Friday, April 24, 2015

Ilaah dalam Lagu

Walaupun dah pernah post pasal Ilaah, tapi nak post lagi benda ni lagi. Tapi kali ni, nak lebih fokus pasal lagu-lagu yang ada hari ni yang sebenarnya sudah melampau gila. Kenapa melampau gila? Ha...baca lah lagi bawah ni.

Muzik sebenarnya boleh menjadi penawar, dan boleh juga menjadi penyakit. Sebabnya ialah muzik adalah satu unsur yang sangat berpengaruh dan mudah merebak (seperti virus).

Dalam sesebuah lagu, ada dua element yang sangat penting iaitu : Pertamanya, muzik, melodi dan rentak. Yang keduanya ialah lirik atau mesej yang mahu disampai, tak kira secara jelas atau secara subliminal. Namun akhirnya, muzik lah yang menentukan samada sesebuah lagu tu best atau tak. Flow dan rentak lagu tu lah yang membuat pendengar mengangguk-angguk, menggeleng-geleng, join nyanyi sekali, atau terdiam menghayati lagu tu.

Dan ketika pendengar sedang asyik melayan lagu tu, ketika itulah aksara lirik itu datang menari-nari dalam kepala kita si pendengar. Menggetar jiwa sesuai dengan muzik yang digubah. Bagi yang hanya appreciate muzik sahaja, liriknya tak diendah. Bagi yang jenis dengar lagu menghafal lirik, mesej lirik itu akan sedikit sebanyak mengubah dirinya - cara fikir, personaliti dan sebagainya, bergantung pada lirik lagu itu.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana sesebuah lagu itu memanipulasi kehidupan manusia hari ini. Sungguh! Ini bukan main-main ya!

Contoh 1 :

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu adalah dahagaku

Contoh 2 :

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi



Kalau lihat pada lirik ini sahaja, seolah-olah lagu ini lagu islamik (nasyid) kerana cinta yang digambar dalam lagu-lagu sebegini menunjukkan cinta tahap tertinggi iaitu cinta yang hanya boleh diberikan kepada Tuhan kita. Kerana sebenarnya, cinta agung hanya lah pada Allah. Tiada yang layak kita cinta lebih daripada Allah. Kan? Betul kan? (tapi, saya TAK KATA lagu ni sesat, haram untuk didengar ya. Saya tak suka kalau letak sesuatu bukan pada tempatnya)

(Ini belum masuk lagi lagu-lagu yang lain. Exaggerate kaw-kaw punya lah!)

Cinta terhadap orang lain itu biasa. Tak payah lah over sangat. Tapi, itulah, makin over begitu, barulah ramai yang akan minat. Barulah pendengar dapat feel, menjiwai lagu tu. Itulah yang difikir mereka. Tapi dari kaca mata mereka memang lah betul. Tapi, bagi saya, tak boleh lah begitu. Nanti kita kena jawab pulak depan Tuhan nanti. Macam mana?

Cerita, isi kandungan, lirik sesebuah lagu juga berkait rapat dengan kehidupan sosial di masyarakat itu juga. Maknanya, hampir semua lagu yang keluar di radio Malaysia cakap pasal cinta-cinton. Bermakna, orang Malaysia dengan cinta ini berpisah tiada. Tak habis-habis. Seperti tiada penghujungnya. Eh ada. Lepas sudah boring dengan couplenya, pisah. Lepas sudah boring dengan pasangan kerana sudah lama ber-couple sebelumnya, bercerai. Lepas anak luar nikah dilahirkan. Begitu juga dengan drama-drama televisyen, movie-movie dan rancangan-rancangan  dalam televisyen. Cerita pasal rempit, cerita pasal gangster, cerita pasal hantu karut. Semuanya ialah refleksi, cerminan kepada kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Gelap. Hitam.

"oi, rilek lah, budak. Benda kecik je kot"

"entah! lagu je pon!"

"lagu jepon?"

ok lame.

Memang nampak kecil, tapi bagi saya benda ini kesannya besar. Kesannya bukan pada fizikal, berdarah telinga tiba-tiba, keluar tanduk, dan sebagainya. Tak. Kesannya pada jiwa, hati. Sebab itulah ada pendapat ulamak sampai mengharamkan muzik! Hambik kaw! (Sila buat bacaan yang lebih mendalam)

Janganlah sampai muzik itu menggoyah iman kita. Janganlah sampai kita lupa 'ilaah' dalam syahadah kita. Janganlah zalim. Berlaku adil lah. Berikanlah cinta agung kita hanya pada Allah. Allah tak perlu cinta kita, tapi kita perlukan cinta Allah. Barulah rasa manisnya iman! Syaitan menunggu sahaja peluang-peluang sebegini kerana kita sendiri yang anggapnya masalah kecil sahaja. Berhati-hatilah.



Bila muzik dan lagu diutamakan,
Muhasabahlah,
Quran di mana?
Hafalan di mana?

(sama-sama menangis)


oleh
budak hiro.






No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain