" Papa, papa! "
" Ye apa? "
" Tengok semut ni! "
Ayah tak menjawab. Mungkin sudah masak dengan perangai anaknya yang sukakan semut.
Arif memang sangat suka menyaksikan gelagat angkatan semut yang bermain di celah-celah lantai rumahnya.
" Papa, papa! Tengok ni! "
" Ada yang laju, ada yang slow, ada yang mati Arif penyek kan dia! "
Arif ketawa riang.
Mahu sahaja ayahnya mengalih anaknya ketepi lalu spray semut-semut tu dengan Ridsect. Kalau bukan kerana perbuatannya itu dahulu pernah menyebabkan anaknya menangis teresak-esak kerana telah membunuh semut, pasti dia akan buat lagi.
" Papa, papa, papa! "
" Arif rasa yang laju ni, askar diorang! Yang slow ni pulak orang biasa. "
" Ye ke, Arif? ", jawab si ayah yang sedang sibuk membelek surat khabar.
" Ya! Susah la nak penyek yang askar ni! Yang orang biasa ni senang la. "
" Dulu ayah spray semut-semut tu, Arif marah. Sekarang Arif pergi penyek-penyek kan semut tu takpe pulak?! ", si ayah tanya kan Arif dengan nada selamba.
Arif tak menjawab. Asyik bermain dengan semut.
Kini Arif sudah dewasa. Dia telah mendapat banyak iktibar dengan hanya penghayatan terhadap semut, makhluk tuhan yang sangat kecil itu.
Kerjasama kumpulan semut memang tak dapat dipertikaikan lagi. Boleh dikatakan, si semut lagi hebat kerjasama mereka berbanding dengan manusia yang dikatakan punyai akal fikiran yang hebat. Bila sisa berat mereka angkat bersama. Bila sahabat sakit, mereka angkat bersama. Setiap kali bertemu, mereka akan berlaga pipi. Eh.
Binatang yang diberi tajuk pada surah ke-27 dalam Kitab Allah ni memang banyak mengajar manusia hari ini. Sistem kehidupan mereka yang dipimpin oleh Sang Ratu Semut, bagaikan seorang Khalifah di muka bumi ini sambil di bawahnya 'askar-askar' dan orang-orang biasa.
Sistem yang sangat efisyen dan bergaya ini bisa membuat muka sesetengah manusia hari ini menjadi merah kerana malu tidak mampu mengatur sesuatu organisasi yang setara dengan semut pun!
'Askar-askar' semut lagi payah untuk dipenyekkan berbanding dengan semut biasa bak kata Arif tadi. Begitu juga manusia pada hari ini. Pilih lah samada anda mahu menjadi 'askar-askar' yang tahan lasak, yang mampu menangkis serangan Jahiliyyah yang telah berjaya memukau kebanyakan mereka pada hari ini ataupun semut biasa yang hanya melakukan kitaran semut biasa tiap-tiap hari sehingga akhirnya 'dipenyek-penyekkan' oleh anasir luar - Arif.
Mari membuat pilihan tepat!
-heromahulebah-
No comments:
Post a Comment