Friday, May 1, 2015

5 Perkara Pemuda Mesti Buat!



1. Keluar lihat dunia

Kemunculan henpon-henpon yang canggih, gadget-gadget yang wow, game-game online hari ini telah menyebabkan ramai pemuda yang lebih suka menghabiskan masa mereka di rumah, daripada berada di luar.

Keluarlah!

Kehadiran pemuda sekarang sudah tak terasa, melainkan dalam surat khabar dan hampir semuanya menulis tentang keburukan mereka. Juga, kalau bukan di  rumah, mereka akan berada di  shopping mall, merayau-rayau seperti tak ada arah tuju, tak ada matlamat hidup.

Keluarlah!

Seribu satu aktiviti, perkara yang boleh dibuat untuk kita kutip pengalaman, jadikan teladan, menjadi manusia yang berpengetahuan dan skillful. Tahu tak kenapa orang tua-tua semua power-power dan tahu banyak perkara?

Keluar.


2. Usrah

Ha, kenapa skip terus tengok nombor 3? Hehe.

Usrah yang dimaksudkan di sini ialah usrah sebenar. Macam mana tu?

Ada sesetengah daripada kita yang sudah pernah dengar perkataan usrah ni dari sekolah lagi. Buku Usrah Badar? Dan mungkin dah terlibat dah pon dengan usrah sekolah tu.

Ada yang kata best! Ada yang kata boooo boring!

Tapi yang ini lain. Macam mana lain? Yang ini korang kena cari sendiri.

Yang pasti, usrah yang dimaksudkan ialah usrah yang semua element dalamnya ialah positif dan tak pernah boring! Dalam usrah, sepatutnya menyeluruh, sentuh hampir semua perkara daripada hal peribadi kepada hal duniawi (isu-isu semasa, ekonomi, politik), dan juga hal kehidupan selepas mati.

Jadi, kalau ada kawan yang mengajak korang pergi usrah, seriously I strongly suggest you guys to give it a try and have fun!

Jangan dengar citer negatif dari orang lain. Setengah orang suka makan roti canai cicah kari, tapi setengah yang lain suka cicah gula, nak buat macam mana kan? (Tiba-tiba)


3. Melancong (a.k.a Jejalan)

Jejalan luaskan pemandangan! Ya, jalan-jalan.

Jalan ke mana? Mana-mana lah!

Yang penting, bila merantau korang kena ambil pengajaran dan enjoy!

''Tapi, saya tak ada duit...''

Alasan ini boleh la saya terima, tapi kelebihan ada pada mereka yang merantau. (So kena pandai cari duit - bekerja, bisnes, etc)

Banyak berjalan luas pemandangan.

Tanpa ragu lagi, bila banyak bermusafir, merantau, korang akan dapat belajar banyak benda. Satu, kalau jejalan ramai-ramai, dapat banyak pengalaman dan pengajarannya. Dua, kalau jejalan sosorang, pon korang akan banyak belajar, tapi berbeza sedikit suasananya.

Saya suggest untuk korang buat dua-dua. Jalan sesorang, dan Jalan reramai.


4. Membaca

Haha! Saya juga adalah orang yang tak suka sangat membaca. Dan kesannya ialah saya dapat merasakan diri saya sangat ketinggalan berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain.

Kalau korang tergolong dalam golongan ulat buku, tahniah dan teruskan. Its a gift. Kalau korang macam saya, haha, paksalah diri korang untuk suka membaca ya!

At least update kan diri korang dengan dunia semasa. Dari berita tempatan sampailah berita luar negara. Bukan hanya baca bahagian sport saja!

Saya yakin kalau ditanya tentang berita semasa kepada semua orang pemuda, pasti tak ramai yang mampu jawab dengan betul. Malah, orang kata penemu duga pon suka untuk tahu samada korang seekor katak bawah tempurung atau tidak. Kerana ada pemisah antara orang yang suka membaca dan tak suka membaca.

Nasihat saya, yakinlah dengan ''today a reader tomorrow a leader''.
(ini adalah salah satu ayat motivasi saya untuk membaca heheh)


5. Hobi

Masa kita kecik-kecik dulu, cikgu selalu tanya, "apa hobi kamu?"

Tak pun, dalam diari sekolah-sekolah, yang ada tulis nama, alamat, makanan kegemaran,dll, mesti ada include hobi dalam tu kan?! (Saya tak pernah buat, tapi dengar daripada kawan-kawan je, kih3)

Tapi bila dah besar, semakin lama, kita dah mula busy dengan hidup duniawi kita! cehhh...
Homework, Games, Persatuan, Kelab Sukan, dan komitmen yang lain. Semuanya telah membuat kita busy.

Walaupun begitu, saya menjadi salah seorang yang sangat menyokong mereka yang tetap meneruskan hobi mereka (bukan main DotA, main game online lain, dll) yang tak berkaitan pon dengan subjek, mata pelajaran, course yang mereka ambil di sekolah.

Contohnya, saya pernah jumpa seorang kawan yang sangat berminat untuk memasak, cuba resepi baru, improvised dan namakan kuih, kek tersebut dengan nama sendiri. Heh.

Ada juga yang saya kenal, suka dengan basikal. Repair-repair. Modify. Kayuh basikal sana sini, lihat view yang lawa-lawa. Chill.

Ada juga yang suka buat video, memberi inspirasi kepada orang lain, memberi peringatan kepada orang lain, termasuk juga dengan membuat vlog!

Saya sangat menyokong dengan usaha-usaha mereka ini. Teruskan dan asahkan lagi bakat tu. Cungkil puas-puas! Siapa tahu, hobi korang boleh jadi punca pendapatan yang lumayan satu hari nanti. Baru best! Buat kerja yang kita suka, duit banyak masuk lagi suka!

Kisah Mark Zuckerberg dan Elizabeth Holmes tak kan lah tak memberi inspirasi kat korang lagi kot!?




Friday, April 24, 2015

Ilaah dalam Lagu

Walaupun dah pernah post pasal Ilaah, tapi nak post lagi benda ni lagi. Tapi kali ni, nak lebih fokus pasal lagu-lagu yang ada hari ni yang sebenarnya sudah melampau gila. Kenapa melampau gila? Ha...baca lah lagi bawah ni.

Muzik sebenarnya boleh menjadi penawar, dan boleh juga menjadi penyakit. Sebabnya ialah muzik adalah satu unsur yang sangat berpengaruh dan mudah merebak (seperti virus).

Dalam sesebuah lagu, ada dua element yang sangat penting iaitu : Pertamanya, muzik, melodi dan rentak. Yang keduanya ialah lirik atau mesej yang mahu disampai, tak kira secara jelas atau secara subliminal. Namun akhirnya, muzik lah yang menentukan samada sesebuah lagu tu best atau tak. Flow dan rentak lagu tu lah yang membuat pendengar mengangguk-angguk, menggeleng-geleng, join nyanyi sekali, atau terdiam menghayati lagu tu.

Dan ketika pendengar sedang asyik melayan lagu tu, ketika itulah aksara lirik itu datang menari-nari dalam kepala kita si pendengar. Menggetar jiwa sesuai dengan muzik yang digubah. Bagi yang hanya appreciate muzik sahaja, liriknya tak diendah. Bagi yang jenis dengar lagu menghafal lirik, mesej lirik itu akan sedikit sebanyak mengubah dirinya - cara fikir, personaliti dan sebagainya, bergantung pada lirik lagu itu.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana sesebuah lagu itu memanipulasi kehidupan manusia hari ini. Sungguh! Ini bukan main-main ya!

Contoh 1 :

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu adalah dahagaku

Contoh 2 :

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi



Kalau lihat pada lirik ini sahaja, seolah-olah lagu ini lagu islamik (nasyid) kerana cinta yang digambar dalam lagu-lagu sebegini menunjukkan cinta tahap tertinggi iaitu cinta yang hanya boleh diberikan kepada Tuhan kita. Kerana sebenarnya, cinta agung hanya lah pada Allah. Tiada yang layak kita cinta lebih daripada Allah. Kan? Betul kan? (tapi, saya TAK KATA lagu ni sesat, haram untuk didengar ya. Saya tak suka kalau letak sesuatu bukan pada tempatnya)

(Ini belum masuk lagi lagu-lagu yang lain. Exaggerate kaw-kaw punya lah!)

Cinta terhadap orang lain itu biasa. Tak payah lah over sangat. Tapi, itulah, makin over begitu, barulah ramai yang akan minat. Barulah pendengar dapat feel, menjiwai lagu tu. Itulah yang difikir mereka. Tapi dari kaca mata mereka memang lah betul. Tapi, bagi saya, tak boleh lah begitu. Nanti kita kena jawab pulak depan Tuhan nanti. Macam mana?

Cerita, isi kandungan, lirik sesebuah lagu juga berkait rapat dengan kehidupan sosial di masyarakat itu juga. Maknanya, hampir semua lagu yang keluar di radio Malaysia cakap pasal cinta-cinton. Bermakna, orang Malaysia dengan cinta ini berpisah tiada. Tak habis-habis. Seperti tiada penghujungnya. Eh ada. Lepas sudah boring dengan couplenya, pisah. Lepas sudah boring dengan pasangan kerana sudah lama ber-couple sebelumnya, bercerai. Lepas anak luar nikah dilahirkan. Begitu juga dengan drama-drama televisyen, movie-movie dan rancangan-rancangan  dalam televisyen. Cerita pasal rempit, cerita pasal gangster, cerita pasal hantu karut. Semuanya ialah refleksi, cerminan kepada kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Gelap. Hitam.

"oi, rilek lah, budak. Benda kecik je kot"

"entah! lagu je pon!"

"lagu jepon?"

ok lame.

Memang nampak kecil, tapi bagi saya benda ini kesannya besar. Kesannya bukan pada fizikal, berdarah telinga tiba-tiba, keluar tanduk, dan sebagainya. Tak. Kesannya pada jiwa, hati. Sebab itulah ada pendapat ulamak sampai mengharamkan muzik! Hambik kaw! (Sila buat bacaan yang lebih mendalam)

Janganlah sampai muzik itu menggoyah iman kita. Janganlah sampai kita lupa 'ilaah' dalam syahadah kita. Janganlah zalim. Berlaku adil lah. Berikanlah cinta agung kita hanya pada Allah. Allah tak perlu cinta kita, tapi kita perlukan cinta Allah. Barulah rasa manisnya iman! Syaitan menunggu sahaja peluang-peluang sebegini kerana kita sendiri yang anggapnya masalah kecil sahaja. Berhati-hatilah.



Bila muzik dan lagu diutamakan,
Muhasabahlah,
Quran di mana?
Hafalan di mana?

(sama-sama menangis)


oleh
budak hiro.






Makanan Akan Menjadi Saksi


Kalau melihat negara barat membuang lebihan makanan (rasanya tak boleh dipanggil lebihan makanan pon sebab portion yang begitu banyak), itu sudah menjadi perkara biasa.

Artikel hari ini, ''Amerika menghadapi masalah pembaziran makanan sejumlah $165 billion''

Wow.

Tapi, kalau dilakukan oleh orang Islam, hah, itu sudah melampau!

Aku pernah ke pusat Islam di satu tempat di ostrolia ini (pusat Islam ni ada masjid, jual Al-Quran, buku-buku agama, jubah, minyak wangi dan restoran halal) dan setiap kali pergi ke restoran mereka, mata aku akan terbeliak melihat lebihan makanan orang sebelah yang banyak dibuang begitu sahaja. Mula-mula, ingatkan seorang je perangai begitu, rupa-rupanya hampir semua orang serupa. Lebihan makanan tu pula, bukannya sikit, paling minimum separuh pinggan! Dan satu pinggan lauk paling murah ialah $9 = RM 27 lebih kurang. So, mahal!

Aku bersyukur sangat sebab telah dididik oleh budaya orang Melayu yang juga sudah mengikut budaya Islam, iaitu untuk tidak tamak ketika nak membeli dan tidak membazir. Seriously. Aku dididik untuk makan makanan sampai habis menjilat jari. Sayang. Sayang kalau makanan tak habis.

Yang aku hairan, dorang ni pon orang Islam, takkan lah dorang tak diajar pasal pembaziran ni? Anak sapa ni eh?!




Sebenarnya, masalah pembaziran makanan ni sudah menjadi masalah sedunia. Tak kira di barat, timur, negara arab, asia tenggara, mahupun di ostrolia. Sebab ia adalah masalah setiap dari kita. Masalah individu. So, sangat susah!

Kita mesti selalu ingat;

Betapa ramai manusia sama macam kita di luar yang sedang menahan sakit perut kelaparan sewaktu kita kenyang. Betapa banyak pahala sedekah yang kita boleh dapat instead of buang makanan begitu sahaja kan? Mungkin kalau digabung semua makanan yang dibuang di serata tempat mampu menghidang makhluk seluruh alam!

Tak cukup kah gertakan sang Tuhan, menjadi saudara syaitan?




إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا



Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

(Surah al - Israa', ayat 27)



Oleh:
budak hiro


Sunday, April 12, 2015

Perlukah saya menjadi seorang daie?


Perlukah saya menjadi seorang daie?

Saya nak mulakan dengan persoalan ''apakah itu daie?''

Dari segi bahasa : penyeru /orang yang mengajak kepada sesuatu

Dari segi istilah : penyeru / orang yang mengajak untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Berdasarkan definisi di atas, semua orang pernah menjadi daie,kan? At least yang 'dari segi bahasa' tu.

Tapi, perasan atau tak, kebanyakan daripada kita pon pernah/sedang/akan menjadi daie 'dari segi istilah' juga.

Contohnya ,

''Weh, jom semayang lu jom''

At au...

''Adik, adik nak masuk syurga tak? Nak masuk syurga kena respek mak ayah tau''


Biasanya, orang akan fikir bahawa daie ialah orang yang memakai kopiah dan jubah, masuk dalam TV duk atas pentas. Tak semestinya. Korang boleh / sudah menjadi seorang daie walaupun korang bukannya seorang ostad. Sebab itu ada beza antara 'alim dan da'ie. Seorang alim tak semestinya da'ie dan da'ie tak semestinya alim. Tapi yang semestinya ialah apabila seseorang itu 'alim dan juga seorang da'ie, itulah yang terbaik.

(Oh lupa pulak nak bagitahu apa maksud 'alim. 'Alim ialah orang yang berilmu. Biasanya dipakai untuk orang yang mahir ilmu agama)

Walaubagaimanapun, seperti profesion yang lain, ada yang bersungguh-sungguh dengan kerja mereka dan ada juga yang bersahaja. Contohnya, doktor - ada yang bersungguh-sungguh mahu membuat setiap pesakitnya gembira dengan rawatan yang diterima. Sentiasa mengukir senyuman kepada pesakit-pesakit. Dan ada juga yang menjadikannya sebagai rutin harian sahaja. Da'ie juga sama. Ada yang biasa-biasa sahaja mengajak manusia kepada Tuhan. Ada pula yang menjadikannya sebagai darah daging mereka.

Dalam kata yang mudah, dalam bahasa inggeris - 'its all about passion'. Kalau mereka yang ada 'passion' untuk mengubah dunia menjadi harmoni, aman tanpa korupsi, maka, dia akan menjadi da'ie yang hebat. Mereka akan bersungguh-sungguh, mengatur strategi, sentiasa bekerja dan kurang tidur semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab khalifah. Dan ada juga mereka yang biasa-biasa sahaja. Dan mereka semua insyaaAllah tak akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi seperti yang termaktub dalam surah al-Asr.



''Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...''

(Surah ali Imran , ayat 110)



Maka apabila korang bertanya, ''Perlukah saya menjadi seorang da'ie?''

Saya jawab, ''Kau sudah pon menjadi da'ie. Namun, kau sahaja tahu kau di mana''.




-Budak Hiro-

Monday, March 30, 2015

Aku tak percayakan 4 burung.


Walaupun ramai orang percaya tentang ujian personaliti seperti ujian D.O.P.E (Dove, Owl, Peacock, Eagle) dan serupa dengannya, namun saya tak.

Bukannya saya tak setuju langsung, tapi saya mendapati ada kecacatan dalam ujian tu yang menyebabkan saya tak bersetuju apabila ada yang mempercayai ujian itu dan hidup dengan tips-tips yang dicanangkan oleh penulis itu.

Saya tahu yang memang kajian demi kajian telah dilakukan tapi yalah, teori manusia, tak selalunya betul. Tengoklah, teori motivasi pon dah ada banyak, menunjukkan ada banyak perbezaan pendapat tentang topik tu sebab manusia memang semuanya berbeza. Sebab itulah bidang sains manusia sangatlah luas, jauh berbeza dengan sains tulen.


Apa yang saya perasan ialah walaupun ada 4 perbezaan personaliti yang digariskan, namun saya  lihat ada yang mempunyai kecampuran personaliti. Bagaimana pula begitu? Tak semua orang yang 'lively' tak mudah tersinggung dan tak semua yang pendiam adalah orang yang suka pendam perasaan. Tak semua yang dikatakan 'born a leader' pandai dalam memimpin, tak semua orang yang 'born a follower(?)' tak pandai memimpin.

Ya, dalam ujian itu juga dinyatakan personaliti boleh berubah mengikut situasi dan orang disekelilingnya. Yang ini saya setuju. Yang saya benci ialah apabila orang yang terlalu mempercayai, atau mungkin boleh saya katakan taksub dengan ujian personaliti sehinggakan mereka berkata ,


''Oh, aku ini seorang pemimpin, orang lain mesti dengar cakap aku!''

''Hey kau, aku ini seorang yang melankolik, aku seorang yang mudah tersinggung, so jangan kutuk-kutuk aku!''



Inilah contoh orang yang taksub. Orang yang tak 'move on'.

Bagi saya, ujian personaliti ini hanyalah untuk mengenali diri dan orang lain secara umum. Dan letakkan dalam minda, bahawa tak semua yang ditulis itu betul. Kita sepatutnya menjadikannya sumber kekuatan bukan sumber untuk menonjolkan kelemahan.

Akhir kata, bina diri sendiri dalam bentuk yang anda sendiri suka, dan layan orang lain mengikut sikap orang itu 'specifically'.


p/s: dan jangan assume & judge.



-budak hiro-

Ratings and Recommendations by outbrain