Kalau masa kecik-kecik dulu, saya pernah la tertengok cerita "Princess" kat TV3.
Katanya, "Hidup hanya sekali, so kita enjoy!"
Geleng kepala.
(sila rujuk ayat pertama di barisan pertama, tertengok okayyy...haha!)
Saya juga pernah membaca novel yang sangat best siot (kerana bukan senang untuk saya suka baca novel) di kolej dahulu dalam mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Novelnya bertajuk "Kokoro", karya Soseki Natsume. Ya, novel bahasa Jepun yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Bukunya saya syorkan untuk semua baca! Bukunya menarik dalam banyak aspek. Susah la kalau nak bedah buku kat sini kan.
Tapi, secara umumnya, antara tema kecil buku tu adalah tentang penyesalan si orang tua kerana perkara yang telah berlaku ketika dia muda dahulu. Teknik penceritaan dia sangat takjub kerana pak cik Soseki itu telah berjaya buat aku menjadi watak itu sendiri. Feeling bro!
Pengakhiran novel itu ialah, (sila sambung baca kalau tak kisah spoiler) dia akhirnya bunuh diri di tempat yang sunyi, jauh dari manusia lain kerana tak tertahan derita kenangan pahit zaman mudanya. Zaman Jahiliyyahnya.
Daripada cerita ini, saya rasa, eloklah kita belajar ibrahnya. Muda, bukan zaman buang masa. Bukan masa bermaksiat. Bukan masa untuk menjadi remaja kebiasaannya. Kerana kita di masa tua nanti akan merana.
"Aku dulu pernah buat sok sek sok sek. Astaghfirullah. Tak sanggup aku tengok anak-anak aku jadi macam aku dulu-dulu, ni Mat oii" kata Pak Mot sebelum menghirup kopi ko.
"Aku pulak dulu dengar je pesan mak pak aku. Sebab tu aku jadi kaya raya macam sekarang ni! Hahahaha!"
Walaupun si Pak Mat itu kerek, namun itulah terjadi kalau kita berada landasan yang benar.(kecuali kerek tersebut)
(Sila ignore contoh yang diberi kalau rasa tak puas hati..heh)
Contoh lain mungkin yang boleh saya kongsikan ialah penghijrahan artis-artis yang dulunya kemain lagi huha huha, sekarang menjadi orang yang lebih baik daripada kita?!
Mungkin apa yang membuatkan mereka untuk berubah ialah kerana mereka berfikir tentang masa depan mereka (of course lah hidayah daripada Allah, kan). Bukan sahaja masa depan yang bermaksud masa tua, tapi masa lepas mati nanti!
Lagi, pernah saya terbaca surat khabar Metro di muka surat depan - "Si Gengster menjadi Si Alim" (lebih kurang lah bunyinya ya). Hairan. Dan saya pasti, itulah yang terbaik untuknya. Kalau mungkin dicerca, dihina oleh kawannya hari ini, tapi dia pasti dapat menikmati hari tuanya dengan senang. Juga di hari kemudian. (Satu daripada seribu tajuk muka depan Metro yang bagus...oops)
Jadi, orang muda sekalian...
Masa untuk...bertukar!! Kita hidup hanya sekali.
Terlajak memandu kereta boleh diundur,
Terlajak bermaksiat boleh bertaubat.
Taubat dengan taubat nasuha! (eh pantun tak jadi lagi tak best)
So...
"Plan your future"
-budak hiro-
No comments:
Post a Comment