Q :"Apakah yang anda akan lakukan apabila anda diberi kekayaan yang tak putus-putus?"
A : " Saya akan menggunakannya untuk kemahuan saya. Saya akan bina rumah besar. Saya akan melancong ke serata dunia. Saya akan melakukan apa yang saya mahu. Menyuruh orang lain melakukan apa yang saya mahu dengan menggunakan kekayaan saya."
Q : "Selepas itu?"
A : "Saya akan menghabiskan masa-masa saya dengan apa yang saya impikan selama ini. Bina menara mencecah langit ketujuh. Saya akan tinggal di tempat paling tinggi di bumi ini. Saya akan jadi famous. Semua orang akan puja saya!"
Q : "Selepas itu?"
A : " Err...apa pulak ya..mati lah kot"
Q : "Erk? Macam tu sahaja?"
A : " Ya lah. Macam mana lagi? "
Q : " Percaya tak ada kehidupan selepas kematian?"
A : Percaya
Q pengsan.
Manusia apabila sudah memiliki satu bukit emas, masih mahu sebukit emas lagi. dan seterusnya. (mafhum hadis)
Cerita Tha'labah yang meminta Rasulullah untuk berdoa agar dikurniakan kekayaan melalui penternakan biri-biri/kambing yang sihat-sihat telah membawa pengakhiran yang merugikan kepada Tha'labah. Solat tidak lagi berjemaah. Zakat pula tidak ditunaikan. Sesungguhnya, kekayaan itu menipu.
Tetapi, bukan semua orang ditipu dengan kesenangan harta. Abdul Rahman bin 'Auf tidak tertipu. Uthman bin 'Affan tidak tertipu.
Senang cerita, Tha'labah itu menggambarkan manusia biasa manakala Abdul Rahman bin 'Auf dan Uthman bin 'Affan itu menggambarkan manusia qawiyy!
Kita check balik diri kita. Kita manusia biasa atau manusia qawiy...
No comments:
Post a Comment