Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu leka, lalai,
Masih mampu bersuka ria lagi bersantai,
Walau menyedari diri bagaikan buih di tepi pantai.
Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu bersenang lenang,
Masih mampu 'tidur' dan berasa lapang,
Bersenang-lenang di pagi dan petang,
Sedang saudara seagama tanpa henti berjuang,
Penat disiksa dibunuh dalam kekejaman perang.
Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu jadi 'bodoh',
Tiada mahu kembalikan zaman 'kita' yang utuh,
Tiada mengerti khilafah Islam sudah lama roboh,
Tiada mengerti ummah sedang teriak mengeluh,
Dan kita hanya mampu berkata 'oh'?!
Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu bermaksiat sini dan sana,
Masih mampu bergelak dan berketawa,
Yang tidak pernah dibuat al-Ayyubi sementara Al-Quds dijajah,
Yang tahu sedar langit tinggi rendah,
Jika itu sifat pejuang yang hebat, maka apakah kita sang bedebah?!
Menyedari hakikat ini,
Solat lima waktu tiada dipelihara,
Ceramah-ceramah tiada didengarinya,
Usrah-daurah tiada dihadirinya,
Lidah dan mata tiada dijaga,
Tapi mahu Islam berada di puncak dunia!
Oh teman,
" Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti?" (Al-Qasas : 60)
Maka,
" Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan" (Luqman : 22)
Jom kejar cintaNya yok! Ohoii!
-heromahulebah-
No comments:
Post a Comment