" Wahai anakku, akan aku tunjukkan kepada mu kebahagiaan yang tiada tandingannya, yang belum pernah kamu merasainya."
" Mahukah kamu menikmatinya?", sambungnya lagi.
Anda mengangguk perlahan.
" Nun di sebalik hutan yang tebal di sana, ada sebuah kawasan yang saaaangat cantik, indah dan mendamaikan. Itulah tempatnya. "
Anda pun cuba membayangkan kecantikan dan ketenangan tempat itu dalam fikiran anda. Fuh, indah!
"Tapi", sambung ayah lagi.
" Kamu perlu mengharungi hutan tebal yang penuh dengan kesusahan. Banyak cerita yang ayah dengar daripada kawan-kawan pasal hutan tu. Ada yang kata dekat situ wujud binatang-binatang ganas seperti harimau belang, harimau kumbang, singa, serigala, dan binatang-binatang liar yang lain lah. Lagi, di situ ada pokok-pokok yang menghasilkan buah-buah yang beracun, debunga-debunga yang melalaikan dan melupakan serta pokok-pokok yang makan manusia! Lagi, hutan itu bukannya seperti di sini ; tanah yang rata, senang untuk berjalan. Tetapi, di sana akan ada lubang-lubang besar, lembah-lembah yang curam, batu-batu besar, gunung berapi, dan lain-lain. "
" Eh, kenapa ayah bagitau semua ini? "
" Ayah bukannya mahu menakut-nakutkan kamu. Tapi, kalau ayah lepaskan kamu begitu sahaja, pasti kamu tidak akan tahu keadaan sebenar hutan tebal itu. Pasti kamu akan sesat dan tidak akan sampai ke destinasi itu kerana kamu akan menganggap hutan itu seperti hutan-hutan biasa yang lain. "
Anda mula faham dengan pencerahan si ayah.
" Kesenangan tak akan dirasai tanpa kesusahan, kan? " ujar ayah.
Anda mengangguk laju.
"Jadi, di sini ayah ada satu kompas, dan satu lagi senarai apa yang perlu buat dan tidak buat di dalam hutan itu (do's and dont's)", kata ayah sambil memberikan kedua-dua barang itu kepada anda.
Anda baru sahaja mendapat :
- Kompas
- Senarai Do's and Dont's
" Untuk apa ni? "
" Kompas ini untuk menunjukkan jalan ke destinasi kamu ingin tuju supaya kamu tidak akan sesat. Senarai itu pula untuk kamu akan selamat di hutan. Senarai itu memperincikan segala-galanya seperti buah-buahan apa yang beracun dan yang mana yang tidak. Supaya kamu dapat makan buah-buahan daripada pokok yang betul. Lagi, pada senarai itu juga ada apa yang perlu kamu buat jika bertembung dengan harimau-harimau daripada puak yang berbeza. Lagi, kamu boleh tengok di situ. "
" Senarai ini, macam banyak sahaja! Lagi hafal, lagi senang nanti! "
" Itu terserah kepada kamu. Kamu nak hafal, lagi mudah perjalanan kamu nanti. Tidak lah, kamu mahu mencari senarai itu semula ketika singa menyentuh bahu kamu kan? ", usik ayah.
" Wah, di sini pun ada cara-cara membuat anak panah dan alat memanah. Pisau pun ada! Cara-cara menyembuhkan luka pun ada!"
Ayah cuma tersenyum.
" Dalam perjalanan nanti, jangan pernah lupakan kedua-dua barang ini tau. Jangan pernah tinggalkan dan kamu perlu sentiasa membawanya dalam beg galas kamu nanti. Kalau tidak...."
"Kalau tidak apa, ayah?"
"Kalau tidak, kamu sesat lah!", jawab ayah.
*****
Kini, anda sudah berada dalam hutan. Suasana sunyi sepi. Anda meneruskan perjalanan.
Sedang anda berjalan, anda terlihat beberapa orang lain sedang berjalan-jalan di hutan. Anda pasti, mereka sedang menuju ke destinasi yang sama.
Anda berjalan lagi. Kali ini pula, anda menyaksikan seorang pengembara hutan bergelut dengan sang harimau belang tidak berapa jauh dari kedudukan anda. Jika diteliti dengan baik, anda perasan bahawa si pengembara itu tidak menggunakan cara yang terdapat dalam senarai Do's and Don'ts yang telah diberikan oleh ayah tadi.
"Kalah lah orang ni."
Hutan |
Tetapi, sangkaan anda tersalah. Dia berjaya membunuh sang harimau itu tadi, lalu makan dagingnya selepas membakarnya.
Anda berasa sangat lapar dan terliur melihat daging harimau merah itu. Tetapi, dalam senarai itu, anda tidak dibenarkan untuk makan daging harimau belang itu. Anda akur.
Anda meneruskan perjalanan lagi. Ketika sedang melompat dari batu ke batu besar yang lain, anda terlihat seorang gadis sedang pantas menuju ke hadapan dengan yakin melalui jalan yang lain tanpa kompas. Mudah. Tiada batu-batu yang perlu diloncat-loncatnya. Tiada duri-duri di jalannya. Anda pasti, dia juga sedang menuju ke destinasi yang sama setelah melihat beg galasnya dan pakaiannya yang hampir sama dengan anda. Anda melihat ke arah kompas di tangan.
" Perlukah aku ...kompas ini? "
Anda masih memegang erat kompas diberikan ayah tadi. Masih yakin dengan kata-kata ayah.
Hari sudah malam. Anda tahu bahawa anda perlu memasang khemah untuk berehat. Sedang anda mencari lokasi yang sesuai untuk berkhemah, anda terlihat ada unggun api kira-kira 300m daripada tempat anda berdiri. Anda melangkah laju ke sana.
Terkejut.
Ramai pengembara sedang bersorak-sorak gembira duduk mengelilingi unggun api sambil menikmati daging sang harimau belang yang diburu mereka. Mereka juga terkejut dengan kehadiran anda di situ. Mereka terus mengajak anda duduk sekali bersama-sama mereka.
"Wah, ramai juga yang mengembara kali ini ya!", kata salah seorang daripada mereka.
Anda senyum sahaja. Anda mengintai-intai jika ada antara mereka yang tidak makan daging harimau belang itu antara mereka semua. Tiada.
Semua menjamah makanan itu dengan gelojoh sekali.
"Tak apa ke makan daging harimau belang ini?", anda bertanya dengan sangsi.
" Apa tidak bolehnya. Boleh la! Ha, sedap ni! Nah, rasa satu! "
"Tak apa lah. Korang semua tak bawa bersama kompas ke?" , anda bertanya lagi kerana tiada tanda mereka membawa kompas bersama-sama mereka.
Mereka semuanya ketawa dengan kuat sekali.
"Kompas?"
Anda terdiam keliru.
"Buat apa kompas? Kitorang cuma nak ke sana sahaja (sambil menunjuk ke destinasi yang sama dengan anda) lah."
"Tapi, nanti sesat!", anda pantas menjawab.
Mereka ketawa lagi.
"Itu semua lapok! Kitorang ada ni (sambil menunjuk ke arah kepala)"
Anda keliru sekali lagi. Mereka juga menceritakan bahawa tidak salah untuk membunuh sang harimau belang dan dimakan dagingnya. Mereka menyangkal segala senarai Do's and Don'ts yang diberikan oleh ayah tadi sambil ketawa sinis.
Anda keliru. Segala mereka lakukan itu tampak mudah sekali. Dan lihatlah, mereka semua di sini. Selamat. Gembira Riang. Tidak seperti diri anda yang perlu berhati-hati dalam pemakanan di hutan ini. Perlu melalui jalan susah payah seperti ditunjuk oleh jarum kompas anda.
Keliru.
"Perlu ke.....dua-dua ini?"
-heromahulebah-
No comments:
Post a Comment