepadanya tiap-tiap kali bertembung, semuanya tak terbalas dan tak berhasil. Daripada usaha yang tak menjadi ni, aku belajar sesuatu yang baru. 'Kerja kena ikhlas!'.

Kawan aku yang tadi pula, jadi orang kanan Boss.Tapi, aku tak hairan sangat sebab dia merupakan anak kepada Boss aku ni. Tapi, yang aku kata pelik tu sebab dia sendiri pun tak respect dengan ayahnya sendiri.

Ada satu kisah :

Satu hari, Boss berkata,

" You all kena ikut rule yang I dah tetapkan ni. Walaupun sebelum-sebelum ni lain, tapi sekarang you all tau yang I ni Boss korang kan....~"

" Tau, Boss ". Sambil semua muka annoying.

" Korang faham tak ni? Penting ni! Kalau you all tak ikut rule ni one by one, syarikat kita akan muflis! Business kita boleh bankrupt, you all! "

Semuanya menjadi serius setelah mendengar ayat terakhir Boss sebentar tadi. Namun, semua tak bertahan lama. Sudah nampak segelintir daripada kami yang mula tidak patuh peraturan Boss kami. Semakin lama semakin ramai yang tak ikut peraturan Boss. Boss yang bersikap Laissez Faire itu tahu akan keadaan ini, namun, dia hanya mahu melihat dahulu.

Akhirnya, syarikat kami jatuh. Muflis! Ternyata pesan Boss kami satu hari dulu itu amat lah penting. Kesemuanya tunduk menyesal atas kesilapan yang dulunya kami ambil enteng sahaja. Barulah kami sedar, Boss sangatlah sayang akan kami dengan pesannya itu.



" You all! Tengok apa dah jadi. I dah pesan awal-awal lagi kan? Kenapa korang degil sangat ni. Tengok lah sekarang ni. Disebabkan korang, Syarikat Jahiliyyah menjadi pujaan ramai. Disebabkan korang lah, Syarikat Jahiliyyah mampu mengalahkan kita, dan menjadi MNC ( Multi National Company), menjadi franchisor dan sudah memegang ekonomi dunia dengan sekelip mata. "

Kami semua menunduk malu dan rasa sangat bersalah kerana Syarikat Jahiliyyah itu merupakan saingan syarikat kami dari dahulu lagi. Dari dahulu lagi mereka menunggu peluang akan kelalaian kami semua. Kami juga tahu Boss sangat memusuhi mereka sehingga tidak pernah mengadakan sebarang rangkaian walaupun yang kelihatan menguntungkan seperti e-commerce dengan syarikat tersebut.

" You all! Kalau you all really rasa menyesal dan mahu bangkit  kembali, mari jumpa saya. Saya terima anda kembali. I forgive you. Saya pun ada banyak lagi business sebenarnya. Jadi, saya tak ada lah rugi sangat sebenarnya compared dengan you all. So, lepas ni, stick with the rule okay? This is not the end of the world. Let us take back what we had achieved before!"

Semua orang berwajah semangat.

" So, now who's with me?! "

" Saya ! " Semua orang dengan lafaz yang sama.

Boss tersenyum lebar sambil menghampiri aku.

" Are YOU part of the team? "



" Wahai orang-orang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? "

" Beriman kepada Allah dan RasulNya, serta berjihad (berjuang) membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ( hakikat yang sebenarnya.) 

(As-Saff : 10-11)



-heromahulebah-

Thursday, June 6, 2013

Marilah Bangkit !


"Bangkit? Bangkit daripada apa sih?"

"Negara sudah maju. Keselesaan sudah dirasai. Lagi, dunia di hujung jari saja. Jadi, apa pula yang nak dibangkitkan?"

Satu daripada sebab saya sokong dan minat pasukan Arsenal adalah kerana pemain-pemainnya yang tidak mudah mengalah dan mengenal erti ingin bangkit. Boleh kata banyak match dorang yang menampakkan kebangkitan dorang. Dari 0-2, Arsenal bangkit menang dengan final score 3-2 melawan Bolton Wanderers beberapa musim sebelum ini, walaupun bermain dengan 10 pemain sahaja. Dan musim 2012/2013 yang baru sahaja tamat ini, menampakkan kebangkitan Arsenal menentang Reading dengan mata 7-4 walaupun sudah ketinggalan 3-0 pada 1st half. Dan banyak lagi sebenarnya..hehehe.

Oops. Sorry seronok sangat tulis pasal Arsenal ni dan mungkin bagi korang takde kaitan. Hoho.


Sebenarnya, apa yang saya nak sampaikan ialah tentang keadaan kita sekarang ni. Ya, kita ummat Islam. -jeng jeng jeng-. Kita tahu bahawa kita pernah memiliki kekuasaan 2/3 dunia, dan menjadi Ustaziatul Alam. Seluruh dunia diperintah dengan adil oleh khalifah Islam, dan dunia menjadi aman damai.  Oh, bahagianya! Ingin sekali aku merasai nikmat itu! Sungguh.

Negara Islam menjadi pusat rujukan ilmu, tempat untuk berlindung atas keadilan pemerintahan, kepesatan ekonomi dan ketenteraan yang sangat unggul dan tidak akan mengecewakan. Islam tika kerajaan Abbasiyyah ini sangat dihormati dan digeruni dan tiada tandingannya. Oh, hebat rupanya kita dahulu ya!

Tapi hari ini,

"Islam? Hahaha!"
"Islam, agama yang paling busuk tu?"
"Oh, penganut agamanya yang dipijak-pijak macam binatang dekat Asia barat tu, erk?"

Eh, saya sedang bermimpikah? Macam mana boleh 180°? Mana khilafah Islamiah dulu? Mana kehebatan Islam dulu, saya nak tengok! Mana keadilan dunia, apa yang saya lihat sekarang hanyalah kezaliman dunia!

Saya suka mengaitkan Arsenal FC dengan keadaan kita sekarang ni. Bagi peminat English Premier League (sekarang Barclays Premier League) yang sudah follow dari kecik, 'dorang' mesti tahu bahawa Arsenal adalah merupakan team yang paling kuat di samping Manchester United. Senang cerita, dua team ni je yang boleh kata conquer liga tu. Dan kita boleh relate zaman Abbasiyyah Arsenal ialah pada musim 2003/2004, musim Arsenal jadi the Invincible, zero kekalahan. Huih, hebat tu!

Tapi, sekarang, segalanya berubah. Arsenal bukanlah lagi the invincible, malah vulnerable. Dan bukanlah team terbaik dalam EPL...  KENAPA?!!!!! Eh.

Serius, kenapa? Kenapa Arsenal tidak sehebat dulu, sedangkan mereka masih mempunyai manager yang sama, Arsene Wenger. Pengurus yang telah membawa Arsenal menjadi hebat di samping memperkenalkan permainan cantik lagi bergaya (kerana dulu pernah dipanggil Boring Boring Arsenal). Saya masih percaya dengan kecekapan Arsene dalam mengurus team ini, tapi kenapa Arsenal tak seperti dulu. Sila jangan muncul Exist dalam kepala.

Ya, Islam masih hebat, sempurna dari awal lagi. Tapi, masalahnya ialah dari dalam. Ya, KITA! Gulp! Kita yang bawa masalah kepada Islam. Dan Islam tidak pernah bawa masalah kepada kita. Kita yang tidak berpegang kepada Islam secara keseluruhan. Dan kita yang menyebabkan orang lain tidak pandang Islam lagi. Kita penyebab mereka-mereka di sana tidak hormat kepada kesucian Islam lagi. Fikir. Mengapa mereka perlu pandang dan hormat Islam jika masih ada antara kita yang tidak pandang dan hormat Islam?

Mengeluh.

Maka, ayuh. Marilah bangkit bersama menuju kejayaan! Mata dan jari menunjuk ke langit. Jadilah seperti atlet negara, Azizulhasni, yang sudah beberapa kali mengejutkan kita dengan kebangkitan dalam memenangi acara keirin, mengalahkan pelumba-pelumba lain dari luar negara.

Caranya?

Keadaan di Turki sekarang telah mengajar kita bahawa cara untuk bangkit secara efficient adalah dengan pembinaan individu-individu yang berkualiti. Sirah telah membenarkannya. Dan inilah kunci yang akan membawa Arsenal kembali berada di puncak carta EPL suatu hari nanti. Woohoo!

Sekarang, kita kena pastikan diri kita sehebat Tony Adams, Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Robert Pires, dll. Barulah kita akan jadi, The Invincible, dengan izin Allah.

Cuma ANDA MAHU atau TIDAK.
AzizulHasni Awang - kebanggaan negara



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah : 30)


-heromahulebah-

p/s: maaf kerana terlalu banyak tadabbur Arsenal. pis!

Hakikat Yang Diremehkan !


Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu leka, lalai,
Masih mampu bersuka ria lagi bersantai,
Walau menyedari diri bagaikan buih di tepi pantai.

Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu bersenang lenang,
Masih mampu 'tidur' dan berasa lapang,
Bersenang-lenang di pagi dan petang,
Sedang saudara seagama tanpa henti berjuang,
Penat disiksa dibunuh dalam kekejaman perang.

Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu jadi 'bodoh',
Tiada mahu kembalikan zaman 'kita' yang utuh,
Tiada mengerti khilafah Islam sudah lama roboh,
Tiada mengerti ummah sedang teriak mengeluh,
Dan kita hanya mampu berkata 'oh'?!

Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu bermaksiat sini dan sana,
Masih mampu bergelak dan berketawa,
Yang tidak pernah dibuat al-Ayyubi sementara Al-Quds dijajah,
Yang tahu sedar langit tinggi rendah,
Jika itu sifat pejuang yang hebat, maka apakah kita sang bedebah?!

Menyedari hakikat ini,
Solat lima waktu tiada dipelihara,
Ceramah-ceramah tiada didengarinya,
Usrah-daurah tiada dihadirinya,
Lidah dan mata tiada dijaga,
Tapi mahu Islam berada di puncak dunia!

Oh teman,

" Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti?" (Al-Qasas : 60)

Maka,

" Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan" (Luqman : 22)



Jom kejar cintaNya yok! Ohoii!


-heromahulebah-

Tuesday, June 4, 2013

Suatu Perjalanan - Mat & Ayah

Saya pasti anda sudah banyak mendengar, membaca atau membuat sendiri analogi atau ungkapan-ungkapan yang dapat dikaitkan dengan kehidupan kita. Ok, kali ini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai suatu perjalanan seorang yang bernama Mat, sewaktu suatu percutian. Sila tadabbur sendiri ya..

Kisah ini benar. Kecuali nama. Bukan nama sebenar.

"Ayah, kenapa kita lalu ikut jalan ni? Bukan ke jalan ni tak diiktiraf untuk 'boleh-lalu' lagi ke?", tanya Mat ingin tahu benar.

"Oh, yang tu maksudnya dorang belum 'officially gazette' lagi jalan ni kat 'public' sebab jalan ni tak siap lagi", jawab si ayah.

"Tapi, lalu ikut ni bahaya kan?", tanya Mat lagi.

"Em, sikit la. Jalan lubang-lubang, kadang-kadang ada tanah runtuh depan tu, so, tak boleh bawak laju sangat la.", ayahnya menjawab sambil memandu dengan tenang.

"Oh, tapi kenapa dorang bagi jugak orang lalu jalan ni. Kan bahaya ada sume tu. Silap-silap boleh mati jawabnya.", ujar Mat, risau.


"Memang la. Sebab tu la kalau Mat perasan tadi, dia ada tulis 'drive at your own risk'. Hanya orang yang tertentu macam ayah je yang boleh lalu ikut jalan ni.", kata ayahnya yang diikuti dengan ketawa besar.

"Esh ayah ni, boleh lak bangga-bangga kat jalan-jalan macam ni.", bisik hati Mat.

Suasana dalam kereta menjadi krik-krik selepas itu. Tidak lama kemudian, ayahnya berkata,

"Mat, meh ayah nak beritahu kamu sikit pasal 'driving' ni."

"Hm?"

"Masa bawak kereta kat jalan macam ni, or highways, sebenarnya lain caranya dengan bawak kereta di jalan-jalan biasa."

Mat mendengar dengan teliti.
Mat & Ayah?


"Orang yang 'drive' dekat bandar-bandar, tak semestinya dapat 'drive' di highway dengan baik", kata ayahnya sambil memberi isyarat belok ke kanan.

"Kat highway, mesti orang bawak laju-laju kan. Dah nama pun highway. Tapi, masa tengah drive tu, kita tak boleh syok sendiri je!", sambungnya lagi.

"Err..", Mat kurang jelas.

"Kita kena bersedia dengan apa jua possibilities, macam, jalan rosak ke, binatang tiba-tiba lalu ke, hujan lebat tak nampak jalan, angin lintang ke...so, Mat kena selalu dalam keadaan ready, kalau tak, bahaya lah.", si ayah menjelaskan.

"Betul gak", Mat baru mengerti lalu setuju.

"Lagi, kadang-kadang, bahaya ni bukannya datang dari salah kita je, atau jalan yang gitu-gitu tu, tapi, ye lah, orang lain pun boleh jadi bahaya jugak. Orang yang mengantuk ke, orang yang baru dapat lesen terus 'drive' ikut highway ke, so kene prepare diri kita dan aware dengan orang lain sekali.", si ayah benar-benar mahu anaknya faham.

"Susahnya! Malas la bawak kereta bila besar nanti. Bila besar nanti, Mat nak jadi bos la, pastu boleh duk belakang. Ada driver!", rintih Mat.

Ayahnya ketawa riang mendengar gelagat Mat, anak ketiganya itu.

"Ha! Bagus la Mat ada cita-cita tinggi macam ni. Sebenarnya, tu la sebab ayah citer sume ni.", ayahnya bergurau.

"Tak de la. Ayah gurau je. Tapi ingat lah bahawa sume tu akan menjadikan Mat seorang driver yang sangat hebat macam ayah ni. WAHAHAHA!", si ayah ketawa terbahak-bahak berhenti 5 minit kemudian.

Perghh. Kerek siot si ayah! Ehem.

Orait, saya mahu menyoal anda, "Adakah sama orang yang memandu kereta di jalanan yang penuh kebahayaan dan halangan sebelum jalan itu di'gazette' kan, dengan orang yang memandu selepas jalan itu diperbaiki dan boleh kata sempurna?"

Memang tak sama lah kan. Begitu juga dengan orang-orang yang membawa panji Islam, orang-orang yang menyeru kepada kehidupan Islam yang sebenar tika Islam tidak lagi menjadi cara hidup atau ad-deen masyarakat ramai walaupun kad pengenalannya membenarkannya. Maka tidaklah sama dengan orang-orang yang mengajak kepada Islam setelah Islam berada di puncak!

" ...Tidak sama orang yang menginfakkan(hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan(hartanya) dan berperang setelah itu. Dan Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka(balasan) yang lebi baik. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan." Surah al-Hadid. (57:10)

Kita lihat sekeliling kita. Apakah Islam apa yang kita lihat itu? Anda nampakkah nilai-nilai Islam? Tahniah saya ucapkan kalau anda nampak semuanya baik-baik saja. Sejuk hati.

Saya mahu menyoal lagi, jika anda menjadi pegawai JPJ yang menilai teknik pemanduan calon yang ingin mendapatkan lesen memandu, yang mana satukah anda mahu bagi markah yang tinggi? Orang yang mampu memandu di jalan yang bagaikan ular dipalu serta dilubang-lubangkan atau orang yang mampu memandu di jalan yang tiada kereta kiri dan kanan, di jalan yang baru di'tar'kan, dan mempunyai kereta-kereta yang mengiringinya untuk menjaga keselamatannya? Huish!

em?

Sememangnya jalan penyeruan ini tidak pernah mudah. Even Naruto dan para sahabatnya juga perlu melukakan diri sendiri untuk menyeru katak dan lain-lain. err.

"Syurga itu dipenuhi dengan sesuatu yang dibenci, sedangkan neraka itu diliputi dengan sesuatu yang menyenangkan" (h.r Muslim dan Tirmidzi)

Hey, hidup kat dunia ni penjara lah bro!

-heromahulebah-

Saturday, June 1, 2013

Mata saya!


Sudah ku lihat segalanya,
Sosial dunia yang semakin teruk,
Sayunya sahabat ku juga turut serta,
Katanya "alah, ini biasa",
Tiadalah dirasainya ditenggelami lubuk periuk!

Tika ku berada di jalanan,
Ku lihat kiri dan kanan,
Harapanku muslim itu bukan,
Namun, mata ku lihat segalanya!
Hai 'indahnya' budaya juga bahasa orang-orang muda!

Ku intai pungguk di luar sana,
Ternyata dia tiadalah kesorangan,
Malah ditemani mereka yang berpasang-pasangan,
Selesa pula di celah-celah lorong mereka berjumpa,
Selesa pula bersama-sama yang ketiga!

Mahu kata mereka bodoh,
Mereka bukanlah tidak berakal atau gila,
Mahu kata mereka belum dewasa,
Mereka sudah mencecah umur Al-Fateh mewarisi takhta,
Mahu 'husnuz zoan' pada mereka,
Mereka sendiri seolah-olah mahu di'soo uzzoan'kan!

Benarlah kata Rabb alam semesta,
Bahawa hati mereka tidak digunakan untuk mengerti, memahami,
Maka apakah bisa dipanggilnya manusia?
Tatkala naluri mereka dengan haiwan tampak sama?
Eh bila disoal jawabnya mahu syurga!

Wahai Pelindung ku, jauhilah hamba-Mu ini,
Daripada arus yang tidak pada tempatnya kini,
Daripada jahiliyyah dan al-hawa yang dihiasi,
Daripada tawaran neraka yang dimanipulasi.

-heromahulebah-




Ratings and Recommendations by outbrain