Saturday, June 1, 2013

Mata saya!


Sudah ku lihat segalanya,
Sosial dunia yang semakin teruk,
Sayunya sahabat ku juga turut serta,
Katanya "alah, ini biasa",
Tiadalah dirasainya ditenggelami lubuk periuk!

Tika ku berada di jalanan,
Ku lihat kiri dan kanan,
Harapanku muslim itu bukan,
Namun, mata ku lihat segalanya!
Hai 'indahnya' budaya juga bahasa orang-orang muda!

Ku intai pungguk di luar sana,
Ternyata dia tiadalah kesorangan,
Malah ditemani mereka yang berpasang-pasangan,
Selesa pula di celah-celah lorong mereka berjumpa,
Selesa pula bersama-sama yang ketiga!

Mahu kata mereka bodoh,
Mereka bukanlah tidak berakal atau gila,
Mahu kata mereka belum dewasa,
Mereka sudah mencecah umur Al-Fateh mewarisi takhta,
Mahu 'husnuz zoan' pada mereka,
Mereka sendiri seolah-olah mahu di'soo uzzoan'kan!

Benarlah kata Rabb alam semesta,
Bahawa hati mereka tidak digunakan untuk mengerti, memahami,
Maka apakah bisa dipanggilnya manusia?
Tatkala naluri mereka dengan haiwan tampak sama?
Eh bila disoal jawabnya mahu syurga!

Wahai Pelindung ku, jauhilah hamba-Mu ini,
Daripada arus yang tidak pada tempatnya kini,
Daripada jahiliyyah dan al-hawa yang dihiasi,
Daripada tawaran neraka yang dimanipulasi.

-heromahulebah-




No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain