Seorang sahabat pernah bertanyakan Saidina Umar al-Khattab,
" Bolehkah sesuatu negeri itu jatuh walaupun sudah membangun pesat?"
Jawab al-Faruq,
" Boleh, jika kejahatan menguasai kebaikan"
au kama qal.
Apa yang membezakan pembangunan kita hari ini dengan pembangunan Islam yang membawa kepada kepimpinan dunia?
Sejak daripada zaman Nabi s.a.w lagi, Nabi tidak pernah mengutamakan pembangunan yang berlebih-lebihan. Apa yang Nabi s.a.w lakukan ialah pembangunan rohani - jiwa. Tarbiyyah.
Apabila pembangunan dalaman (Tarbiyyah) sudah kukuh lagi qawiy, baru lah di zaman-zaman Umayyah dan Abassiyyah akhirnya negara Islam berkembang pesat.
Ketika itu, rakyat mudah ditadbir, negara aman, segalanya berpandukan Islam.
Kalau kita dahulukan pembangunan luaran, ia tidak akan dapat bertahan lama. Kerana, rakyat dalamannya kosong.
Berlakulah segala kerosakan di dalam sesebuah negara itu. Sukar dibendung.
Anak muda tidak lagi menghormati orang tua. 'Pak Guard' dimarahi ditendang seperti mereka bukannya manusia.
Nyawa-nyawa manusia tidak lagi berharga di mata manusia-manusia.
Rasuah berleluasa.
Biarlah negara tidak membangun seperti negara-negara Barat.
Biarlah negara tidak pernah didengari orang-orang luar.
Asalkan negara aman.
Asalkan rakyat tidak takut untuk keluar rumah dek orang-orang jahat.
Pembangunan bermula dari dalam, bukan dari luar.
Jika bermula dari luaran, apa yang berlaku di sekeliling kita ini lah kesannya.
No comments:
Post a Comment