Monday, January 25, 2016

Tadabbur TupperWare

Masa kecil-kecil dulu, saya selalu bawa bekal pergi sekolah. (bawa bekal : bekalan makanan dalam bekas). Dan memang selalunya pakai TupperWare lah sebagai bekas makanan tu.

TupperWare ini memang sangat femes sampai orang ramai keliru tentang bekas makanan biasa dan TupperWare. Bagi mereka, tak ada beza pon bekas makanan biasa dan TupperWare. Senang kata, mereka fikir :


Bekas makanan = TupperWare, TupperWare = Bekas makanan

Which is wrong!


TupperWare itu ialah jenama bekas makanan, bukannya bekas makanan tu sendiri.

Contoh lain kekeliruan jenama dan nama ialah;

*Frisbee = Piring Terbang

*Coca-Cola = Air Gas

*Pampers = Drypers

*Ping-pong = Table Tennis

*Google = Search?


--

Begitu femes sekali TupperWare ini sehinggakan orang ramai menamakan bekas makanan sebagai TupperWare ini.



Penat lelah research selama lebih kurang 10 tahun oleh Earl Silas Tupper telah berjaya membuat namanya disebut-sebut sehinggalah hari ini walaupun telah meninggal dunia pada tahun 1983.

Walaubagaimanapun, Encik Tupper telah gagal untuk menjual dia punya great invention yang masih belum pernah ada dalam pasaran, pada permulaannya.

Pada satu hari, dia telah berjumpa dengan Cik Wise yang sangat kagum dengan penemuan baru Encik Tupper itu. Cik Wise lalu bersedia untuk membantu untuk menjual TupperWare itu kepada orang ramai terutamanya kepada golongan wanita yang sangat sukakan produk begitu. Cik Wise akhirnya telah berjaya menjual produk itu kepada orang ramai dengan menggunakan cara direct selling.

Makin lama makin kaya dan femes Cik Wise ini. Dia selalu ditemu ramah oleh banyak pihak media. Mukanya selalu sahaja muncul di kaca televisyen dan majalah-majalah. Keadaan ini telah mengganggu fikiran pemilik sebenar TupperWare iaitu Encik Tupper. Dia fikir, dialah yang sepatutnya menjadi femes.

Di puncak kegemilangan TupperWare ini, Encik Tupper telah memecat Cik Wise yang telah banyak membantunya. Sekelip mata sahaja hidup Cik Wise merana, rumah dan kereta mahalnya dirampas semula. Encik Tupper pula mengambil keputusan untuk menjual syarikatnya itu kepada Rexall.

Begitulah suka duka hidup Encik Tupper dan Cik Wise.


Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ini?



Antara perkara yang kita boleh belajar ialah, idea yang hebat belum menjamin kejayaan. 
Kadang-kadang, great ideas just dont sell themselves.

Kita sendiri yang perlu show it to the world. Hanya dengan kata-kata, belum mampu dapat kepercayaan orang sekeliling. Perlu ada inisiatif sendiri.

Seperti yang telah Cik Wise lakukan, direct selling memerlukan dia untuk melakukan demo untuk menarik perhatian orang ramai untuk membeli produknya itu.

Lagi, apa yang kita boleh belajar ialah kita tak boleh bekerja seorang diri. Encik Tupper dan Cik Wise telah membuktikan gandingan yang hebat dalam dunia bisnes pada satu ketika dahulu. Idea yang hebat oleh Encik Tupper dan marketing approach yang hebat telah dilakukan oleh Cik Wise.

Yalah, bakat manusia itu pelbagai. Tak ada orang yang miliki semua kehebatan yang serupa. Ada yang hebat dalam bidang itu, ada yang hebat dalam bidang ini. Itulah manusia, saling melengkapi. Kerana itulah, bisnes yang paling menguntungkan ialah bisnes yang besar-besar (dalam satu syarikat berorganisasi yang tersusun).

----

Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Pada satu ketika dahulu di Makkah, muncul seorang lelaki yang menawarkan cara hidup (ad-deen) yang adil, walaupun di sekelilingnya cara hidup jahiliah sedang berleluasa. Tak ramai yang mahu bersama-samanya untuk memperjuangkan ad-deen yang bernama Islam itu.

Usaha dan penat lelah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya itulah yang sedikit demi sedikit telah berjaya menyuluh cahaya iman dari kegelapan jahiliah.

Akhirnya Fathu Makkah telah berjaya mendapatkan kepercayaan ramai orang Arab kerana mereka fikir, kalau Islam itu bukanlah di pihak Tuhan Kaabah, pastilah mereka itu akan diazab seperti Tentera Abrahah suatu masa dahulu. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya dapat membuka kembali Makkah dengan mudah dan aman, akhirnya mereka yakin Islam ialah agama yang benar.

Tak mungkin seorang lelaki walaupun berpangkat Nabi berjaya mengubah dunia seorang diri (walaupun Allah boleh sahaja lakukannya). Nabi Muhammad s.a.w mempunyai sahabat-sahabatnya yang sentiasa bersama-samanya di saat susah dan senang.

Surah al-Fath dalam al-Quran telah menyebut tentang kejayaan di saat Perjanjian Hudaibiyah ditemeretai, yang kandungannya nampak menyebelahi pihak bukan Islam. Mengapa Allah menyentuh tentang kejayaan di saat begitu?

Kerana para sahabatnya.

Walaupun telah penat berjalan kaki berhari-hari dari Madinah ke Makkah untuk tujuan mengerjakan haji, para sahabat masih setia dengan keputusan Nabi Muhammad s.a.w iaitu untuk pulang semula ke Madinah ditambahi pula dengan perjanjian yang tampak tak menyebelahi mereka. Awesome kan?

Saya percaya ramai antara kita kalau berada di latar yang begitu - Yang paling sopan akan berteriak menangis teresak-esak seorang diri.

Begitu penting sekali untuk mempunyai teman-teman seperjuangan yang setia bersama-sama di waktu susah dan senang.



Nabi Musa dan Harun

Antara doa Nabi Musa ketika diperintah untuk bertemu dengan Firaun selain daripada hati yang tenang, lidah yang lancar dan sebagainya itu, ialah seorang penyokong dakwahnya.

Supaya tanggungjawab yang berat akan dapat sama-sama dipikul menjadi lebih ringan.

Taktik dua saudara ini telah ditiru oleh ramai pada hari ini;


Batman dan Robin

MermaidMan dan Barnicle Boy

KeluangMan dan TiongMan

Woody dan Buzz LightYear



Banyak lagi kalau nak senarai ya.






"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokoong dari keluargaku"

"Iaitu Harun saudaraku"

"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku"

"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku"

"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu"

"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu"


(Surah Taha, ayat 29-34)



-budak hiro-

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain