Sunday, March 27, 2011

Labuhkanlah Tudung Wahai Muslimah, Its a Safety Factor




“ Okey, ada apa-apa yang hendak ditanya lagi? ”, mungkin sahaja ini adalah kata penamat pada malam ini sebelum bersurai.

" Emm...Abah, saya nak tanya satu soalan boleh tak?", suara Azhan pantas mencelah.
Aku melihat jam pada tangan. 11.30 malam waktunya. Selalunya waktu sebegini sudah dikira lewat pada perkiraan manusia di negara burung Kiwi ini. Namun, aku kagum dengan semangat anak-anak muda Islam Auckland yang masih lagi hangat berbicara tentang Ad-Din ini di kala malam menuju usia pertengahannya.

" Silakan bro...tak ada hal punyalah .", jawabku.





"Abah, kenapa ada sesetengah orang perempuan pakai tudung yang labuh sangat. Kalau dah menutup dada itu dah kira ok la kan. Dalam Quran pun dah sebutkan kalau menutup itu biar sampai menutup dada. Buat apa nak pakai tudung besar-besar macam tu. Nampak macam..."

" Macam cendawan yang comel-comel warna merah tu? ", sambungku memotong bicaranya.

" Haa? Cendawan? Kenapa cendawan? "tanya Ipin.

" Sebab kepala cendawan tu kan bulat dan labuh sampai ke separuh badannya. "

Jenaka sepontanku disambut ketawa kecil adik-adik ini. Aku mencelah kerana aku tidak mahu perempuan yang menjaga kesederhanaan diri itu dilebel yang bukan-bukan. Cendawan yang comel mungkin berpada.
Aku diam seketika, memikirkan bagaimana caranya aku hendak meyakinkan adik-adik ini. Kesemuanya adalah pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan; manusia yang kebanyakan masa berhujah dengan logik akal dan prinsip-prinsip fizik.

Semua dah ambil mata pelajaran Introduction to Engineering Design kan? Pernah tak dengar konsep Safety Factor?

Aku memerhati kesemua mereka. Ada yang mengangguk dan ada yang menggelengkan kepala.

“ Safety Factor ialah satu prinsip dalam rekaan apabila seseorang jurutera itu melebihkan sesuatu perkiraan kejuruteraan untuk mengambil kira faktor-faktor yang tidak diketahui demi menjamin keselamatan produk yang direka. "

Contohnya, dalam situasi mereka jambatan, perkiraan ketebalan pasak utama yang diperlukan adalah 50cm. Disebabkan ada faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti sama ada kadar perubahan halaju angin yang mendadak, kadar pemendapan tanah yang berubah secara drastik akibat aliran air bawah tanah yang tidak menentu ataupun faktor-faktor lain, ketebalan pasak utama itu ditingkatkan sebanyak faktor 1.5. Maka, ketebalan yang akan digunakan ialah 75cm ”, aku menjelaskan dengan panjang lebar. Biar panjang asalkan mereka faham aliran hujahku ini. Safety Factor dalam berhujah.

Jadi Abah, tak ke over design kalau macam tu? Membazir namanya ”, tanya Hairi.

Tak, bro. It is an investment. Bayangkan kalau apa-apa yang terjadi pada produk yang direka dan dalam kes tadi ialah jambatan. Kalau jambatan tu runtuh, tidak ke kita yang rugi. Di saman, diheret ke mahkamah atas negligence dan silap-silap boleh di penjara. Lebih teruk kalau ada nyawa yang terkorban atas kelalaian kita. Macam mana kita nak jawab dengan family mereka. Jadi, dalam soal keselamatan tiada kompromi, bro ”, terangku lagi.

Siapa boleh teka industri apa yang paling tinggi dalam safety factor?”, aku sengaja menyoal untuk menguji adik-adikku ini.

Oil and gas?”, teka Muiz dan yang lain hanya memandang Muiz untuk mengharapkan Muiz menjawab lagi dengan jawapan-jawapan rawak agar mengena sasaran. Aku hanya tersenyum memandang telatah mereka.

" Aviation industry, bro. Sesetengah rekaan menetapkan safety factor tertinggi iaitu faktor 4. "
" Jadi, dapat kaitkan konsep safety factor dengan tudung labuh tadi?

Aku dapat melihat mereka mengangguk-angguk kecil. Harap-harap itu tandanya faham bukan tanda mengantuk. Aku menyambung kembali peneranganku.

Memang memakai tudung, wajib labuh mentup dada. Tapi soalan yang diajukan Azhan tadi, " kalau sudah menutup dada, how labuh is 'labuh'? ”.

Labuh sampai menyapu jalan atau bagaimana? Kadang-kadang, seseorang wanita itu dalam satu posisi yang apabila memakai hijab yang hanya menutup 'cukup-cukup', maka aurat yakni dada mereka mungkin terselak.
Contohnya, sewaktu bersukan, membongkok untuk mengambil barang yang terjatuh di atas lantai and macam-macam lagi. Jadi, mereka melabuhkan lagi tudung mereka supaya tidak terselak dalam situasi-situasi yang tidak dijangka.

Sama seperti safety factor juga, cuma yang berbeza adalah mereka menjamin keselamatan diri mereka dan orang lain dari azab api neraka. Kalau sudah menjaga keselamatan dari api neraka, itulah the highest safety factor."

" Macam mana, tidakkah cantik begitu? ", satu retorik agar mereka berfikir.

Wallahua'lam.

( from iluvislam.com )

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain