Thursday, March 31, 2011

" Hey ! "



Hey?

Hmm, actually I am really impressed with the West people. . .

Why??  It's because they do what the Muslims are supposed to do. . .

Whenever they walk among themselves and meet , they'll greet each other. . .


" Hey ! How're you doing. . . "

that's the common greetings


Regrettably, most Muslims nowadays dont practice what Rasulullah s.a.w said.

It has been narrated from Hazrat Ali May Allah be pleased with himthat the Holy Prophet Peace & Blessings Be Upon Himsaid, "Commonly in Islam there are six rights of a Muslim upon a Muslim: when he meets him he should give him salaam; when he invites him (to a meal) he should accept it; when he sneezes he should bless him; when he falls ill he should visit him; when he dies he should accompany his funeral and he should prefer for him that which he prefers for himself." 

Benarkah Solat Mampu Mencegah Diri daripada Kemaksiatan?

Ya.

Sangat benar.

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

(Surah Al-Ankabut : Ayat 45)

Kalau Allah sendiri yang ' kata ' , kita memang tak leh wat apa-apa la ! Memang Tersangatlah benar !


Tapi, kenapa ada orang yang bersolat, tapi  molek2 ada je   masih melakukan dosa dan maksiat?

Sunday, March 27, 2011

Labuhkanlah Tudung Wahai Muslimah, Its a Safety Factor




“ Okey, ada apa-apa yang hendak ditanya lagi? ”, mungkin sahaja ini adalah kata penamat pada malam ini sebelum bersurai.

" Emm...Abah, saya nak tanya satu soalan boleh tak?", suara Azhan pantas mencelah.
Aku melihat jam pada tangan. 11.30 malam waktunya. Selalunya waktu sebegini sudah dikira lewat pada perkiraan manusia di negara burung Kiwi ini. Namun, aku kagum dengan semangat anak-anak muda Islam Auckland yang masih lagi hangat berbicara tentang Ad-Din ini di kala malam menuju usia pertengahannya.

" Silakan bro...tak ada hal punyalah .", jawabku.

Friday, March 25, 2011

Patut ke?

Patut kah?

Dengar cerita ni dulu. . .

Pada suatu hari, seorang pekerja diminta menghadiri satu ' meeting ' di satu tempat yang agak jauh daripada tempat tinggalnya. . .Walaupun jauh, beliau sanggup memandu ke sana kerana sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pekerja untuk menhadiri ' meeting ' tersebut. . .

Tuesday, March 22, 2011

Makna Bacaan dalam Solat

sumber : sahabat dari facebook ( Edin Hoohoo )


Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Monday, March 21, 2011

Anas bin Malik

Ini sumbernya...

Adakah anda kenal sahabat Rasulullah ini?
Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori  tidak asing lagi sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan hadith, kenalkah anda siapakah Anas Bin Malik ini?

Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik menjadi salah seorang perawi hadith pada zaman Rasullullah S.A.W dan bagaimanakah kehidupan beliau semasa zaman Rasullullah. Pengkaji sejarah menyatakan Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadis sepanjang kehidupannya bersama Rasulullah.Wallahua'lam..

Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaim iaitu wanita pertama yang memeluk Islam dalam kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah. Ayahnya pula bernama Malik ibn Nadr dan beliau tidak memeluk Islam.

Bagaimana Anas Bin Malik menjadi sangat rapat dengan baginda Rasulullah?

Kisahnya begini . . .

Seluruh bumi Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota Makkah. Seperti menunggu satu cahaya dan berharap cahaya ini akan segera datang dan muncul. Rasa cemas terpancar jelas di dalam mata mereka. Sesaat kemudian, semua orang melompat kegirangan tidak kira tua, muda dan kanak-kanak. Semuanya bergembira. Seorang ibu bergegas membawa putera kecilnya menuju ke arah yang sama. Semua berlumba dan berlari agar mendapat tempat bagi melihat susuk tubuh itu sepuas-puasnya. Tidak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan orang ramai agar mendapat tempat di bahagian hadapan.

Semua orang lantas berlumba memberikan hadiah terbaik mereka untuk Rasulullah S.A.W yang mulia. Ummu Sulaim yang hidup miskin ditinggalkan oleh suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin sekali memberikan hadiah istimewa buat Rasulullah. Lantas beliau mendatangi kediaman Rasulullah S.A.W dengan membawa putera yang satu-satunya.

"Wahai Rasulullah. . .tidak ada di Madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka yang memberimu hadiah, dan sungguh saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini, bawalah ia agar bisa berkhidmat kepadamu" Ucap Ummu Sulaim dengan linangan air mata bahagia. Rasulullah S.A.W tersenyum dan mengusap kepala Anas  yang masih kecil dan memeluknya erat.

Sejak itu, Anas bin Malik sentiasa bersama Rasulullah S.A.W setiap masa dan di mana jua. Beliau hidup bersama Rasulullah S.A.W selama sepuluh tahun. Inilah detik dan saatnya, Anas bin Malik menjadi pembantu pemimpin dunia iaitu apabila tibanya Rasullullah di Madinah, ibunya mengarahnya berkhidmat kepada Rasullullah. Ketika ini beliau berumur 10 tahun dan apabila baginda wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Dalam masa umur beliau 10 hingga 20 tahun beliau mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda apabila beliau sentiasa mengekori Rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana beliau adalah salah seorang sahabat yang amat memahami keadaan Rasulullah, tahu akan kesusahan Rasulullah, dan arif akan sifat dan tingkah laku Rasulullah.

Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik

Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang menjadi pembantu Rasullullah yang diarahkan ke pasar. Ketika mendapati Anas kecil yang lalai mengerjakan tugasnya, Rasulullah S.A.W tidaklah marah. Namun beliau malah tersenyum. Anas bin Malik berkata, "Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus oleh baginda untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat.

Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sedar ada seseorang berdiri memerhatiku dan memegang ubun-ubunku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat Rasulullah S.A.W tersenyum kepadaku lalu berkata, "wahai Unais, apakah engkau telah mengerjakan perintahku?" Aku bingung dan berkata, "ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!"

Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, "mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?"

Unais bermaksud Anas kecil. Nama panggilan Rasullullah kepada Anas. Apa yang dapat kita gambarkan mengenai sifat Rasullullah ini? Seorang yang mulia akhlaknya. Maka hari ini, bukan setakat penyakit keturunan adalah "genetik" yang heboh diperdebatkan, malahan akhlak dan peribadi juga adalah salah satu permasalah genetik yang tidak sedikit kita persoalkan. Melalui pengalaman yang dilalui sendiri, dalam kehidupan sekarang kita melihat bagaimana bapa yang pemarah dan bengis, sedikit sebanyak akan mempunyai kesan mental terhadap anaknya yang bakal mewarisi sifat yang sama. Bezanya penyakit genetik ini dapat diubah melalui tarbiah jiwa dan rohani.

Melihat akhlak Rasulullah yang mulia memberi kesan yang mendalam kepada Anas Bin Malik sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Apatah lagi memiliki ibu iaitu Ummu Sulaim yang mempunyai kekuatan iman yang hebat. Beberapa kisah yang menceritakan betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan Ummu Sulaim. Antaranya adalah kesanggupannya untuk menyerahkan putera tunggalnya Anas Bin Malik ini untuk berkhidmat kepada Rasullullah. Seorang ibu yang yakin bahawa anaknya akan menjadi orang yang hebat apabila duduk bersama dengan orang yang hebat.

Peristiwa lain yang memperlihatkan kekuatan iman Ummu Sulaim ini berdasarkan peristiwa beliau dilamar oleh Abu Talhah yang merupakan salah seorang saudagar yang terkaya dalam kalangan penduduk Madinah tetapi belum lagi memeluk Islam. Gambaran jelas terpancar pada kekuatan iman Ummu Sulaim apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta Abu Talhah tetapi pada keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan.

Kehidupan Anas selepas wafatnya Rasullullah

Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara sahabat yang sangat sedih. Menjadi pembantu peribadi kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Beliau kemudiannya berpindah dan menjadi duta besar umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah. Beliau juga adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umur. Umurnya menjangkaui usia 100 tahun lebih. Beliau mempunyai ramai zuriat yang kebanyakannya menetap di Basrah.

Pendidikan yang diperoleh Anas bin Malik daripada  Rasulullah yang boleh dianggap seperti bapanya sendiri amat mempengaruhi peribadinya, beliau mencontohi sifat-sifat Rasulullah secara syumul dan peribadi Rasulullah tidak lain dan tidak bukan di adaptasi daripada Al-Quran, marilah kita sama-sama menganalisis dan muhasabah diri, sejauh mana keakraban kita bersama Al-Quran.

Wednesday, March 16, 2011

which is first? family or friend ?

You know the answer, it will be family first!

I post this entry because people nowadays like to hang out with their friends more than their family and some of them even dont care about their family. . .and some less care about their family. . .hmm

Its your blood. . .you only got one family. . .there's no other. . . friends? You got lot of them. . . I mean, you just cant replace your family just like you can replace your friend. . .

So, you must put your family first rather than friends.. You must foremost your family needs, then, maybe your friends'. . . When you got a family trip, and you got some exciting activities with your friends like play football, play Ps2 , etc, all on the same time, you need to priortize your family !




When you have a happy family, you'll happy. . .                                    

Tuesday, March 15, 2011

Perlumbaan siput dan katak

Pada suatu hari, si katak melompat-lompat melintasi si siput yang sedang mengesot perlahan-lahan di bawah sinaran mentari yang terik.

si katak : wahai si siput, tentu kau berasa bosan dengan kehidupan kau. . . sentiasa dengan pergerakan kau yang lambat. . . orang lain dah entah ke mana, tapi kau masih mengesot kat sini. . .

si siput : wahai si katak, sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaan ilahi. . . dan aku tidak pernah mengeluh mengenainya. .

si katak : ceh, baik lak kau ni si siput. . .tak pernah mengeluh konon. . .nak muntah aku dibuatnya

si siput :    . . . . . . . . . . . . .

si katak : erm, si siput, aku nak tanya, apa kelebihan kau? kau ni aku tengok. . .dah la lambat, huduh pulak tu, apa nya kelebihan kau?

si siput : aku boleh membuat kau terkejut wahai katak. . .aku boleh menang dalam perlumbaan menentang kau. . .

si katak : WAHAHAHHAHAHHAAHHAHAHA ! jangan buat lawak. . .aduihh. . . sakit perut aku. . . pandailah kau ni buat lawak. . . sapelah yang ajar kau . . . memang  ' top class ' punya lawak la. . .

si siput : er, aku sirius ni katak. . .

si katak : har? hahaha. . . biar betol. . . biar lah, tapi jangan menyesal. . .jangan menangis lak nanti. . . WAHAHA. . .

si siput : esok petang, lumba kat track ok?

si katak : haha. . . . .aku rasa macam aku dah tau la sape yang menang. . .mestilah AKU! KAHKAHKAH!

si siput : kita tahu keputusannya esok wahai katak. . .

si katak (kiri) dan si siput (kanan)



Berita mengenai perlumbaan mereka telah diketahui oleh semua haiwan-haiwan di kampung mereka. . . pada keesokan harinya, banyak haiwan berkumpul untuk menyaksikan perlumbaan mereka. . . sang kancil telah mendapat persetujuan daripada dua-dua belah pihak untuk mengadili perlumbaan mereka. . .

" MULA ! ! ! "

Perlumbaan telah dimulakan. . . seperti yang dijangkakan, si katak jauh mendahului si siput yang sedang mengesot perlahan-lahan seperti tak bergerak langsung. . .

Si Katak sangat gembira sehinggakan dia bernyanyi-nyanyi keriangan sambil melompat-lompat. . . .

Tiba-tiba, hujan pun turun  membasahi bumi. . .si katak seronok bermain-main dengan hujan. . .

Dengan hujan yang lebat, badan siput menjadi licin dengan permukaan ' track ' perlumbaan mereka. . .angin bertiup kencang. . . sehinggakan mampu menolak badan si siput dengan mudah . . .

Si katak tidak perasan bahawa si siput sudah memotongnya kerana terlalu leka bermain hujan yang sememangnya hobi semulajadinya. . .

Tiba-tiba,

" Pemenangnya ialahhhhhh. . . . si SIPUT!!! "

Ketika itu, si katak terkejut melihat si siput sudah berada di garisan penamat. . .dia berasa sangat menyesal dan menangis tak henti - henti . . . Haiwan-haiwan lain pada awalnya terkejut dengan keputusan perlumbaan itu, tetapi tak lama selepas itu, mereka semua bersorak-sorak dengan gembira. . .

si siput bersyukur dengan kemenangan yang diperolehinya. . .

Gila Kuasa

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata : Nabi s.a.w berkata kepada ku : " Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah kau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah . Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan . Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan."

( Bukhari dan Muslim )
* * * * *





Nabi menegaskan kita supaya tak boleh meminta supaya diangkat menjadi pemimpin. . .sebab, menjadi pemimpin bukanlah satu perkara yang mudah. Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan atau pangkat itu diberikan atas permintaannya sendiri yang berkemungkinan besar akan menimbulkan tuduhan daripada pihak lain. . .

Sebaliknya, jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang memintanya atau menginginkannya sedangkan dia lah orang yang paling layak, insyaALLAH bebanan tanggungjawab itu walau seberat mana pun, dia akan dapat menjalankannya dengan baik kerana mendapat bantuan daripada Allah dan mereka yang menyokongnya dari belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.



Jadilah pemimpin yang disegani




Oleh itu, kita tak boleh la gila kuasa! Janganlah kita sanggup mengampu boss, buat-buat baik dengan boss ( padahal, ada udang sebalik batu ) . . . bagi hadiah konon, padahal nak ambik hati boss! Biarlah kita mendapat pangkat atau jawatan dengan cara yang baik, dengan persetujuan orang ramai, bukannya disebabkan keghairahan kita sendiri. . .

Wednesday, March 9, 2011

Islam bukan hanya di sekolah agama

Izzati. Indah nama itu. Secantik dan semulia akhlak insan yang menjadi  pemegangnya. Hidup di IPIS (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan  Islam) memang merupakan impiannya sejak sekian lama. Sudah hampir 3 tahun  dia berdoa agar dirinya nanti dihantar ke suatu tempat yang dia kira  cukup Islamik ,agar mudah untuk dia mengubah diri serta jalan  hidupnya.

Bukan selama ini dia tersesat, cuma dia ingin menjadi seseorang  yang baru, berbeza dengan dirinya yang dahulu. Sungguh Allah itu Maha  Mendengar. Mengalir air mata suci daripada sepasang mata yang sering  melemparkan pandangan bening itu. Begitu dia bersyukur apabila doanya  dijawab. Subhanallah. Allah itu Maha Berkuasa.

6 bulan pertama berada di IPIS sudah cukup untuk merubah  segala-galanya tentang dirinya. Usahkan penampilan, cara pergaulan dan  percakapannya berubah sama sekali. Dia kini seorang yang serba  baru. Meskipun begitu, dia tidak pernah lupa asal usulnya. Siapa dia,dari  mana dirinya.

Setelah 6 bulan berada di IPIS, sudah tibalah masanya untuk pulang ke  pangkuan keluarga tercinta. Sedih juga rasanya untuk meninggalkan IPIS  yang kini sudah menjadi sebahagian daripada jiwanya.

"Assalamualaikum!! Izzati dah sampai!! Mak, Ayah!!" Terdengar  suaranya yang lantang memecah keheningan subuh...

"Wajah insan tersayang  kini sudah berada di depan mata. Apalagi, pergilah peluk!", gertak jiwa  kecilnya.Tidak tergambar rasa gembiranya hati apabila dapat mengucup  pipi ibu serta ayah tercinta.

Perubahan Izzati sedikit sebanyak telah mempengaruhi orang di  sekelilingnya. Ada yang boleh menerimanya dengan baik. Tidak kurang juga  yang memandang serong terhadapnya. Tetapi, bukan itu yang Izzati  risaukan. Kini, dia sudah ada tanggungjawab besar yang akan disoal di  akhirat kelak. Tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang ada  padanya. Ilmu yang masih sangat sedikit itu ingin dia kongsikan bersama  dengan harapan mereka akan turut merasakan betapa manisnya hidup  mengikut acuan Islam sejati.

Perjuangan Izzati tidak mudah. Untuk mengubah keluarga sendiri pun dia  masih tertatih-tatih. Walaupun begitu dia tidak pernah berputus  asa. Hampir setiap hari, ada sahaja terdengar suaranya memenuhi rumah  dengan nasihat serta pengajaran yang penuh bermakna. Ada kalanya kaum  keluarga mendengar dengan penuh perhatian. Ada pula waktunya Izzati  seperti berbicara sendirian kerana orang-orang di sekelilingnya sudah  bosan dengan ucapan yang agak sama setiap hari. Tetapi, tidak pernah pula  sikap seperti itu merubah semangat Izzati.

Hari itu Izzati pergi menziarahi neneknya yang kurang sihat di  kampung. Alangkah gembiranya Izzati apabila dia menemui seorang sahabat  lama yang dahulunya turut bersamanya bermain teng-teng dan meneruskan  perjuangan bersama sehingga ke sekolah menengah. Tetapi,dalam kegembiraan  tersebut timbul sedikit kesedihan di hati Izzati. Lia yang dia kenali  dahulu sudah berubah sama sekali.T udung tidak lagi menutup  rambutnya. Rambutnya kini pula sudah dihiasi dengan segala jenis macam  warna yang menyakitkan mata yang memandang. Belum lagi ditambah dengan  tindikan-tindikan di telinga yang melemaskan jiwa. Baju yang nipis dan  ketat.Pergaulan dengan lelaki?? Tidak mampu Izzati membicarakan perihal  Lia yang selanjutnya.

"Lia, kenapa Lia berubah? Kenapa Lia tak pakai tudung? Rambut Lia  ni... dulu kan cantik.. Lia dah lain sangat. Janganlah macam ni Lia. Zati  rindu Lia yang dulu. Lia yang lembut, sopan, pemalu, yang jaga aurat dan  yang paling penting, jaga pergaulan..." keluh Izzati pada suatu petang  yang sunyi.

Lia hanya mendiamkan diri. Mungkin sedikit terkesan di hatinya apabila  kata-kata seperti itu diucapkan oleh sahabat karibnya sendiri. Memang  dia akui kata-kata Zati itu betul semuanya. Tetapi, suasana di kampung  memang telah banyak mempengaruhi gaya hidup Lia. Bergaul dengan remaja  sebayanya yang bermasalah telah betul-betul menjadikan Lia insan yang  berbeza. Dengan nada yang agak keras, Lia menjawab segala persoalan yang  Izzati ajukan padanya.

"Zati... Zati kne ingat. Ini kampung. Bukan macam tempat Zati IPIS tu  Islamik. Memanglah senang Zati nak kekalkan diri Zati yang baik  ni. Kampung ni. Macam-macam ada. Orang-orang yang tinggal dalam kampung ni  bukan sembahyang sangat pun. Kalau dah yang tua-tua itu pun tak dapat  nak jadi contoh, macam mana kita orang yang muda ni nak jadi baik? Zati  patut ajar yang tua-tua tu dulu, baru ajar Lia. Zati cakap  senanglah. Nanti, kalau Zati dah lama-lama kat sini, mesti Zati pun  berubah. Takkan bertahannya diri Zati yang sekarang ni. Percayalah cakap  Lia .Zati janganlah nak jadi hipokrit. Buat-buat baik kat sini untuk  tunjuk kat kita orang semua. Lia tahu Zati ni siapa. Pasal tudung dan  rambut tu, tempat ni lain Zati. Kalau kat IPIS Zati wajib pakai tudung  labuh ,kat sini tidak ada peraturan macam itu. Jangan pula Zati nak  wujudkan peraturan sendiri. INI BUKAN IPIS!"

"Astarghfirullahalazim! Lia! Kenapa Lia cakap macam itu?! Islam itu  ada di mana-mana Lia. Bukan dekat IPIS sahaja. Sebagai umat Islam sejati,  sudah menjadi kewajipan kita untuk mematuhi segala suruhan dan  meninggalkan segala larangan Allah walau di mana pun Lia berada. Jangan  jadikan suasana kampung ini sebagai alasan untuk Lia berubah. Lia, kalau  orang di sekeliling Lia tidak mampu untuk mendidik Lia, Lia patut didik  dan kuatkan diri sendiri. Memang tidak mudah Lia. Zati pun tak rasa mudah  untuk kekal begini. Tetapi, itulah hakikatnya. Kita takkan mampu untuk  berubah sekiranya kita sendiri tidak berusaha. Ingat Lia. Allah tidak akan  mengubah nasib sesuatu umat itu sehingga mereka sendiri berusaha untuk  berubah.." berlinang air mata suci Izzati tatkala mengucapkan kata-kata  tersebut.Sungguh tidak disangka,sampai begitu sekali Lia berubah.Baru 6  bulan mereka berjauhan ,Lia sudah jauh pergi meninggalkan agamanya.

"Ala...Janganlah Zati nak buat-buat suci kat sini. Tempat ni lain  Zati. LAIN! Zati pakai macam ni,tudung-tudung yang macam 'khemah  bergerak' ni, Zati ingat orang sanjung Zati ke? Budak-budak kampung  ni... hari-hari mengumpat Zati.. Zati datang je dia orang gelarkan Zati 'khemah bergerak'. Kelakarlah Zati. Janganlah pakai macam ini lagi  Zati. Tak sesuai kat sini. Kita dekat kampung, buatlah macam cara dekat  kampung. Nanti, kalau Zati dah balik IPIS, sesuailah Zati pakai macam  ni. Memang wajib dekat sana kan? Dekat sini tak pun.." Dengan nada  selamba Lia mengucapkan kata-kata tersebut.

Zati hampir pengsan apabila mendengar kata-kata seperti itu diucapkan  oleh sahabatnya sendiri. Bertambah pilu dan sedih hatinya. Bukan kerana  gelaran 'khemah bergerak' itu atau umpatan orang kampung, tetapi  kerana cara hidup sahabatnya yang kini semakin jauh dari Allah. Dalam  diam Zati berdoa di dalam hati agar dosa-dosa sahabatnya itu diampunkan  oleh Allah dan dibukakan semula pintu hatinya untuk kembali pada  Islam. Sungguh kasih dia pada sahabatnya ini sehingga tidak sanggup dia  untuk melihat Lia tersiksa di akhirat kelak. Azan maghrib yang  berkumandang menyedarkan Zati. Cepat-cepat dia menyeka air matanya. Dia  segera membetulkan tudungnya.

"Lia, jom balik.Dah masuk waktu maghrib. Kita solat. Hari ini kita baca surah an-nisa' serta tafsirannya sekali."

Teringat Izzati saat-saat indah dahulu di mana dia dan Lia seringkali  membaca al-quran bersama-sama dan bertadabbur di surau berhampiran rumah  neneknya. Sungguh indah waktu itu.

"Jom Lia.." Izzati menarik lembut tangan sahabatnya itu.

"Takpe. Zati pergilah! Hati Lia sudah tertutup untuk itu. Lia nak  keluar dengan kawan-kawan Lia kejap lagi ni. Bila Lia dah dapat SERU  nanti Lia solat. Kita masih muda Zati .Masih banyak masa untuk kita. Zati  ni macam org tua la. Sibuk beribadah macam dunia ni dah nak kiamat. Dia  orang patutlah buat macam itu. Umur pun dah tak panjang.Kita ni muda  lagi".

Astarghfirullahalazim. Pedih sekali hati Izzati mendengarkan kata-kata  sahabatnya itu. Izzati sudah tidak mampu lagi berdiri di situ. Dia segera  berlalu. Kudratnya sudah lama habis. Lemah dirinya apabila mendengarkan  kata-kata Lia. Di dalam hati Izzati banyak-banyak berdoa dan meminta  keampunan kepada Allah di atas kelemahannya yang tidak mampu untuk  membantu sahabatnya itu.Dia pergi meninggalkan Lia dengan linangan air  mata.

Setelah hampir dua bulan bercuti, kini Izzati akan kembali semula ke  IPIS untuk semester kedua. Perjuangannya kali ini pasti lebih  sukar. Azamnya kali ini lebih tinggi. Bila dia kembali lagi nanti, dia  akan buat lebih banyak lagi.

"Zati!!" Terdengar sayup-sayup suara Lia memanggilnya dari jauh. Zati menoleh ke belakang.

"Lia...dah lama tak jumpa Lia. Zati nak balik dah ni. Nanti Zati  datang sini lagi. Ingat Lia .Islam itu ada di mana-mana. Bukan di IPIS  saja. Di sini juga.. di HATI..." ucap Zati smbil meletakkan kedua-dua  tangan sahabatnya di dadanya.

Kemudian Izzati berlalu pergi.Dengan linangan air mata, dia berharap  agar pintu taubat masih terbuka untuk sahabatnya itu. Lia hanya terdiam  dan tergamam. Masih cuba untuk memahami kata-kata Izzati tadi.

from here . . .

Tuesday, March 8, 2011

soo gee

Pagi tadi , aku tertonton satu program agama kat tv. . .sket lg nk habis. . .

Pastu, ustaz ni pun berkata, " Kalau anda menggunakan kayu sugi untuk bersugi selama 3 bulan berturut-turut, maka gigi anda akan bersih. . . dan kayu sugi ini mampu menghilangkan sisa-sisa makanan pada gigi lebih baik daripada berus gigi. . . "

dan ustaz itu ialah USTAZ ZAHARUDDIN ! dan program yang aku tengok tu ialah program Tanyalah Ustaz. . . . .

kayu sugi
sekadar pengkongsian dae~

Monday, March 7, 2011

Mari Menjadi Orang Luar Biasa !

Orang Luar Biasa? Siapa ? Batman? Spiderman? Superman?

Kalau masa kecik2 dulu mesti kita jawab macam tu kan . . .tapi, bila dah besar, kita dah tahu perkara yang sebenar. . .

Berbalik kepada tajuk, mari menjadi orang luar biasa? boleh ke nak jadi orang luar biasa? apa tips nye?

Sangatlah mudah nak jadi orang luar biasa. . . tapi jarang orang berusaha menjadi orang luar biasa ni... 

Dah pening?? takkan la dah pening. . .

ok2, kita dengar dulu . . .

Orang Luar Biasa !


contoh pertama,  kita telah membantu seseorang itu dalam kesusahan, dan orang itu plak tak ingat langsung tentang bantuan kita tuh. . .and this is common. . . normal ! Kita pun kadang-kadang terlupa bantuan orang lain terhadap kita. . . mungkin tak lupa semua. . . tapi ada jugak yang terlupa kan2? mane la kita nak ingat sume2. . .  sibuk dengan kerja la. . . ni la tu la !

contoh kedua, kita telah membantu seseorang itu dalam kesusahan. . . contohnya, kita telah bagi dia SERINGGIT je kat dia. . .lepas tu, orang tu ingat pertolongan kita tu sampai bila-bila. . . sampai ke mati dia ingat. . . . . . . and, this is NOT COMMON! ini LUAR BIASA ! ! !

Bagi seringgit pun ingat jugak?!! orang ni ialah orang luar biasa. . . jadi, target kita ialah menjadi orang seperti orang ini. . .ORANG LUAR BIASA!

Apabila Allah kurniakan kita nikmat dan sebagainya. . . apa yang kita buat? kebanyakan daripada kita adalah seperti orang dalam contoh pertama kan? Tapi, hamba yang luar biasa akan sentiasa mengingati akan nikmat yang dikurniakan kepadanya sebagaimana orang dalam contoh kedua. . .

Allah telah mengizinkan kita bernafas. . . menghirup udara. . . apa yang kita balas? habis kurang pun. . . kita ucaplah ' Alhamdulillah. . . ' atau ' Terima Kasih Allah ' . . . simple kan? Ni lah orang yang luar biasa lakukan. . . hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmat yang Allah berikan kepadanya. . . hamba yang selalu mengingati Pencipta Alam setiap kali dikurniakan nikmat kepadanya. . . . bukan calang-calang orang kan ?

Kita berjaya dalam SPM. . .ucaplah terima kasih Allah. . . kita dapat hadiah sempena hari jadi,ucaplah terima kasih Allah. . .kita bangun daripada tidur. . .ucaplah terima kasih Allah, bukan semua orang boleh tidur kan. . . ada yang kerja malam la., pengidap insomnia pun tak leh tidur. . . kalau kita sedang bermusafir, dan selamat sampai ke destinasi, ucaplah terima kasih Allah, bukan semua yang jalan-jalan, selamat sampai kan?

 * * *

Ada satu cerita, ceritanya mengisahkan seorang pemuda ni, dia tak boleh tidur, kalau tidur pun, tak nyenyak, 2-3 jam je. . .Jadi, dia pun bertanyakan seorang ustaz. . . Ustaz ni pun berkata " Saya ada terapi, dan terapi ni sangatlah mudah ". Pemuda itu berkata , " Terapi apakah itu? " . . . " Setiap kali anda dapat tidur, ucaplah terima kasih Allah. . .ucaplah Alhamdulillah. . . walaupun 5 minit, 10 minit ke. . .ucaplah ", kata Ustaz itu. . . . .Pemuda itu mendengar pesan Ustaz itu dan mengamalkannya. . . dan ia membuahkan hasil . . .Subhanallah!

sumber : melalui radio IKIM.fm

Thursday, March 3, 2011

" Rilek la, gurau je ! "

Na dapati bahawa ramai orang sekeliling Na tak faham apa itu erti gurauan. . .

Perhatikan contoh-contoh berikut :

Contoh 1 : 

Pelajar A sedang berjalan-jalan di koridor di tepi kelas . . .

Pelajar B pula menyorok dan menjerit sekuat hati apabila A menghampirinya . .
  
"WAAARRGGHHH!!!! "

Pelajar A sangat terkejut, manakala Pelajar B pula gelak terbahak-bahak bersama pelajar-pelajar lain yang telah menyaksikan kejadian tersebut.

" Weyh, rilek la . . . aku GURAU je. . . . . sebenarnya aku dah lame tak jumpe kau. . . kau sehat? " kata Pelajar B.


Contoh 2 :

Pelajar C ini sudah lama iri hati atau dengki dengan Pelajar D ni. . .

Pelajar C membuat rancangan untuk memalukan Pelajar D ini di khalayak ramai. . .

Pada satu ketika, Pelajar D keluar untuk ke tandas dan pada ketika itu, tiada guru dalam kelasnya. .pada ketika ini lah Pelajar C bercerita di depan kelas tentang keburukan Pelajar D (walaupun cerita itu hanyalah palsu) . Pelajar-pelajar lain ketawa terbahak-bahak sehingga ada yang TERnangis.

Sebaik sahaja Pelajar D masuk ke kelas semula, pelajar-pelajar lain terus ketawa dan mengejek-ejeknya.

" Hehe.. Rilek la, . . . aku GURAU je la. . . aku tengok, semua orang muka masam je hari ni.. . sebab tu aku buat lawak sket. .  . kau tak kesah kan? ", kata Pelajar C.


* * *


Adakah contoh-contoh di atas boleh dikategorikan dalam GURAUAN?

Ramai yang akan kata TIDAK,   tapi, SANGATLAH RAMAI orang yang berbuat demikian . . .Bergurau konon.. .  Na rasa macam nak tergelak. . .

Tujuan sebenar bergurau adalah untuk menyenangkan hati orang lain dan ia termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w. juga pernah bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.

! ! !


Tapi,
Bergurau ada batas-batasnya. . . Bergurau tak boleh berbohong, tak boleh menyakiti hati orang lain, tak boleh lebih-lebih, tak boleh menjatuhkan maruah orang lain, kena menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati, perlu menggunakan masa yang sesuai untuk bergurau, memastikan gurauan itu bukan ghibah(mengumpat), dan lain-lain.


Berbalik pada contoh-contoh di atas.., LANGSUNG TIADA unsur gurau, bahkan mereka telah MENGUMPAT, MENGHINA, BERBOHONG, MENGAIBKAN. . . . . Astaghfirullah. . . sedarlah!

Sesungguhnya, contoh-contoh macam kat ataslah yang sering berlaku di sekeliling kita sekarang ini. . . sebelum nak bercakap tu, fikirlah dulu. . . janganlah sampai berbuat dosa. . . 


Rasulullah s.a.w bersabda : Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah ! "

( Riwayat Abu Daud )


Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w  bersabda, " Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar. "

( Ahmad dan At-Tabrani )

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Tha'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah 

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit. Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah. Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Wednesday, March 2, 2011

Isteri Mithali



Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

Aku tak mahu suamiku berdosa..

Tuesday, March 1, 2011

Cerita Kasut dan Stokin

Ceritanya bermula apabila si Garfield meletakkan kasutnya ke lantai . . .

" Hehe, tak sabarnya nak main futsal lepas ni! ~ " kata si Garfield sambil menyarungkan stokin ke kaki.

si Kasut : Hehe . . .

si Stokin : Kenapa engkau gelak wahai Kasut?

si Kasut : Ehehehehehe . . .

si Stokin : . . . . Cepat la.. kenapa?? aku pun nak tau jugak . . . boleh gelak sama-sama ^^

si Kasut : Betul ke nak tau? Sebenarnya, aku gelak sebab badan engkau mesti akan busuk lepas ni.. sebab tuan kita ni akan main futsal !! WAHAHA!!

si Stokin tersentak dan terdiam seketika ...

si Stokin : . . . . . . . . . .sampai hati engkau kasut . . . ( sabar je lah stokin, sabar kan sebahagian daripada iman. . . )

si Kasut masih tak berhenti gelok gelak kat si Stokin.

si Kasut : WAHAHAHAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAHAHA!! . . .. . .. . . Hahahaaaaa!

Selepas si Garfield sudah siap memakai kasut, beliau pun memulakan perjalanannya ke dewan futsal. Oleh sebab dewan futsal itu tidak jauh daripada rumahnya, si Garfield hanya ke sana dengan berjalan kaki.

" La la la la la ", si Garfield berjalan sambil menyanyi . . . " EH!!! Dah lewat la!!!! "

si Garfield pun berjoging ke sana kerana sedar bahawa dia sudah terlewat.


si Kasut?

' TPREEEKKKK !!!!! '

" WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ! ! ! ! ! ", jerit si Garfield. " Kasut ku! "

( Sebenarnya, kasutnya itu baru dibelinya semalam di Midvalley, Kuala Lumpur )

Malang tak berbau , si Garfield telah terpijak tahik taik tahi lembu yang masih ' panas ' . . .
si Garfield terus pulang ke rumahnya semula dengan perasaan marah campur sedih kerana kejadian tadi.Sebaik sahaja sampai ke rumah, si Garfield ini membuang kasut yang terkena tahi itu ke dalam tong sampah. Dia tidak teragak - agak langsung untuk membuang kasut barunya itu.

( Sebenarnya, si Garfield ini anak yang manja, dia boleh beli kasut yang baru )

si Stokin : Padan muke mu kasut, puahati aku....PUAHHHHH!!!

Banyak pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini . . . janganlah jadi macam si Kasut, kita kenalah bersabar, kita kenelah tepati masa ( sebab kalau tak tepati masa, kita akan jadi risau dan tidak 'aware' dengan keadaan sekeliling kita kerana terlalu ingin segera ke destinasi ), dan banyak lagi lah . . . semoga cerpen ini bermanfaat!

Ratings and Recommendations by outbrain