Thursday, August 29, 2013

Sangkar Yang Kita Tahu

Beruang-beruang


Jika kita mahu perangkap seekor beruang, kita perlu membuat helah dengan menarik perhatiannya terhadap makanan kegemarannya - ikan, ataupun madu.

Samada kita meletak ikan/madu di dalam lingkaran rantai penjerat sebagai perangkap, ataupun kita meletak beberapa ikan dalam satu laluan ke pintu sangkar sebagai perangkap. 

Bezanya cuma kuantiti ikan yang digunakan dan jenis jerat itu sendiri.




Proses penangkapan ikan dan mencadat sotong juga begitu. Umpan cacing dan sebagainya digunakan untuk mengumpan ikan-ikan dan lampu-lampu pula digunakan bagi menarik perhatian si sotong. (Sebab itulah biasanya orang pergi mencadat sotong pada malam 15!)

Begitu juga kebanyakan haiwan-haiwan yang lain - sila rujuk Crocodile Hunter. kui3

Apa yang mahu saya kongsikan bersama hari ini adalah mengenai sifat kita dan sifat haiwan-haiwan tadi.

Adakah kita serupa dengan mereka? Jeng-jeng-Jeng!

Masalah-masalah yang berlaku pada hari ini adalah jawapan kepada soalan di atas.

happy dalam jerat
Lihat sahajalah orang-orang sekeliling kita hari ini (tidak semua, mungkin), jika tidak dilihat kepada rupa jasad mereka, seolah-olah tiada perbezaan antara mereka dan binatang!

Bila tidak suka kepada seseorang, bunuh sahaja!
Bila mahukan sesuatu barang, curi saja!
Bila mahu senang, rasuah saja!
Tipu saja!
Rompak saja!

Tiada beza antara mereka ini dengan binatang yang diceritakan di awal entri ini. Jika mahu sesuatu, sudah tak difikirkan perkara lain, tidak ingat lagi siapa yang memberi makan dan minumnya. Tidak lagi ingat siapa yang menyembuhkannya selepas sakit. Tidak ingat lagi siapa yang membangunkannya selepas mati sementara (tidur).

Hal ini bukan sahaja mereka yang melakukan jenayah-jenayah 'besar' seperti ini sahaja. Kita sendiri pasti ada 'jenayah kecil' kita sendiri.

Kadang-kadang, kita merasakan 'tak apa' ketika melakukan perkara-perkara mungkar tersebut. Kerana, kita tak menyedari atau alpa tentang 'sangkar' atau 'rantai penjerat' di hadapan kita.

Oleh itu, kita mesti menjaga diri kita dengan memasukkan diri kita ke dalam Islam secara keseluruhan. Islam sentiasa memberi batas-batas kepada kita kerana tak mahu diri kita terjebak dalam masalah-masalah yang berlaku pada hari ini. Tapi lihatlah apa yang berlaku.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaaffah (menyeluruh)..."
*Surah al-Baqarah, ayat 208*

" Gila apa ni. Ini cerita lama la weh!"
" Weh, mende ni dah lapok la brader, tak rock! "
" Kalau kita pegang Al-Quran, kita tak akan maju, percayalah. "

Tak dikira maju jika ada emas setinggi gunung Everest jika masing-masing saling berbunuhan untuk merebut kesemua itu.

Saya juga tidak mahu menyentuh tentang ayat Allah yang mengatakan manusia itu lebih teruk daripada binatang peliharaan. Mungkin di suatu masa yang lain.


"...dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh besar bagi kalian."
*Surah al-Baqarah, ayat 208*





-heromahulebah-

p/s: Bahasa jiwa bangsa! (tiba-tiba)


No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain