Sunday, August 25, 2013

Tips Mengetahui Dia itu Kawan atau Sahabat.

La, cliche gila tajuk!

Boring la.

Tak kesah lah apa yang korang nak cakap dan komen, aku akan tetap post jugak. Wahahaha!

Walaupun tajuk entri ini agak cliche (diri sendiri mengaku), namun, saya akan tetap juga menulisnya kerana saya ingin menghailaitkan (baca: highlight) atau menggariskan perbezaan antara Kawan vs Sahabat, walaupun sebenarnyasayaingincakappasalKawanvsIkhwah!

Ok, semua dah sedia untuk baca ya!

Kawan ke Sahabat?!





5. Koridor

Hari yang tenang. Cuaca yang cerah dan indah. Kita pun berjalan-jalan di koridor menuju ke bilik. Tiba-tiba bertembung dengan seorang ni.

Dari situ kita boleh kenal, dia tu kawan kita atau sahabat kita. 

okwed tak?!


4. Hadiah

Well, yang ni saya tak nak cakap banyak, sebab saya tulis! (lawaktakpandai)

Saya tak pernah expect pun kawan ataupun sahabat untuk memberikan saya hadiah kerana cukuplah mereka di sisi ku....cewahhhhh!

Sila tahan muntah.


3. Di kala bahagia dia ketawa, di kala bersedih dia berdalih

Yang ini lah yang paling izhar (jelas) dan paling cliche lagi sebab biasa disebut-sebut orang. Pesan orang tua-tua, " Kawan yang ketawa bersama senang la nak carik, kawan yang nak menangis bersama, ha, yang tu susah nak jumpa. "

Makin kuat seseorang itu ketawa, semakin ramai yang berkawan dengan dia. Semakin pandai dia buat lawak, semakin ramai berkawan dengan dia. (Yang ni takde masalah pun rasanya). Tapi, masalahnya apabila ada kawan yang hadapi masalah, dia hilang. Entah jutsu apa dia guna. Masa happy dia ada, masa tak happy dia hilang.

Geleng kepala 4 kali.

Antara yang berlaku hari ni :

A : " Man, nak cakap sikit boleh? "

B : " Ha, hari ni cerita gosip apa pulak? Aku tak sabar nak dengar ni! "

A : " Em, sebenarnya, aku ada masalah sikit ni...aku sebenarnya..."

B : " Eh, ko tak nampak ke ni, aku busy la! "


2. Tahap Kepercayaan

Semua orang akan ada tahap tsiqah yang berbeza-beza. Setengah orang akan lebih percaya A daripada yang B, dan juga sebaliknya. Itu lah kayu pengukur sama ada kita berkawan atau bersahabat dengan dia.

Kita berkongsi perasaan dan rahsia bersama-sama sahabat, jarang@tak pernah dengar pulak kepada kawan.

Berikut adalah contoh situasi yang berlaku di sekeliling anda :

Versi Sahabat

C : " Wah, tadi kan, aku rasa sangat happy bila jumpa dengan akhowat tu...bla3 "

D : " Weh, jaga hati tu kau, Man. Kalau nak sangat, kawen je lah dengan dia. Aku boleh je nak tolong ejas jumpa ayah dia. "

C : " Boleh jugak " *Tersipu malu*


Versi Kawan

C : " Wah, tadi kan, aku rasa sangat happy bila jumpa dengan akhowat tu...bla3 "

C meluahkan perasaannya dengan mengharap D akan memberi respon Versi Sahabat. Namun, D berlari laju menuju ke bilik pengumuman,

" Oi semua orang! C suka kat minah yang bla3...."

Satu kolej dengar.


1. Ingat Allah

Ikhwah, eh, sahabat akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Kerana itu lah kita berukhuwwah. Tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Allah. Kadang-kadang terasa kemanisan coklat Sugus dalam ukhuwwah itu dan kadang-kadang terasa kehambaran macam ikan masin. eh tak.

Tapi, apa pun, semua itu tidak kisah lah kerana kita hanya memburu cintaNya. Ikhwah, uhuk, sahabat akan cuba yang terbaik untuk memastikan sahabat mereka ini untuk masuk bersama-sama ke tempat yang tiada mata yang pernah melihatnya. Mana tu? Syurga lah!

Sahabat sejati akan saling menegur antara satu sama lain hanya untuk mengingatkannya kembali kepada ghayahnya yang sebenar. 'Kawan' pula hanya akan berfoya-foya, bergelak ketawa, ambil gambar bersama, post dalam facebook bersama dan apabila ditegur, melenting bagaikan orang yang tak makan selama sebulan. (atau mungkin dia betul-betul tak makan selama sebulan, mana tau kan)

Mereka bersahabat atas landasan agama. Tiada sebarang unsur-unsur 'udang sebalik batu' seperti harta, nama atau lain-lain melainkan untuk kebaikan buatnya. 'Kawan' pula belum tentu lagi begitu.

Pilih lah persahabatan kerana 'perkawanan' tak pernah wujud. Perkahwinan ada la!




Berkawan biar seribu, bersahabat biar infiniti!


"Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku"
*Surah Al-Furqan, ayat 28*





-heromahulebah-

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain