Puhh...puhh...(tiup sarang labah-labah sikit)
Assalammualaikum w.b.t
Sudah lama tak ku post di sini. Maafkan saya.
Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai kisah Orang Laut.
Orang Laut bukanlah gelaran atau panggilan manja, bahkan nama yang diberi oleh si ibunya sendiri. Saya tak tahu mengapa begitu. Mungkin si ibu mengharapkan anaknya itu menjadi seorang pelaut handalan yang satu hari nanti akan menjadi kapten kapal yang akan berlayar mengelilingi dunia, menjumpai harta karun di lautan dalam dan lain-lain.
Namun, kalau begitu, impian ibunya tidak menjadi kenyataan kerana anaknya itu membesar menjadi seorang penjaga gawang handalan atau goalkeeper di kelab Arsenal.
Ya, David Seaman.
David Seaman |
Saya tidaklah tahu menahu tentang cerita 'belakang tanah' (background) si Seaman ini kecuali ketika beliau berada di atas padang. Yang pasti, beliau ialah seorang keeper professional yang telah banyak menyumbang kelab Arsenal. Tidak hairanlah beliau dipilih menjadi pemakai jersi No. 1 pasukan England satu ketika dahulu.
Pendek cerita, David Seaman beraksi cemerlang hampir semua perlawanan. Namun, satu perlawanan telah menghantuinya hingga lah hari ini. (Ceh, macam tau jer)
England 1-2 Brazil.
Free-kick.
Ronaldinho.
Bola belakang gawang.
Gol yang tidak sepatutnya melepasi sang penjaga gol handalan itu. Sepatutnya tidak, jika David Seaman yang menjaga gawang. Tak dapat dinafikan, bola yang dihantar oleh Ronaldinho itu memang mengelirukan (kerana biasanya sepakan percuma daripada posisi itu akan cross ke tengah) dan akhirnya meluru ke arah top-corner gawang. Tapi, sungguh memalukan ia dapat menipu David Seaman.
Tamat wisel penamat. David Seaman bingung. Seolah-olah tak tahu apa yang berlaku. Air mata bergenang di bibir mata. David Beckham selaku kapten pasukan England menenangkan David Seaman yang berasa kesal atas kesilapannya yang menggagalkan pasukan England untuk ke Semi-Final. Dia tahu, dia bukan sahaja telah menghampakan rakan sepasukannya, bahkan, jurulatih, peminat, malah penyokong-penyokong England yang hadir ke stadium juga.
Semenjak itu, David Seaman bukan lagi pilihan utama goalkeeper England dan tak lama selepas itu mengumumkan persaraan beliau setelah pindah ke kelab Manchester City.
Memori FIFA World Cup 2002 pasti sungguh pahit untuk ditelan oleh si Orang Laut ini.
''Yalah, semua orang ada masa naik dan turun. Nak perform selalu payah la!''
''Ronaldinho kot! Memang patut gol pun...''
''Orang Laut pandai tangkap ikan je. Bola tak reti nak tangkap'' (tiba-tiba)
Sekejap.
Saya bukan nak cakap pasal game itu sahaja.
Ok, apa yang saya mahu highlight di sini ialah bagaimana keadaan ketika dia bersara. Ya, walaupun dia mengakhiri kerjayanya di Arsenal dengan menjulang piala FA, namun, dia telah menamatkan zaman penjaga gawang di Manchester City dan England dalam keadaan tidak menjadi pilihan utama pasukan.
Ehem. (Angguk). Bagaimana pengakhiran kita.
Hadis ke - 4
''... Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi.
Menurut syarah Hadis ini, satu daripada maksudnya ialah, tak semestinya orang yang sekarang ini sangat baik dan soleh akan mati dalam keadaan yang soleh juga. Orang yang jahat dan zalim hari ini juga tidak pasti akan mati dalam keadaan zalim. Semuanya tidak pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Dan, pilihan untuk mati dalam keadaan yang mana satu terletak pada hati kita. Kita fikir, pilih dan usaha! Usaha ke arah itu.
Lagi, doa juga harus dipanjatkan. Seperti yang diajar sang Rasul untuk meminta ditakdirkan mati dalam keadaan husnul khatimah.
Lagi, Hadis ini juga memberi motivasi kepada kita untuk berubah kepada yang lebih baik, sepatutnya. Lihat sajalah kepada Umar al-Khattab (cliche!). Siapa sangka orang yang dijangka masuk neraka kerana memusuhi Islam akhirnya menjadi antara 10 sahabat yang dijamin syurga. Subhanallah.
Kerna itulah kita kena selalu bersama-sama ingat-mengingat (juga tanaasuh) supaya sentiasa berada dalam 'zone iman ber-hamasah!' (Amboi~)
Sebagaimana buku cerita, novel dan movie, orang nak tengok ending! Kalau orang malas nak baca sesebuah buku, dia akan hanya menyelak muka surat terakhir untuk dibaca.
Sebagaimana pertandingan lumba lari dalam acara olahraga, apa yang berlaku di garisan mula tidak penting. Yang penting pada garisan penamat.
Sebagaimana perlawanan bola, keputusan apabila wisel penamat di tiup yang penting, bukan sewaktu kickoff.
Walaupun bagaimana keadaan kita menghembus nafas buat kali terakhir itu misteri. Dan juga, Syurga atau Neraka? Yang penting, fikir positif dan usaha!
Ingat, Allah lihat pada usaha anda.
Dan, usaha anda itu akan disoal. Nanti.
No comments:
Post a Comment