Monday, March 30, 2015
Aku tak percayakan 4 burung.
Walaupun ramai orang percaya tentang ujian personaliti seperti ujian D.O.P.E (Dove, Owl, Peacock, Eagle) dan serupa dengannya, namun saya tak.
Bukannya saya tak setuju langsung, tapi saya mendapati ada kecacatan dalam ujian tu yang menyebabkan saya tak bersetuju apabila ada yang mempercayai ujian itu dan hidup dengan tips-tips yang dicanangkan oleh penulis itu.
Saya tahu yang memang kajian demi kajian telah dilakukan tapi yalah, teori manusia, tak selalunya betul. Tengoklah, teori motivasi pon dah ada banyak, menunjukkan ada banyak perbezaan pendapat tentang topik tu sebab manusia memang semuanya berbeza. Sebab itulah bidang sains manusia sangatlah luas, jauh berbeza dengan sains tulen.
Apa yang saya perasan ialah walaupun ada 4 perbezaan personaliti yang digariskan, namun saya lihat ada yang mempunyai kecampuran personaliti. Bagaimana pula begitu? Tak semua orang yang 'lively' tak mudah tersinggung dan tak semua yang pendiam adalah orang yang suka pendam perasaan. Tak semua yang dikatakan 'born a leader' pandai dalam memimpin, tak semua orang yang 'born a follower(?)' tak pandai memimpin.
Ya, dalam ujian itu juga dinyatakan personaliti boleh berubah mengikut situasi dan orang disekelilingnya. Yang ini saya setuju. Yang saya benci ialah apabila orang yang terlalu mempercayai, atau mungkin boleh saya katakan taksub dengan ujian personaliti sehinggakan mereka berkata ,
''Oh, aku ini seorang pemimpin, orang lain mesti dengar cakap aku!''
''Hey kau, aku ini seorang yang melankolik, aku seorang yang mudah tersinggung, so jangan kutuk-kutuk aku!''
Inilah contoh orang yang taksub. Orang yang tak 'move on'.
Bagi saya, ujian personaliti ini hanyalah untuk mengenali diri dan orang lain secara umum. Dan letakkan dalam minda, bahawa tak semua yang ditulis itu betul. Kita sepatutnya menjadikannya sumber kekuatan bukan sumber untuk menonjolkan kelemahan.
Akhir kata, bina diri sendiri dalam bentuk yang anda sendiri suka, dan layan orang lain mengikut sikap orang itu 'specifically'.
p/s: dan jangan assume & judge.
-budak hiro-
Labels:
Nadou,
Tulis-tulis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment