"Wah, papa mama, lawanya dorang ni!"
"First let me take a selfie with these colourful flowers"
Begitulah ceritanya gelagat manusia, yang sangat teruja apabila buat pertama kali mata melihat bunga tulip yang terbentang dalam barisan yang teratur dalam pelbagai warna.
Pujian demi pujian dilontarkan dari kalangan manusia dari si budak kecil sampailah ke orang dewasa. Dan pujian-pujian ini juga telah membuatkan TwoLeap, satu daripada bunga tulip, berubah.
TwoLeap : Terima kasih. (membalas pujian manusia) Cukup-cukuplah puji saya...Saya tahu saya cantik!
Sebuah pokok tua yang berada berhampiran perasan ada perubahan sedikit demi sedikit dalam diri TwoLeap.
Pokok Tua : Amboi TwoLeap. Seronok nampak.
TwoLeap : Mestilah. Kena puji. Kesian kau, tak pernah dipuji. Mesti tak tau macam mana rasanya kan?
Pokok Tua : Oit TwoLeap, budak-budak tu bukannya puji dekat kau sorang. Dia puji kat kau dan kawan-kawan kau tau!
TwoLeap : Alah si pokok tua, kau ni mesti dah tua sangat. Tak nampak ke setiap kali dorang puji, mesti dorang tenung tepat pada mata aku. Mestilah dorang puji aku!
Pokok Tua menggeleng kepala. Dia sudah menjangka semua ini. Biasalah, apabila dipuji berulang kali, pasti akan memberi kesan kepada yang dipuji.
Pokok Tua : TwoLeap, dengar sini. Aku dulu juga pernah muda. Pernah juga menghasilkan bunga-bunga yang cantik dengan izin Tuhan. Pernah juga dipuji-puji seperti kau sekarang. Pernah juga merasai apa yang kau sedang rasa sekarang. Rasa hebat, rasa tertinggi, rasa agung!
Two Leap terdiam seketika.
Two Leap : Diamlah kau si pokok tua. Jangan reka-reka cerita.
Pokok tua hampir-hampir sahaja mahu putus asa. Kali ini dia cuba menjadi sedikit tegas dalam peringatannya.
Pokok Tua : Wahai si TwoLeap. Aku mengakui yang kau tu cantik. Tapi janganlah sombong sampai lupa daratan.
TwoLeap : Kenapa? Apa salahnya? Kan aku bunga tercantik di dunia? Manusia-manusia ini sanggup merantau dari timur ke barat untuk menemui ku. Untuk bergambar dengan aku. Hebat kan aku?! Kau juga patut memuji aku dengan lebih banyak lagi wahai si pokok tua.
Pokok Tua : Hebat tak hebat kau, akhirnya akan mati juga. Aku pun begitu. Satu hari nanti, kita akan mati. Selepas itu, kehebatan kau akan hilang begitu sahaja.
TwoLeap : Mati? Tak percayalah aku. Tengok lah aku. Badanku berwarna merah terang. Paling mekar dalam kalangan kawan-kawan aku. Matahari yang sentiasa ada untukku. Takkan lah aku mati.
Pokok Tua : Adakah kau begitu angkuh sehingga tak percaya akan kematian? Kau tak tengok kah pokok-pokok lain sekeliling yang membongkok ketika kamu membesar? Masa mereka sudah tamat. Kini tiba masa kau gemilang. Pasti satu hari nanti masa kau juga akan tamat!
TwoLeap ketawa kecil.
TwoLeap : Sudahlah pokok tua. Terima kasih sahajalah atas nasihat kau tu. Aku tahu kamu hanya dengki dengan kecantikan aku. Aku rasa kau yang perlu jaga diri kau kerana masa kau tak lama lagi akan tamat!
" Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir kebun ini akan binasa selama-lamanya"
"Dan aku tidak fikir hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini"
Surah al-Kahfi, ayat 35 dan ayat 36
Musim panas berkunjung tiba. Musim bunga berlalu pergi.
Bunga-bunga yang berwarna-warni semakin hari semakin berkurang. Tak tahan dengan kepanasan matahari yang membakar tanah.
Kemegahan si TwoLeap habis begitu sahaja. Tiada manusia yang ingat akan namanya. Nanti musim bunga akan tiba lagi. Bunga-bunga tulip baru akan tumbuh lagi. Begitulah kitarannya.
Cumanya, kita perlu hidup dengan kehidupan fitrah kita.
-budak hiro-
No comments:
Post a Comment