Tuesday, July 23, 2013

Oh My Ramadan!


Ramadan!

Pastinya, apabila disebut perkataan Ramadan, perkara pertama yang terlintas dalam kepala semestinya puasa. Ada juga yang terus menggambarkan selawat oleh bilal untuk solat tarawih. Lagi teruk, kalau ada yang terus tersenyum mengenangkan bazaar Ramadan semata-mata. Ada juga menjadi seorang yang visionary apabila muncul terus dalam kepala mereka warna baju melayu dan baju raya juga kuih-kuih raya yang bakal ditempah untuk sebulan selepas bulan Ramadan. Ada juga yang sudah set bulan Ramadan ini sebagai bulan hibernasi mereka setiap tahun. Fuh.

Macam-macam.

Ok. Kita lihat pula apa yang Yang Maha Bijaksana 'kata'...


" Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.... " 
( Surah Al-Baqarah, ayat 185 )

Sebaik sahaja disebut Ramadan, Allah gariskan tentang Al-Quran. So?

Eh. Tak pernah terfikir pon!

Justeru, saya menyeru kamu dan diri saya untuk mendekatkan diri kita dengan al-Quran ini. Bukan sekadar literally  je okay! Fahamilah terjemahannya, tadabburlah isi kandungannya. Orang yang kita cintai selepas Allah sendiri pun bertadarrus Al-Quran dengan Jibril setiap malam. Tapi, kita bertadarrus Facebook malam-malam?!

Peluh kecil.

Lagi, tahukah anda?

Sesungguhnya bulan barokah ini adalah kurniaan Dia buat kita. Sebagai satu sambutan kegembiraan terhadap nuzul al-Quran yang telah berlaku dalam bulan ini. Special kan? Hoho! Mana ada orang lain celebrate happiness dorang selama sebulan....eh ada, orang kita yang sambut raya selama sebulan, ada jugak 2 bulan. Eh eh. =..="

Tapi, jika anda berfikiran jumud, masih dengan fikiran bulan ini bulan menyeksakan kerana tak boleh makan dan minum, maka jauh sekali lah mendapat kejayaan yang diharapkan di hujung bulan Ramadan ini.

Ya. Ketaqwaan.


" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan bepuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa "
(Surah al-Baqarah, ayat 183)



Jika anda masih dengan "matilah aku, tak boleh makan.." dan "Laparnya, tidur aja lah", maka cuba anda letakkan diri anda dalam kategori puasa yang telah dibahagikan oleh para ulama'. Puasa orang awam. Puasa khusus. Puasa khususul khusus. Di manakah anda? Korang tak nak upgrade sket ke korang punya puasa setiap hari? Teruk lah kalau masih di tampuk lama sahaja kan?

No Pain No Gain! Hah, gitu!



p/s :

Belanja lah leklok kerana pasti akan ditanya 'esok'.
Belanja dan doa lah juga untuk saudara-saudara kita di sana kerana sungguh, mereka sedang merana.
Mujahadah lah dalam bulan ini, agar mendapat ganjaran dan rahmatNya serta bekalan iman dan taqwa untuk berperang dengan syaitan dan al-hawa yang sedang menanti.



-heromahulebah-

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain