Meh nak cerita sikit.
Ok.
" Hidup di dunia ini bagaikan kita berjalan kaki menuju ke satu tempat yang dinamakan Syurga.
Kita pun jalan-jalan. Namun, sering kali semasa kita berjalan, kita pasti akan bertemu dengan simpang tiga. Kita semua pernah melalui simpang tiga ini.
Simpang Tiga |
Kita pun pandang ke kiri. Jalannya sangat cantik, dihiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni. Semuanya sungguh indah dan menarik untuk dilawati. Kelihatan ramai pula yang melalui jalan ini. Detik hati kita akan berkata, " Hush! Pastilah aku rugi kalau tidak ku lalui jalan yang nan indah ini'.
Kita pandang pula ke kanan. Jalannya berlubang-lubang, berduri-duri, berat mata memandang, berat lagi kaki untuk melangkah masuk jalan ini. Bunga-bunganya ada, tetapi tersorok. Hanya orang tertentu sahaja yang akan nampak kecantikannya dan bau akan harumannya. Kelihatan pula tidak ramai yang melalui jalan ini. Sunyi. Siap ada bunyi cengkrikkrik lagi. Terdengar pula si hati berbisik, " Macam tak best je jalan ni".
Kadang-kadang, sesetengah daripada kita sangat cepat dalam membuat keputusan ketika bertemu dengan simpang tiga ini. Ada yang sampai-sampai, terus belok kiri. Ada pulak yang sampai-sampai, terus, belok kanan. Ada pula, yang ambil masa berfikir sejenak, dan akhirnya ke jalan kiri atau kanan.
Dalam melalui jalan-jalan ini juga, semua orang telah mati. Ataupun, akan mati. Semua tahu itu. Kerana kedua-dua jalan ini tersangat lah panjang. Lagi yang menarik, semua orang sebenarnya sudah tahu akan pengakhiran kedua-dua jalan ini.
Jalan kiri yang nan-indah rupanya ini, rupa-rupanya pengakhirannya kebinasaan! Hebat permainannya! Struktur dan gaya jalan ini dihiasi sememangnya mahu menipu kita semua, seolah-olah itu adalah jalan yang terbaik. Ada pula jalan kanan yang sunyi sepi, yang banyak pula halangannya pengakhirannya adalah kebahagiaan! Woohoo! eh. Kebahagiaan yang abadi! Yeehaww!!!
Benda-benda ini lah selalu membuatkan kita alpa, lupa dan ragu-ragu. Setiap kali kita pandang jalan kanan, secara otomatiknya, tiba-tiba timbul persoalan dalam kepala kita, "Eh, bukan ni...salah ni!" ataupun, "Susahnya, malaslah!" ataupun, "Takpe lah, lepas lalu jalan kiri, kita buat lah u-turn, gitu".
Peluh besar (shin chan)
Bila pandang jalan kiri pulak, hah, bukan main lagi seronoknya! Terus yakin bahawa itulah jalan yang paling lurus. Ketahuilah, itu adalah jalan yang menipu!
Kita 'tonton' semula sejarah orang-orang dulu. Mereka yang super qawiy tu, tengok lah jalan macam mana diorang pilih. Tak pernah dengar pulak dorang sempat tengok tv, main game, tgk kpop, dll. (ofkos lah takde, tapi anda tahu apa yang saya maksudkan, ..........kan?).
Mereka tak pernah mengambil jalan mudah. Kerana mereka tahu bahawa tiada jalan short-cut untuk berjaya di alam sana. Kerana mereka tahu dan berpegang kepada peribahasa,
Berpahit di dunia dahulu,
Berehat di syurga itu satu penantian, so
Bersusah-susah lah dahulu,
Bersenang-senang kemudian. "
(Sila jangan tiru untuk peperiksaan kertas Bahasa Melayu anda!)
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan (kehidupan) itu, dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami,
Mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yangtelah mereka lakukan."
*Surah Yunus, ayat 7-8*
-heromahulebah-
No comments:
Post a Comment