yondaime? |
Kita
tengok cerita@movie, semua hero, power2
kan? Boleh bertukar jadi raksasa… Boleh terbang!..Boleh hilang!...Boleh teleport…kena tembak, tak mati-mati
walaupun tukang tembak tu ialah sniper yang paling power di dunia. Bila digelar superhero yang memiliki superpower,
jarang sekali kita mendapat peluang untuk melihat mereka ini mati, kan.
Semua hero memang bergaya~
“ Wah! Hero nya Naruto!”
“ Papa, hero nya
kelawar tu!”
“ Hero sungguh anda
wahai Pikachu........??! ”
Hero yang sebenar
Tapi,
cuba jadi realistik wahai kawan ~ Wujud kah semua hero ni dalam dunia kita ?
Boleh kah kita buat-buat pergi zoo spider,
dan letak spider atas tangan dengan harapan dia gigit tangan kita? Boleh kah
kita duduk atas katil sepanjang masa menunggu kehadiran pak cik Ra’s al Ghul
untuk mengajak kita menyertai League of Shadows? Boleh kah kita menjadi seperti
The Hulk? Captain America? ( ada ke yang nak jadi ni? )
Saya
kira jawapannya, Ya Boleh! Tapi dalam mimpi…weehee! Kalau boleh pun, saya yakin
tiada orang yang sanggup melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan
keuntungan, bahkan hanya berhadapan dengan risiko kematian 24 jam yang bukan
sahaja kepada anda, juga orang-orang yang anda sayang!!! (adakah terlalu
hiperbola di situ?)
“ If you’re good at something, Don’t do it for free ” – The Joker
(kenapa tiba-tiba ?)
(kenapa tiba-tiba ?)
So,
let’s be realistic, then! Meh kita ikut hero-hero yang pernah wujud di dunia
ini! Hoho..! Hero yang membawa kebenaran ke puncak dunia! Hero yang akhirnya
menjadi as-syahid, atau mati di penghujung hayatnya. Hero yang menjaga
ummahnya. Hero yang bangkit melawan corruption
yang melanda buminya, (macam Batman pulak kan). Hero-hero yang mempunyai misi dan visi yang
sama. 1 VISI! 1 MISI! SATU!!
SATU!! (eh, macam…)
the Avengers |
Hasil
sumbangan hero-hero ni lebih hebat daripada gabungan hero-hero Marvel, yakni
The Avengers…Buktinya, mereka telah membawa panji kebenaran hampir 2/3 dunia! [2 per 3 dunia]!!! Hampir seluruh
dunia! Tapi, persamaannya, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan
hero-hero ini. Ada pihak yang mengatakan apa yang mereka buat ini adalah
kehancuran dunia. Sepertimana dalam movie
The Avengers, ada mereka yang menyalahkan hero-hero ini kerana kerosakan
bangunan-bangunan walaupun mereka telah ‘ menyelamatkan dunia ’(kalau tak tahu, silakan lah tengok.
Eh.) Biasalah, memang lumrah hidup di dunia, ada yang menyokong tindakan kita,
dan ada juga yang tidak. So, kita enjoy je lah! J
(tiba-tiba)
Apa resepi mereka?
Seperti
sifat dan juga kata-kata Naruto, “ Jangan mudah mengalah!!! ”… Seperti Son Goku
yang memiliki hati yang suci…Seperti Super Saiya yang sangat hebat, kuat dan
boleh ‘terbang’!?...Juga seperti Captain America, ketua yang penuh dedikasi dan
sangat berkaliber,. (ye ke?)… Seperti Ash Ketchum yang…..(lupakan).. Hero-hero yang benar ini memiliki
sifat-sifat hero-hero imaginasi / virtual dan maya ini…atau mungkin, darjat
sifat hero-hero yang benar ini lebih tinggi dan hebat daripada yang kita
sangkakan. Yang paling penting, mereka terdiri daripada logam yang sangat paham…
"Manusia itu seperti logam. Baiknya dia ketika jahiliyyah, baik
juga ketika Islam. Sekiranya dia faham.."
[HR Bukhari]
[HR Bukhari]
Mereka
faham akan tujuan hidup mereka. Mereka ditarbiyyah dengan begitu hebat sekali! Bukan setakat buat rukun Islam
yang lima – solat, puasa, zakat, dll. Tapi, mereka juga faham akan perintah untuk yad’u ilallah! Mereka faham,
masuk sorga Allah itu bukan senang. Bukannya setakat menuruti rukun Islam
semata-mata. Mereka faham, sikap individualistik bukanlah tuntutan Islam. Mereka
mahu diri mereka, dan juga manusia seluruhnya bersama-sama mereka dalam syurga
Allah nanti.
Kerna
itu lah mereka berda’wah, mengajak kepada kebaikan, membanteras jenayah! Tanpa meminta
apa-apa pun, seperti, duit, populariti, dll. Tapi, biasalah ada hero, ada lah
villain nya. Adakah anda mahu menjadi hero atau villain? Ada mahu menjadi
penyokong hero atau penyokong villain? Mahu menjadi orang yang angkat tangan
bagi tenaga pada Son Goku atau menjadi kuncu-kuncu Majinbu? Err..
Ataupun hanya menjadi penonton tv di rumah, goyang kaki !
“ Batman is a symbol.
Anybody can be a batman. Anybody can be a hero!” – Bruce Wayne
Aku lah Batman! |
P/s : Kita nak jadi hero bukan pejam kelip mata
je..(melainkan yang qawiy sangat dah). Even Bruce Wayne pun ambil 8 tahun baru
habis belajar bersama League of Shadows. ( tak habis-habis..nampak sangat
terjerumus dengan pak cik J kan )
Jadi, marilah kita merelakan diri kita ditarbiyyah untuk menjadi hero seterusnya dengan melibatkan diri dengan KONFERENS-KONFERENS RIANG bersama-sama hero yang akan menyerlah satu hari nanti…(ke tak paham?hihi..)
Jadi, marilah kita merelakan diri kita ditarbiyyah untuk menjadi hero seterusnya dengan melibatkan diri dengan KONFERENS-KONFERENS RIANG bersama-sama hero yang akan menyerlah satu hari nanti…(ke tak paham?hihi..)
Peace.
HEROO!
ReplyDeletemasa kecik2 dulu nak jadi power rangers :D
ReplyDelete