Ha, tekalah!
.
..
...
Tau tak?
Jawapannya ialah.....
Ketika musim peperiksaan!
Sebenarnya, boleh juga jadi sepanjang musim peperiksaan sampailah keluar keputusan.
Em, sebenarnya, boleh juga diaplikasikan untuk ketika musim mencari kerja, mencari laki/bini, dan seumpamanya.
Senang cerita, apabila berlaku sesuatu yang akan mengeluarkan sesuatu keputusan yang kita, manusia tak boleh teka, jangka, agak, seseorang itu tiba-tiba berubah menjadi seorang yang baik (kalau sebelum ini err, kurang baik) dan menjadi seorang yang lebih baik (bagi orang yang sudah baik). Betul ke?
Lebih-lebih lagi kalau perkara itu akan merubah masa depan kita, macam keputusan peperiksaan SPM, dan keputusan penerimaan pekerjaan di Google Inc. (obvious lah kan)
Dan dialog seperti berikut memang kita dah bosan mendengar :
" Hai kau, tiba-tiba je memanjang duk atas sejadah ni kenapa?! Oh aku tau. Sebab exam ekkk?! "
(sambil muka minta penumbuk)
" Eh, tak pernah aku nampak kau ke masjid, tapi semenjak sehari dua ni, tak pernah miss solat kat masjid. Esok kiamat kah?! "
" Amboi, sedap suara jugak kau mengaji al-Quran ya! Selalu yang aku dengar mengaji dangdut je! HAHA! "
Sesetengah orang kata,
" Ha, memang betul pun, dah kau tiba-tiba buat-buat baik masa musim exam je, munafik tau! "
Tapi saya akan kata,
" Rasulullah s.a.w dan Huzaifah al-Yamani sahaja yang tahu siapa orang munafik di zamannya. Abu Bakar r.a, Umar al-Khattab, r.a, dan lain-lain, semuanya tak tahu siapa yang munafik sebenarnya. Malah, Hanzalah r.a dan Abu Bakar r.a juga pernah merasa diri mereka munafik. Kau? "
Kerana akhirnya, hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang munafik sebenarnya. Kita sendiri juga mesti check, bahawa adakah sikap-sikap munafik dalam diri kita. Bukan senang-senang tunjuk pada orang lain.
Kadang-kadang, ramai sahaja yang berubah menjadi lebih baik ketika musim peperiksaan dan istiqamah dengan perbuatan yang sesetengah kata munafik itu.
Kerana hanya Allah yang mampu memberi hidayah kepada seseorang itu bila-bila masa sahaja yang Dia mahu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatlah Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) "
(Surah al-Anfaal, ayat 45)
Bahkan, ahli badar sendiri disuruh untuk mengingati Allah sebanyak-banyaknya ketika menghadapi ujian peperangan, jadi tidak salah lah untuk mereka yang menambahkan amalan mereka ketika musim peperiksaan (peperiksaan : segala peperiksaan, tidak hanya memfokuskan peperiksaan di sekolah sahaja). Malah, itu lebih baik, bukan?
Sesetengah daripada kita mudah sangat judge orang lain sehinggakan mereka lupa akan diri sendiri. Dan perkara ini juga terjadi pada para da'ie hari ini. Merasakan diri hebat daripada orang lain. Sifat itu sendiri sudah menunjukkan anda tidak hebat.
Apa yang kita perlu lakukan bersama-sama sekarang ialah berhenti cakap pasal orang lain. Mula muhasabah diri. Jangan merasakan diri hebat sehinggakan diri sendiri pula yang menjadi lebih jauh daripada Tuhan!
Semoga setiap peperiksaan yang kita lalui dapat menjadikan kita bertukar menjadi manusia yang semakin baik, semakin taqarrub dengan Allah s.w.t dan bukan sebaliknya.
Amiin.
-budak hiro-
No comments:
Post a Comment