Kalau nak buat fitnah, tuduhan dan buat nampak macam real sangatlah senang.
Kalau dulu, ekspresi muka, bahasa dan nada suara khabar angin menjadikan sesuatu berita tampak benar. Tapi, hari ini, semua tu tak perlu. Gambar, video sudah cukup buat orang ramai hari ini percaya. Begitu sahaja.
Semua ini kerana fikiran orang ramai yang..........(isi tempat kosong). Mudah sangat percaya khabar angin. Mudah sangat terpedaya dengan gambar yang mungkin telah di-edit dengan mudah sekali oleh orang yang pandai dalam bidang tu. Percaya bulat-bulat dengan mana-mana video walaupun video itu samar-samar sahaja menunjukkan wajah insan dalam video tersebut.
Apakah ciri orang yang boleh dikatakan pandai?
Tidak mudah ditipu!
Kerana mereka ini pandai menilai, menganalisis , mendengar dahulu daripada pelbagai pihak, baru lah buat keputusan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supayakamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(Surah al-Hujuraat, ayat 6)
Kalau kamu orang yang beriman, buatlah seperti yang disarankan di atas. Insyaa Allah kamu juga merupakan orang yang pandai.
*Thumbs up*
Saya sangatlah mengharapkan bahawa mereka yang sanggup membuat video-video dan gambar-gambar yang dusta lagi menipu itu bukanlah daripada kalangan muslim.
Yalah. Sanggup menjatuhkan muslim yang lain. Itu simply bukan watak seorang muslim! Apatah lagi menuduh seorang yang siang malam mengenang nasib umat dan cuba menarik minat orang ramai untuk mendekati kembali kepada agama fitrah. Tuduhan dan fitnah seperti ini hanya mengingatkan saya kepada seruan dakwah pada zaman Makkah dahulu. Hanya orang kafir sahaja yang menuduh Nabi yang bukan-bukan.
Tapi, tuduhan itu hanya memberi kesan kepada segelintir mereka yang bukan Islam. Manakala orang Islam ketika itu langsung tidak tergugat kepercayaan mereka kepada Nabi s.a.w.
Tapi hari ini?!
*Tunduk*
Bo bo la wehhh.
Udah-udah la tu...
Udah-udah la tu...
...
Surah al-Hujuraat sangat best untuk dibaca, ditadabbur dan dibaca tafsirnya kerana antara persoalan surah itu termasuklah hubungan dan pergaulan antara orang yang beriman.
Juga termasuklah ada perbezaan antara muslim dan mukmin.
Nak tau? Pergi selak al-Quran tuh!
-budak hiro-
No comments:
Post a Comment