Perlukah saya menjadi seorang daie?
Saya nak mulakan dengan persoalan ''apakah itu daie?''
Dari segi bahasa : penyeru /orang yang mengajak kepada sesuatu
Dari segi istilah : penyeru / orang yang mengajak untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Berdasarkan definisi di atas, semua orang pernah menjadi daie,kan? At least yang 'dari segi bahasa' tu.
Tapi, perasan atau tak, kebanyakan daripada kita pon pernah/sedang/akan menjadi daie 'dari segi istilah' juga.
Contohnya ,
''Weh, jom semayang lu jom''
At au...
''Adik, adik nak masuk syurga tak? Nak masuk syurga kena respek mak ayah tau''
Biasanya, orang akan fikir bahawa daie ialah orang yang memakai kopiah dan jubah, masuk dalam TV duk atas pentas. Tak semestinya. Korang boleh / sudah menjadi seorang daie walaupun korang bukannya seorang ostad. Sebab itu ada beza antara 'alim dan da'ie. Seorang alim tak semestinya da'ie dan da'ie tak semestinya alim. Tapi yang semestinya ialah apabila seseorang itu 'alim dan juga seorang da'ie, itulah yang terbaik.
(Oh lupa pulak nak bagitahu apa maksud 'alim. 'Alim ialah orang yang berilmu. Biasanya dipakai untuk orang yang mahir ilmu agama)
Walaubagaimanapun, seperti profesion yang lain, ada yang bersungguh-sungguh dengan kerja mereka dan ada juga yang bersahaja. Contohnya, doktor - ada yang bersungguh-sungguh mahu membuat setiap pesakitnya gembira dengan rawatan yang diterima. Sentiasa mengukir senyuman kepada pesakit-pesakit. Dan ada juga yang menjadikannya sebagai rutin harian sahaja. Da'ie juga sama. Ada yang biasa-biasa sahaja mengajak manusia kepada Tuhan. Ada pula yang menjadikannya sebagai darah daging mereka.
Dalam kata yang mudah, dalam bahasa inggeris - 'its all about passion'. Kalau mereka yang ada 'passion' untuk mengubah dunia menjadi harmoni, aman tanpa korupsi, maka, dia akan menjadi da'ie yang hebat. Mereka akan bersungguh-sungguh, mengatur strategi, sentiasa bekerja dan kurang tidur semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab khalifah. Dan ada juga mereka yang biasa-biasa sahaja. Dan mereka semua insyaaAllah tak akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi seperti yang termaktub dalam surah al-Asr.
''Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...''
(Surah ali Imran , ayat 110)
Maka apabila korang bertanya, ''Perlukah saya menjadi seorang da'ie?''
Saya jawab, ''Kau sudah pon menjadi da'ie. Namun, kau sahaja tahu kau di mana''.
-Budak Hiro-
No comments:
Post a Comment