Friday, March 25, 2011

Patut ke?

Patut kah?

Dengar cerita ni dulu. . .

Pada suatu hari, seorang pekerja diminta menghadiri satu ' meeting ' di satu tempat yang agak jauh daripada tempat tinggalnya. . .Walaupun jauh, beliau sanggup memandu ke sana kerana sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pekerja untuk menhadiri ' meeting ' tersebut. . .



Perjumpaan itu diketuai oleh ' boss ', perempuan, berbangsa Cina dan ' non-Muslim ' . . . Meeting itu dimulakan selepas minum petang, iaitu pada jam 4.00 petang. . .

Selepas tamat ' meeting ' itu, Si Pekerja itu terus melihat pada jam tangan beliau dan terkejut kerana jam nya sudah menunjukkan 6.15 ptg. . .dan beliau masih belum mendirikan solat Asar. !!

Tanpa membuang masa, beliau mencari-cari surau dalam bangunan yang beliau ' meeting ' tadi . . . Malangnya, surau itu ditutup kerana sedang dalam ' renovation '. . .

Pekerja itu bergegas ke keretanya dan terus memandu, mencari-cari masjid atau surau berhampiran. . .

" aigoo,  kat kawasan ni tak de masjid ke. . . =,=  ", keluh pekerja itu .

Tak lama kemudian, beliau ternampak masjid kecil di hadapan dan terus memecut ke sana. . .Beliau mempercepatkan langkahnya ke tempat wuduk dan seterusnya mendirikan solat fardhu itu. . .

Selepas selesai memberi kedua-dua salam dan berdoa, si pekerja itu melihat ke arah jam tangan beliau dan jam itu menunjukkan pukul 6.50 ptg. . .

Ketika beliau keluar daripada pintu masjid itu, beliau terserempak dengan beberapa orang, seorang memakai serban dan jubah, tiga lagi berbaju melayu dan berkain pelekat. . .Mungkin untuk bersiap sedia untuk solat Maghrib tidak lama lagi. . . Mereka semua merenung tepat pada wajah Si Pekerja itu seolah-olah dia telah melakukan satu jenayah besar!

Si Pekerja itu memberi salam kepada mereka, dan sewajibnya, mereka menjawab salam itu. . .Selepas itu, si pekerja terdengar mereka berbual sesama mereka. . .

" Semayang apa ' time ' macam ni. . .! "
" Memang tak sah la solat dia tu. . . dh nak masuk maghrib dh "
" Orang macam dia tu, memang macam tu. . .tak ingat akhirat dah. . .yang dia tau, cari duit je!"
" bla3 . . . . . "

Si Pekerja itu pun buat2 tak dengar dan terus ke keretanya dan pulang dengan perasaan hairan, marah, benci,  selepas terdengar perbualan ' kaki masjid ' sebentar tadi. . .

--------------------------------------------------------------



Patut kah?

Patut kah mereka berkata sedemikian kepada Si Pekerja itu?
MEMANG TAK PATUT !

Sepatutnya, kalau nak tegur pun, tegurlah dengan cara yang baik. . . tanyalah apa sebabnya dia solat lewat. . . ., kenalah berbaik sangka. . .lagipun, walaupun dia solat lewat, tapi dia masih mendirikan tiang agama, masih lagi taat kepada suruhan Allah, masih lagi takut kepada azab Allah, sebab tu lah dia tetap solat. . . berbanding dengan orang lain yang tak sembahyang langsung. . .

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. 

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain