Thursday, March 31, 2011

Benarkah Solat Mampu Mencegah Diri daripada Kemaksiatan?

Ya.

Sangat benar.

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

(Surah Al-Ankabut : Ayat 45)

Kalau Allah sendiri yang ' kata ' , kita memang tak leh wat apa-apa la ! Memang Tersangatlah benar !


Tapi, kenapa ada orang yang bersolat, tapi  molek2 ada je   masih melakukan dosa dan maksiat?



Daripada Abu Hurairah bahawa beliau berkata (yang bermaksud): Seseorang lelaki datang menemui Nabi, seraya berkata: Sesungguhnya si polan sering melakukan solat malam, namun pada keesokan harinya ia mencuri. Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya (jika solat yang dilakukannya benar), pasti akan mencegahnya daripada perbuatan itu”.

(Hadis Riwayat Imam Ahmad) 

yang mana satu kita?



So?

 
Sesetengah ulama' bersependapat dan telah membahagikan solat kepada 4 tahap , dan ada yang membahagikannya kepada 5 tahap.

Tahap pertama ( Al - Jaahiliin )


Tahap solat paling rendah / paling corot . . .


Tahap kedua ( Al - 'Aadiyyiin )

Tahap solat yang lebih baik daripada Al - Jaahiliin. . . Tahap solat orang ramai ( al- 'aadiyyin ).


Tahap ketiga ( Al - 'Aarifiin )

Tahap orang-orang yang mengetahui. . .mengetahui makna bacaan-bacaan dalam solat dan lain2 .
Tahap yang lebih baik daripada Al - Jaahiliin dan Al - 'Aadiyyiin .


Tahap keempat ( Al - Khoosyi 'iin )

Tahap orang yang khusyuk ketika bersolat. . .tahap orang yang merasai keseronokan dan kemanisan bersolat .

Tahap kelima ( Al - Mukhlisiin )

Tahap tertinggi dan tahap solat yang terbaik. . . ( moga-moga kita dapat mencapai tahap ini, insyaAllah )



Dan tahukah anda bahawa tahap pertama, kedua dan ketiga MASIH BELUM DAPAT MENCEGAH KITA DARIPADA MELAKUKAN MAKSIAT. . !!?


Sebab itulah di luar sana, ramai orang yang walaupun tak tinggal solat, namun masih melakukan dosa dan maksiat, . . .   termasuklah diri ku ini. . .


Lets check, lets improve !

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain