Thursday, March 3, 2011

" Rilek la, gurau je ! "

Na dapati bahawa ramai orang sekeliling Na tak faham apa itu erti gurauan. . .

Perhatikan contoh-contoh berikut :

Contoh 1 : 

Pelajar A sedang berjalan-jalan di koridor di tepi kelas . . .

Pelajar B pula menyorok dan menjerit sekuat hati apabila A menghampirinya . .
  
"WAAARRGGHHH!!!! "

Pelajar A sangat terkejut, manakala Pelajar B pula gelak terbahak-bahak bersama pelajar-pelajar lain yang telah menyaksikan kejadian tersebut.

" Weyh, rilek la . . . aku GURAU je. . . . . sebenarnya aku dah lame tak jumpe kau. . . kau sehat? " kata Pelajar B.


Contoh 2 :

Pelajar C ini sudah lama iri hati atau dengki dengan Pelajar D ni. . .

Pelajar C membuat rancangan untuk memalukan Pelajar D ini di khalayak ramai. . .

Pada satu ketika, Pelajar D keluar untuk ke tandas dan pada ketika itu, tiada guru dalam kelasnya. .pada ketika ini lah Pelajar C bercerita di depan kelas tentang keburukan Pelajar D (walaupun cerita itu hanyalah palsu) . Pelajar-pelajar lain ketawa terbahak-bahak sehingga ada yang TERnangis.

Sebaik sahaja Pelajar D masuk ke kelas semula, pelajar-pelajar lain terus ketawa dan mengejek-ejeknya.

" Hehe.. Rilek la, . . . aku GURAU je la. . . aku tengok, semua orang muka masam je hari ni.. . sebab tu aku buat lawak sket. .  . kau tak kesah kan? ", kata Pelajar C.


* * *


Adakah contoh-contoh di atas boleh dikategorikan dalam GURAUAN?

Ramai yang akan kata TIDAK,   tapi, SANGATLAH RAMAI orang yang berbuat demikian . . .Bergurau konon.. .  Na rasa macam nak tergelak. . .

Tujuan sebenar bergurau adalah untuk menyenangkan hati orang lain dan ia termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w. juga pernah bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.

! ! !


Tapi,
Bergurau ada batas-batasnya. . . Bergurau tak boleh berbohong, tak boleh menyakiti hati orang lain, tak boleh lebih-lebih, tak boleh menjatuhkan maruah orang lain, kena menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati, perlu menggunakan masa yang sesuai untuk bergurau, memastikan gurauan itu bukan ghibah(mengumpat), dan lain-lain.


Berbalik pada contoh-contoh di atas.., LANGSUNG TIADA unsur gurau, bahkan mereka telah MENGUMPAT, MENGHINA, BERBOHONG, MENGAIBKAN. . . . . Astaghfirullah. . . sedarlah!

Sesungguhnya, contoh-contoh macam kat ataslah yang sering berlaku di sekeliling kita sekarang ini. . . sebelum nak bercakap tu, fikirlah dulu. . . janganlah sampai berbuat dosa. . . 


Rasulullah s.a.w bersabda : Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah ! "

( Riwayat Abu Daud )


Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w  bersabda, " Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar. "

( Ahmad dan At-Tabrani )

6 comments:

  1. first!!!hhaa~~brief cooment for the time being~:P

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. yes!!definitely!!XDD

    okay2..i`ll post a proper comment~

    on my opinion,(eceyh..ana speaking ehh),what u wrote up there is 100% true...among friends,we do that sort of thing and claimed it as jokes...

    perhaps,we assume this action as small matter..."hey,he`s my friend.i`m just joking with him..it`s not a big deal"...that`s what we normally think...but wait!not all our friends can accept that as jokes...if the things that said to others are totally false..it`s a SLANDER!morever,some people are sensitive too!!any

    way,thanks for posting this tazkirah...insyaAllah,I try to remember this tazkirah when i want to joke with my friends~^^~arigatou gozaimasu~

    (now,can u regard this as a comment??should i post a longer one?XDD...just kidding~anyway,sorry for the grammatical mistakes~)

    ReplyDelete
  4. Nice comment...u got a point there

    ReplyDelete
  5. yuki s0ra...
    i g0t y0ur p0ints...thank y0u..:)

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain