Thursday, January 14, 2016

Langkah Mizi : Cubaan Kedua




Angin bertiup kencang menyapu wajah Mizi yang sedang tenang memandang ke arah Laut Cina Selatan. Baju dan rambutnya beralun-alun mengikut tiupan angin serupa hero dalam filem-filem di panggung wayang.

Lokasi : Sebuah pantai di Pantai Timur
Masa   : Awal Subuh bulan Disember


" Ish, betul ke apa yang aku nak buat ni?! "







Tiba-tiba fikirannya berubah pula. Sedangkan dia sudah bersusah payah membeli tiket kapal terbang untuk ke Negeri Pesisir Pantai ini untuk cita-citanya iaitu untuk hidup susah.

" Ha, apa lagi Mizi. Maghi kite ke lauk nung! "

Bertambah lagi resah Mizi dengan panggilan pak ciknya yang memang menetap di pantai timur.

" Haaa.....ok, ok. Jom, jom... "

Angin masih bertiup kencang, seolah-olah tak membenarkan siapa-siapa pon keluar dari rumah.

" Pak cik, memang biasa macam ni ke? Kuat angin ni! " tanya Mizi.

" Biasalah, Mizi. Angin monsun hujung tahun memang gining (begini) sokmo! Tapi, hari ini tak dok lah teruk sangat. Boleh lagi ning "

Mizi hanya berdiam, terpaksa menuruti pak ciknya yang sudah berpengalaman dalam pekerjaannya itu.

Maka keluarlah mereka berdua turun ke laut menaiki bot kecil walaupun angin masih kuat bertiupan.

Bot bergoyang-goyang. Mizi mula pening kepala.

" Ha, mung ni doh kenapa, Mizi? Pelik pak cik tengok. Mabuk laut agaknya " tanya si Pak Cik.

Mizi cuba melawan apa yang dirasanya itu.

" Kalu mung tu mabuk laut, bakpe dok kabo awal-awal. Kang susoh sekarang " sambung si Pak Cik lagi.


Keadaan angin seperti ribut di kala subuh tadi sudah mula reda. Tiba-tiba sahaja cantik pula cuaca ketika waktu itu. Tak menentu. Bot kecil mereka pula masih tak berhenti terumbang-ambing seperti biasa walaupun angin sudah mula tiup perlahan. Si Pak Cik tenang sahaja umpama sedang menaiki 'ride yang perlu meletak syiling seringgit di tepi, manakala Mizi kelihatan seperti sedang menaiki roller coaster di Genting Highlands. Begitulah perbezaannya. Amat ketara.


" Pak cik, kenapa tak dapat tangkap ikan sekor pon? Dah dua jam kita kat sini kan?", tanya Mizi.

" Dua jang mende gok, baru setengoh jang! " jawab si Pak Cik.

Mizi mengeluh perlahan.

" Sabar, Mizi. Ikang memang suka tido masa sejuk-sejuk gining. Sek ye pon malah nok tubik " sambung si Pak Cik lagi.


Begitulah Mizi di atas bot hanya mampu bersabar dengan situasi yang baru baginya. Maklumlah kali pertama naik bot kecil begitu. Dia berasa kali ini memang betul-betul susah baginya. Namun, pak ciknya sedikit sebanyak telah berjaya menenangkan Mizi dengan mengajaknya bersembang-sembang bersama.


" Mizi, pak cik nak tanya sikit boleh? "

" Boleh aja. Apa dia, pak cik? "

" Yang mung nok ikut pak cik turung laut sekali ni kenapa? Pak cik ingat, mung saja-saja nak bercuti di rumoh pak cik je. Ni sampai turung laut sekali ni...pelik sikit mung ni. Ce citer sikit "

Mizi tersengih-sengih. Tersengih kerana gelagat pak cik nya dengan bahasa pantai timurnya itu. Mujurlah dia selalu juga pulang ke kampung ketika dia kecil dahulu. Tahulah juga bahasa pantai timur sikit-sikit. Kalau tidak, bertambah susahlah dia kali ni. Namun, untuk bertutur dalam bahasa itu jauh sekali.

" Sebenarnya, saya saja ja nak teman pak cik. Lagi pon, saya rasa, saya nak buat semua benda dalam dunia ni. Dari buat benda yang senang, sampai lah buat benda yang susah, semua saya nak cuba. Memandangkan saya dah hidup senang selama ni, tibalah waktunya saya hidup susah pula!"

Air muka si Pak Cik menunjukkan bahawa dia sungguh hairan.

" Saya tengok, kamu ni Mizi...pelik sikit. Dah hidup senang, nak hidup susah pulak. Ish..ish..ish "

Berkerut dahi si Pak Cik itu.

" Hmm..tapi bila duk pikir balik, banyak faedah mung wat gini, Mizi. Banyak pengalaman yang mung boleh belajar pahtu buleh cerita kat orang lain. Dok ramai orang macang mung ni, Mizi! "

Eh ya tak ya.

Mizi tak pernah terfikir pula tentang cadangan pak ciknya itu. Ada benarnya kata-kata pak cik itu.

" Wah, pak cik memang cerdik lah! Lepas ni, boleh saya cerita dalam Youtube. Lepas tu, famous! "

" No problem lah ! " jawab si Pak Cik sambil membuat jari gaya OK.


Pada petang hari itu, pulanglah mereka berdua ke tepi pantai. Walaupun tak berapa banyak hasil tangkapan hari itu, Mizi sangat bersyukur dengan pengalaman yang dia dapat. Pengajaran yang paling penting bila ditanya oleh si Pak Cik itu ialah :

" Inilah kali terakhir saya naik bot! "

Mizi pulang ke ibu kota dengan keadaan demam pada waktu malam itu. Dia masih tak tahu samada dia masih kuat lagi atau tidak untuk meneruskan cita-citanya untuk hidup susah.



-budak hiro-


No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain