Monday, January 18, 2016

Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Pemilik "Virgin"

Kalau ditanya tentang figura yang bernama Richard Branson kepada orang bisnes pasti semua akan kenal. Boleh kata, "sapa tak kenal dia ni, maka dia bukanlah orang bisnes!".

Macam tu sekali.

Kalau tak kenal jugak, ini lah orangnya :

Richard Branson

Beliau yang lahir pada tahun 1950 ini sangat cemerlang dalam sukan pada usia mudanya dahulu, namun ada sedikit dyslexic (Ada yang mahu kaitkan dengan Dato' Aliff Terlajak Laris?).

Pada mulanya, beliau tak kisah pon samada beliau tak pandai membaca kerana dia mahu untuk menceburi bidang sukan. Namun, tak lama kemudian, dia telah mengalami kecederaan lutut yang awalnya membuatkan masa depan beliau terus gelap. Iyalah, baca tak reti sangat, sukan sahajalah harapannya, tapi ini pula terjadi!

Begitulah pada awalnya.





Richard Branson amat gigih orangnya. Dia telah menghabiskan banyak masanya dalam perpustakaan untuk mencari idea-idea untuk berbisnes. Bisnes-bisnes kecilan seperti menjual pokok Krismas telah menemui jalan buntu bagi Branson. Seterusnya dia telah mendapat idea untuk membuat Student magazine yang telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Komen pengetua sekolahnya terhadap populariti si Richard Branson ini ialah :

" Saya jangkakan dia akan akhirnya meringkup di penjara ataupun menjadi jutawan terkemuka! "

Sudah tentulah yang kedua walaupun dia pernah ke penjara untuk sementara waktu kerana tak bayar purchase taxes.
(Power jugak pengetua dia tu teka kan...)

Richard Branson ini memang orang yang pandai ambil peluang. Melihat kegilaan muzik masyarakat di London itu, beliau telah menubuhkan Virgin record store dan Virgin recording studio di London. Beberapa tahun kemudian, dia telah mendapat sambutan yang baik daripada penyanyi-penyanyi terkemuka termasuklah Phil Collins (penyanyi lagu Tarzan, kalau nak tahu..). Seterusnya, dia telah venture dalam banyak pasaran seperti mobile phones, airlines, financial services dan lain-lain.

Hari ini, terdapat lebih kurang 250 syarikat di bawah nama Virgin dan telah menghasilkan pulangan lebih kurang $8 billion setahun.

Sumber :
"100 Great Businesses and The minds Behind Them, 2010"

---

Maka, seperti tajuk di atas, "Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Pemilik Virgin?" ini?

Yang pertama ialah, orang yang nampak banyak kekurangan tak semestinya orang yang pasti akan gagal dalam hidupnya. Dan orang itu sendirismengambil inisiatif sendiri untuk merubah hidupnya daripada nampak tiada apa-apa kepada punyai segalanya.

Banyak tokoh yang kita boleh ambil daripada contoh ini. Tapi contoh yang saya mahu ambil ialah Nabi kita Rasulullah s.a.w.

Rasulullah sendiri ialah orang yang ummiy yang tak tahu membaca dan menulis, namun bagindalah orang yang paling berpengaruh seperti dalam buku Michael Hart walaupun dahulu pernah diperlekeh dan dipersoalkan tentang kedudukan Nabi s.a.w untuk memimpin Quraisy.



Surah al-Furqan ayat 7-9.


وَقَالُوا مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ لَوْلَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيرًا (7) أَوْ يُلْقَى إِلَيْهِ كَنْزٌ أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأْكُلُ مِنْهَا وَقَالَ الظَّالِمُونَ إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَسْحُورًا (8) انْظُرْ كَيْفَ ضَرَبُوا لَكَ الْأَمْثَالَ فَضَلُّوا فَلَا يَسْتَطِيعُونَ سَبِيلًا (9)

Dan mereka berkata, “Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia? (25: 7)

Atau (mengapa tidak) diturunkan kepadanya perbendaharaan, atau (mengapa tidak) ada kebun baginya, yang dia dapat makan dari (hasil)nya?” Dan orang-orang yang zalim itu berkata, “Kamu sekalian tidak lain hanyalah mengikuti seorang lelaki yang kena sihir.” (25: 8)

Perhatikanlah, bagaimana mereka membuat perbandingan-perbandingan tentang kamu, lalu sesatlah mereka, mereka tidak sanggup (mendapatkan) jalan (untuk menentang kerasulanmu). (25: 9)



Nabi Musa a.s yang punyai kelemahan dalam percakapannya juga akhirnya telah berjaya membebaskan kaum Yahudi daripada seksaan si zalim Firaun. Walaupun telah dicemuh dan dihina (character assasination) oleh Firaun di khalayak ramai, namun Nabi Musa a.s tetap kuat menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah sehinggakan menjadi sumber kekuatan Nabi Muhammad s.a.w dalam al-Quran.

Bak kata Master Xifu dalam Kung Fu Panda, mereka mempunyai Inner Peace.

Seterusnya, kita mestilah menjadi orang yang tak lepaskan peluang dan pandai menggunakan peluang itu sebaiknya.

Kita mestilah dapat mengenal pasti apa yang diminati orang ramai dan menjadikannya sebagai alat untuk mencapai matlamat kita. Dalam dunia hari ini, ramai yang mahu berdakwah kononnya tapi tak begitu kreatif dalam penyampaiannya. (eh kenapa ada kononnya tu..?)

Rasulullah s.a.w sangatlah kreatif dalam berdakwah. Sebagai contoh, kita semua tahu bahawa puisi atau sajak atau syair dan sejenis dengannya ialah kegilaan orang Arab pada ketika itu. (Kalau tak tahu, sekarang tahu ya). Dan Islam tak ada masalah pon dengan puisi-puisi ni. Maka Rasulullah s.a.w tak pernah pon melarang siapa-siapa untuk berpuisi, malah telah menggalakkan sahabatnya Hasan bin Tsabit iaitu penyair terkenal yang telah memeluk Islam untuk bersyair atau berpuisi untuk menyebarkan dakwah Islam.

Melihat contoh Rasulullah s.a.w menggunakan medium itu sebagai salah satu alat dakwah baginda, seorang kawan saya telah memberitahu bahawa penggunaan media - baik sosial media seperti Facebook, Twitter dan media massa seperti TV, radio dan surat khabar adalah contoh terdekat dalam dunia hari ini. Jadi, kita mestilah menggunakan alat-alat ini sebaiknya untuk menyampaikan mesej-mesej murni ini.


(Bukan hanya update status selfie, makan, etc ya..)


Jadi, ini Richard Branson pemilik "Virgin".
Richard Branson ini bijak walaupun tidak dalam akademik di sekolah.
Richard Branson seorang yang optimist.
Jadilah seperti Richard Branson.

Hehehe. :3


(Tanpa deny Rasulullah s.a.w contoh ikutan teragung!)



-budak hiro-

1 comment:

Ratings and Recommendations by outbrain