[link] |
"
Pada suatu masa dahulu, seorang raja yang zalim telah memerintah tanah jajahannya dengan jahat sekali. Hampir semua rakyat membencinya. Ya, hampir. Entah kenapa ada juga yang masih menyokong pemerintahannya walaupun sudah jelas dan nyata kepala mereka dipijak-pijak (bukan secara literal).
Pada satu hari, dia berasa ingin mencuba masakan baru yang baru dia tonton di television. Walaupun dia mempunyai chef-chef yang terkemuka di istana besarnya itu, namun, dia sekali-sekala turun menjenguk ke dapur dan memasak untuk dirinya sendiri. Namun itu bukanlah kerana untuk menyahut cabaran #2kerja, tetapi itu sememangnya hobinya dari kecil.
Antara bahan masakan baru yang mahu dicubanya ialah madu.
"Hmm, madu? Madu ni mahal kan? Beta tak mahu keluarkan satu sen pon duit beta. Tapi macam mana ya?", fikir si raja itu.
"HAA!"
Tiba-tiba si raja dapat fikir cara terbaik untuk mendapatkan madu tanpa bersusah-payah. Si raja itu pon memanggil pembesar-pembesarnya untuk mendekatinya.
Keesokan harinya muncul pembesar-pembesar bersama sekumpulan angkatan keselamatan di tengah-tengah bandar rakyat. Semua rakyat tertanya-tanya tentang kehadiran mereka. Ada yang sudah mengeluh kerana merasai sesuatu yang buruk pasti akan menimpa mereka. Setakat ini semua pengumuman daripada mereka itu adalah berita buruk sahaja.
"Wahai rakyat, Si raja telah memerintahkan untuk kamu semua untuk menyumbang hasil madu yang kamu semua telah usahakan kepada raja. Sebuah botol akan diberikan kepada setiap ahli rumah (pembesar-pembesar lain terus mengagihkan satu botol kepada setiap ahli rumah sambil rakyat semua sedang beratur) supaya kamu semua boleh isi madu kamu ke dalam itu. Pagi esok waktu yang sama juga kami akan datang ke sini balik untuk mengutip botol-botol tu di sini. Apa yang kami nak tengok, semua bakul-bakul disediakan di depan ini sudah dipenuhi dengan botol-botol yang diisikan dengan madu ya!", seru salah seorang pembesar Si raja dengan bongkak sekali.
Selesai sahaja pengumuman itu dibuat, pembesar-pembesar dan seangkatan kumpulan keselamatan terus beredar. Rakyat-rakyat pula semua pulang dengan keluhan.
"Ah aku dah agak!"
" Ish, seharian aku kerja sampai penat-penat, dia pulak yang dapat! " (eh rhyme)
" Baru bulan lepas aku dengar khabar angin dia dapat derma daripada kerajaan sebelah sana "
" Derma eh? Tak silap aku, sebagai hadiah la. Biasalah, hubungan diplomatik lah katakan, idok? "
" Adakah kau..."
Macam-macam keluhan rakyat kedengaran. Namun, masing-masing tak tahu bahawa mereka semua ada satu persamaan.
Dalam hati mereka, semua tak mahu menyumbang madu hasil pencarian mereka kepada Si raja yang zalim itu. Fikiran mereka masing-masing ialah :
" Ah, kalau aku sorang sahaja yang tak hantar botol kepada pembesar itu esok pasti mereka tak akan perasan. Then aku akan terselamat. Madu pon selamat! "
Namun, mereka semua tak tahu bahawa fikiran mereka semua serupa.
Keesokan paginya, seperti yang dijanjikan, pembesar-pembesar dan seangkatan kumpulan keselamatan pun datang di tempat yang dijanjikan. Terkejut badak mereka tengok satu botol pon tak ada dalam bakul-bakul besar yang disediakan mereka semalam. Kejadian ini mereka report kepada Si raja yang sedang membayangkan masakan yang bakal dimasaknya nanti.
Merah padam muka Si raja mendengar berita rakyatnya yang cuba melawan perintahnya. Si raja terus memerintahkan hukuman yang berat kepada semua rakyatnya itu.
- Tamat -
---
Haa... Daripada kisah dongeng yang di atas memang banyak lah yang kita boleh jadikan pengajaran.
Kalau saya tanya korang, mesti total lebih daripada 10 pengajaran dapat ni!
Namun saya ingin fokus pada Hukum Newton Ketiga (Ya, sebenarnya sunatullah, bukan Newton punya hukum). Ya, reaksi kepada aksi.
Hari ini kita hadapi dunia dengan penuh kesukaran.
Tirai 2016 dibuka dengan pengeboman dan massacre di Jakarta yang sangat mengejutkan kita sebagai jiran, rakyat Malaysia.
Paling kurang tiga hari berita di muka depan surat khabar mengisahkan tentang pengganas-pengganas yang hanya mahu melihat dunia menjadi abu. Ditakut-takutkan pula dengan khabar angin menerusi mesej-mesej di Facebook dan whatsapp yang tak mampu kita bayangkan.
Cerita TPPA yang kemungkinan besar akan ditandatangani tak lama lagi yang bakal mengubah corak demografi kita sebagai rakyat Malaysia. Bantahan beramai-ramai telah pun diseru.
Malah, kebanyakan syarikat petroleum berkemungkinan besar untuk mengurangkan (pecat!) bilangan pekerjanya di dalam kemelut harga pasaran minyak petroleum antarabangsa. Dan ini confirm akan meyebabkan ramai antara kita yang hilang punca pendapatan.
Lagi, jumlah pesakit Aedis di hospital juga semakin bertambah dari hari ke hari. Fogging sana sini.
Fuh celenjing sungguh!
Kita boleh senaraikan semua (banyak lagi kan?) masalah kita yang sedang kita hadapi sekarang. Walaubagaimanapun, REAKSI dan RESPON kita kepada ujian ini lah yang menjadi persoalan utama.
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (Al-Baqarah: 155)
(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. (Al-Baqarah: 156)
Mereka itulah yang mendapatkan keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 157)
Mungkin kita selama ini selalu sangat diuji dengan kemewahan (digambar dengan buah-buahan di dalam Al-Quran) dan tiba masanya kita diuji dengan ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta.
Mungkin kita selama ini terlalu berfoya-foya dengan kemewahan sehingga alpa bahawa itu juga adalah ujian daripada Tuhan! Makin jauh pula kita daripada Tuhan!
Mungkin cara untuk kita kembali kepada Tuhan ialah dengan bersusahan pula. Persoalannya ialah, perlukah kita hidup bersusah-susahan selamanya untuk kita sentiasa ingat kepada Allah?
---
Muhasabah juga perlu disertai dengan amal. Masalah-masalah yang timbul ini mesti kita hadapi.
" Not everything that is faced can be changed, but nothing can be changed until it is faced "
- James Baldwin
Kalau masih belum cukup semangat, lihatlah sendiri dalam Al-Quran;
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (Ar-Ra'd, ayat 11)
Walaupun hanya sebagai rakyat marhaen, akan sentiasa ada ruang, peluang untuk kita contribute kepada sesuatu. Yang penting, kita buat! Bukan dengan hanya goyang kaki sambil mengharapkan orang lain yang akan merubah sesuatu untuk anda!
Seperti dalam kisah Si Raja dan Si Rakyat, masing-masing melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Masing-masing mengharapkan orang lain yang buat kerja, tapi bukan dirinya sendiri. Akhirnya, perangai itu sendirilah yang mengakibatkan mereka semua ditimpa hukuman yang berat.
Marilah kita bersama-sama berusaha meringankan tulang berbuat sesuatu - merubah keadaan sekarang ini kepada keadaan yang lebih baik demi kebaikan bersama. (skema sket)
:)
- budak hiro -
No comments:
Post a Comment