Saturday, June 29, 2013

Kerana Boss Aku Suruh


Aku ada Boss. Disebabkan dia Boss, dia sangat lah bossy - dia sendiri yang mengaku.

Boss?
Aku jugak ada rakan sekerja. Atau kawan kat office. Atau office-mate. Dia ni sangat lah pelik. Sebab dia merupakan orang yang Boss paling sayang.

Gaji bulanan dia lebih daripada aku walaupun aku lagi cekap bekerja daripada dia. Tapi, dia tak dengar pun cakap Boss. Tak buat pun apa yang si Boss tu suruh. Boleh kata hampir tiap-tiap hari dia sampai office ni sama waktu dengan Boss, malah kadang-kadang jalan sebelah-sebelah pulak dengan Boss. Si Boss pula, selamba je sembang-sembang dengan dia sambil menghala ke bilik pejabatnya. Sampai dia tak perasan akan kehadiran aku yang menunggu untuk menjemputnya di depan pintu biliknya. Usaha aku untuk mengampu Boss mahukan promotion tak menjadi. Kopi O yang aku bancuh untuk Boss, penat lelah aku menjadi orang yang paling awal datang ke pejabat, lenguh pipi aku kerana sengih senyum aku kepadanya tiap-tiap kali bertembung, semuanya tak terbalas dan tak berhasil. Daripada usaha yang tak menjadi ni, aku belajar sesuatu yang baru. 'Kerja kena ikhlas!'.

Kawan aku yang tadi pula, jadi orang kanan Boss.Tapi, aku tak hairan sangat sebab dia merupakan anak kepada Boss aku ni. Tapi, yang aku kata pelik tu sebab dia sendiri pun tak respect dengan ayahnya sendiri.

Ada satu kisah :

Satu hari, Boss berkata,

" You all kena ikut rule yang I dah tetapkan ni. Walaupun sebelum-sebelum ni lain, tapi sekarang you all tau yang I ni Boss korang kan....~"

" Tau, Boss ". Sambil semua muka annoying.

" Korang faham tak ni? Penting ni! Kalau you all tak ikut rule ni one by one, syarikat kita akan muflis! Business kita boleh bankrupt, you all! "

Semuanya menjadi serius setelah mendengar ayat terakhir Boss sebentar tadi. Namun, semua tak bertahan lama. Sudah nampak segelintir daripada kami yang mula tidak patuh peraturan Boss kami. Semakin lama semakin ramai yang tak ikut peraturan Boss. Boss yang bersikap Laissez Faire itu tahu akan keadaan ini, namun, dia hanya mahu melihat dahulu.

Akhirnya, syarikat kami jatuh. Muflis! Ternyata pesan Boss kami satu hari dulu itu amat lah penting. Kesemuanya tunduk menyesal atas kesilapan yang dulunya kami ambil enteng sahaja. Barulah kami sedar, Boss sangatlah sayang akan kami dengan pesannya itu.



" You all! Tengok apa dah jadi. I dah pesan awal-awal lagi kan? Kenapa korang degil sangat ni. Tengok lah sekarang ni. Disebabkan korang, Syarikat Jahiliyyah menjadi pujaan ramai. Disebabkan korang lah, Syarikat Jahiliyyah mampu mengalahkan kita, dan menjadi MNC ( Multi National Company), menjadi franchisor dan sudah memegang ekonomi dunia dengan sekelip mata. "

Kami semua menunduk malu dan rasa sangat bersalah kerana Syarikat Jahiliyyah itu merupakan saingan syarikat kami dari dahulu lagi. Dari dahulu lagi mereka menunggu peluang akan kelalaian kami semua. Kami juga tahu Boss sangat memusuhi mereka sehingga tidak pernah mengadakan sebarang rangkaian walaupun yang kelihatan menguntungkan seperti e-commerce dengan syarikat tersebut.

" You all! Kalau you all really rasa menyesal dan mahu bangkit  kembali, mari jumpa saya. Saya terima anda kembali. I forgive you. Saya pun ada banyak lagi business sebenarnya. Jadi, saya tak ada lah rugi sangat sebenarnya compared dengan you all. So, lepas ni, stick with the rule okay? This is not the end of the world. Let us take back what we had achieved before!"

Semua orang berwajah semangat.

" So, now who's with me?! "

" Saya ! " Semua orang dengan lafaz yang sama.

Boss tersenyum lebar sambil menghampiri aku.

" Are YOU part of the team? "



" Wahai orang-orang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? "

" Beriman kepada Allah dan RasulNya, serta berjihad (berjuang) membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ( hakikat yang sebenarnya.) 

(As-Saff : 10-11)



-heromahulebah-

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain