Dulu saya pernah ke suatu kem semasa saya masih di sekolah. Kem ini hanya khusus untuk budak-budak sekolah agama kerajaan/ harian. Kem persediaan untuk PMR.
Opkos, saya sangat teruja untuk pergi ke kem tu sebab penat belajar di sekolah, hari-hari dengan rutin yang sama, 7.30 kena sudah berada dalam kelas, belajar sampai pukul 3.00 petang. Penat. Bosan. Dah la kem itu diadakan di hotel. So, memang sangat bersemangat untuk pergi ke kem tu!
Kem tu macam biasalah, menyentuh pasal teknik menjawab, cara tackle soalan, oleh cikgu-cikgu handal lagi hebat dalam negeri.
Pendekkan cerita, waktu subjek Sains, seorang cikgu lelaki ini seolah-olah tak dapat tahan lagi lalu marah-marah kami. Meluahkan segala yang terpendam dalam fikirannya selama ini mungkin.
"Kamu ini sekolah agama, mana disiplin kamu? Kamu ini sekolah agama, mana hormat kepada cikgu kamu? Kamu ini sekolah agama, mana semangat belajar kamu?!"
Kami berasa hairan dan pelik, " Apakah?!"
Sebenarnya panjang lagi, (dan tak ingat sangat dah), tapi, semua persoalannya memang tepat atas dahi kitorang. Terbakar sebentar. Kalau dihadam semula apa yang dia cakap tu, memang semuanya betul dan saya yakin dia luah semua itu sebab dia mahu budak sekolah agama berubah, sebab...sekolah agama kot! Jenama itu mahal. Agama itu terpalit pada budak sekolah agama, begitulah lebih kurang persepsi orang kita terhadap budak sekolah agama.
Yalah, kalau nak dibandingkan budak sekolah agama dengan budak sekolah elit yang lain, memang jauh beza dari semua aspek lah! Dari akademik, sukan, disiplin, dan mungkin akhlak sekali pun! Jadi, " Apa beza kamu dan dia? ".
Sebenarnya budak sekolah agama menggalas tanggungjawab yang boleh saya kira besar dan berat. Kerana 'sekolah agama' itu menjadi kayu ukur kepada orang-orang muda hari ini.
"Haaa, kalau budak sekolah agama pun macam ni, budak-budak lain lagi lah!"
"Hancur lah masa depan negara kita, budak sekolah agama pun jadi mat rempit"
Ya, budak sekolah agama juga manusia biasa. Bukan malaikat. Tak terlepas daripada kesilapan. Tapi, itulah apa yang berlaku.
Tapi, semua pelajar yang mahu masuk sekolah agama, mestilah ingat akan tanggungjawab ini.
"Kamu memegang "A" (SMKA atau SMA) yang tidak dipegang oleh budak sekolah lain. Kalau hilang "A" kamu, apa gunanya?"
- itulah kata-kata ustazah saya 6 tahun yang lepas.
"Ingatlah, SMKA kamu itu ialah Sentiasa Mencari Keredhaan Allah. Kamu perlu pegang itu bukan hanya di sekolah sahaja, tapi sampai kamu mati, tau!" , pesannya lagi.
Oh, aku tak akan lupakan mutiara kata ini.
Secara konklusinya, selepas saya graduate daripada sekolah agama yang saaangat saya cintai selama 5 tahun ini, saya berkata kepada diri saya, "Bukan budak sekolah agama je yang perlu belajar agama dan faham agama. Budak sekolah lain pun mesti belajar benda-benda ni. Sebab budak-budak lain pun beragama Islam jugak. Bukan budak sekolah agama sahaja perlu menjadi beragama!"
Apa yang saya maksudkan ialah bukan sahaja dari segi mata pelajaran yang dipelajari, tapi dari semua segi. Dari ikhlitat lelaki perempuan (pengasingan dalam kelas, dalam kantin, dan lain-lain), budaya membaca al-Quran sebelum mula kelas, dan lain-lain. Kalau semua sekolah buat macam tu, saya pasti ada perubahan walaupun sedikit, insyaaAllah.
gambar hiasan |
"Kita orang Islam hari ini seperti cermin lutcahaya kepada lilin (Islam) di dalam rumah. Orang bukan Islam tak nampak cahaya lilin itu menerusi kamu. Kamu telah menghalang cahaya Islam itu sendiri!"
- kata-kata yang tak pernah saya lupakan oleh seorang al-akh di kolej dua tahun yang lepas.
-budak hiro-
No comments:
Post a Comment