Wednesday, July 24, 2013

Segembira Mereka di Wisel Penamat


29 Jun 2013, 1530, Lebuh Raya Seremban, kawasan UPM-Serdang.

Perjalanan saya tersekat di lebuh raya Seremban apabila penyokong-penyokong JDT dan Red Warriors berbondong-bondong menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Riak wajah mereka yang sangat seronok dan excited yang melampau dengan bendera kelab bola masing-masing tidak lain hanya menambahkan kemarahan dan kebosanan orang yang benci kan bola sepak apatah lagi terperap dalam kereta berjam-jam kerananya.

"Oi! Cepat la gerak kereta depan oi!".. Menjerit tanpa buka tingkap dengan harapan mereka mendengar.

"Cilako! Meeting aku 5 minit lagi  weh!".. Menjerit sambil hon kuat-kuat.

(Dialog ini hanya rekaan semata-mata yang dibuat menerusi pemerhatian wajah orang dalam kereta-kereta sekeliling. Hehe.)

Mana tidaknya, semua jenis kereta ada atas jalan tu semuanya seolah-olah bertanding kekuatan hon masing-masing. Dari kereta kecil sampai lah bas-bas menyibuk di sana.

*Fast forward

Perlawanan pun bermula.

Gedebak Gedebuk; * Double Fast forward!!

Lebih kurang 30 minit sahaja lagi tinggal sebelum wisel penamat ditiup, semua pemain, jurulatih dan penyokong Kelantan FC mengharapkan masa bergerak dengan pantas kerana mereka sudah mendahului JDT dengan 1-0. Harapan mereka, mereka dapat mengekalkan mata itu sehingga ke waktu penamat. Kesemua mereka excited dan tak sabar untuk menunggu pengadil meniupkan wisel yang panjang kecuali penyokong dan pemain pasukan JDT.

Sebaik sahaja wisel ditiupkan, ada mereka yang gembira, ada juga merana. Mestilah, adat permainan kan...Ada menang, ada kalah.

So, apakah perkaitannya?

Kelantan 1-0 Johor

Huh. Kaitkan diri anda dengan cerita di atas.

Anda ialah pemain-pemain di padang yang sedang berjuang untuk pasukan anda. Anda hanya mempunyai 30 minit sahaja lagi untuk ke wisel penamat. Sekarang anda tentukan diri sendiri, pasukan mana kah anda sedang berada di ketika ini?

Adakah anda di pihak yang meminta agar waktu penamat itu dipercepatkan?
Ataupun anda orang yang sangat takut waktu itu tiba?

Hidup sampai lah hari ini. Terfikir. Apakah kita bersedia untuk menghadapi kematian. Adakah kita mengharapkan ia datang segera seperti Sabikuunal Awwaluun (orang yang awal-awal memeluk Islam) dahulu yang sentiasa bersedia untuk syahid di jalannya? Ataupun orang yang masih berlengah, mengharapkan kematian itu masih lambat datang menjemputnya.

"Weh, aku cuak doh mati!" Sambil bermain game DotA.

Eh. Termakan cili pedas pulak masa bulan pose ni.

Adakah kita akan bergembira mengangkat piala bersama-sama ikhwah yang berjuang bersama-sama ataupun menunduk malu menyesal yang tak berkesudahan, yang tiada guna lagi.

Pastilah, iman dan amalan-amalan kita pada saat kita dijemput itu wajib dalam top form. Barulah kita akan berasa tenang dan selamat walaupun kematian itu sakit yang tiada terperi.

" Mereka bersuka cita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak berduka cita "
(Surah ali Imran, ayat 170)


" Amboi. Cakap senang lah, susah kot nak buat! "

Eh. Tak pernah pulak cakap senang. Memang lah susah. Kita kena betul-betul berusaha pastikan iman dan mutabaah amal kita untuk maintain dan bertambah baik setiap hari. Fuh. Susah doh! 

Sebab itu lah hidup ini satu perjuangan, bukannya bak kata pujangga " Hidup ini hanya sekali, so kita enjoy ~ ".
Muntah.



Mujahadah itu satu kepastian,
Futur bukannya pilihan,
Taman-taman syurga itu satu kemestian,
As-syahid di jalanNya menjadi buruan.



Sesungguhnya aku telah menyaksikan kematian yang menghidupkan. Kematian yang dicemburui kerana dia dijemput semasa dia sedang beraksi hebat sekali di medan Tarbiyyah ini. Akhi Iman Syafiq. 


-heromahulebah-

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain