( Bukhari dan Muslim )
* * * * *
Nabi menegaskan kita supaya tak boleh meminta supaya diangkat menjadi pemimpin. . .sebab, menjadi pemimpin bukanlah satu perkara yang mudah. Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan atau pangkat itu diberikan atas permintaannya sendiri yang berkemungkinan besar akan menimbulkan tuduhan daripada pihak lain. . .
Sebaliknya, jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang memintanya atau menginginkannya sedangkan dia lah orang yang paling layak, insyaALLAH bebanan tanggungjawab itu walau seberat mana pun, dia akan dapat menjalankannya dengan baik kerana mendapat bantuan daripada Allah dan mereka yang menyokongnya dari belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.
Jadilah pemimpin yang disegani |
Oleh itu, kita tak boleh la gila kuasa! Janganlah kita sanggup mengampu boss, buat-buat baik dengan boss ( padahal, ada udang sebalik batu ) . . . bagi hadiah konon, padahal nak ambik hati boss! Biarlah kita mendapat pangkat atau jawatan dengan cara yang baik, dengan persetujuan orang ramai, bukannya disebabkan keghairahan kita sendiri. . .
No comments:
Post a Comment