Kalau melihat negara barat membuang lebihan makanan (rasanya tak boleh dipanggil lebihan makanan pon sebab portion yang begitu banyak), itu sudah menjadi perkara biasa.
Artikel hari ini, ''Amerika menghadapi masalah pembaziran makanan sejumlah $165 billion''
Wow.
Tapi, kalau dilakukan oleh orang Islam, hah, itu sudah melampau!
Aku pernah ke pusat Islam di satu tempat di ostrolia ini (pusat Islam ni ada masjid, jual Al-Quran, buku-buku agama, jubah, minyak wangi dan restoran halal) dan setiap kali pergi ke restoran mereka, mata aku akan terbeliak melihat lebihan makanan orang sebelah yang banyak dibuang begitu sahaja. Mula-mula, ingatkan seorang je perangai begitu, rupa-rupanya hampir semua orang serupa. Lebihan makanan tu pula, bukannya sikit, paling minimum separuh pinggan! Dan satu pinggan lauk paling murah ialah $9 = RM 27 lebih kurang. So, mahal!
Aku bersyukur sangat sebab telah dididik oleh budaya orang Melayu yang juga sudah mengikut budaya Islam, iaitu untuk tidak tamak ketika nak membeli dan tidak membazir. Seriously. Aku dididik untuk makan makanan sampai habis menjilat jari. Sayang. Sayang kalau makanan tak habis.
Yang aku hairan, dorang ni pon orang Islam, takkan lah dorang tak diajar pasal pembaziran ni? Anak sapa ni eh?!
Sebenarnya, masalah pembaziran makanan ni sudah menjadi masalah sedunia. Tak kira di barat, timur, negara arab, asia tenggara, mahupun di ostrolia. Sebab ia adalah masalah setiap dari kita. Masalah individu. So, sangat susah!
Kita mesti selalu ingat;
Betapa ramai manusia sama macam kita di luar yang sedang menahan sakit perut kelaparan sewaktu kita kenyang. Betapa banyak pahala sedekah yang kita boleh dapat instead of buang makanan begitu sahaja kan? Mungkin kalau digabung semua makanan yang dibuang di serata tempat mampu menghidang makhluk seluruh alam!
Tak cukup kah gertakan sang Tuhan, menjadi saudara syaitan?
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Surah al - Israa', ayat 27)
Oleh:
budak hiro
No comments:
Post a Comment