Saturday, June 14, 2014
Menjadi muslim Menjadi terbaik!
Ya.
Sering kali kita menuding jari kepada orang lain atas kemunduran kita. Dari pemimpin sehingga kawan-kawan kita, semua kita salahkan. Termasuklah para ostad! Itulah manusia. Ego. Dirinya sahaja difikirnya benar.
Bak kata Napoleon, ''Kezaliman yang berlaku pada hari ini bukanlah kerana kekejaman orang jahat tetapi orang baik yang terus membisu.''
Masalahnya ialah diri kita!
Waduh.
Apa guna ramai tapi lemah? Apa guna sebanyak buih di lautan, tidak terkira namun amat lemah.
Kadang-kadang, melihat kiri dan kanan, kemungkinan Islam di peringkat paling corot dalam kehidupan hari ini adalah disebabkan kau. aku.
Kita.
Menjadi duta Islam atau nama lainnya, muslim, apa yang sudah kita sumbang? Ataupun paling kurang, sudah kah kita menutup pintu-pintu fitnah kepada agama suci ini?
Dari perangai, kata-kata, cara tawa, pergaulan hingga ke solat. Apa sudah kita lakukan yang terbaik?
Seharusnya setiap orang yang memandang kita akan membuatkan mereka menjadi tertarik dengan kita. Lalu, boleh kita tunjuk kepadanya tentang apa yang membuatkan kita jadi begitu - Islam.
Cara kita react dengan isu kapal terbang hilang. Cara kita react dengan masalah bar coklat.
Menggunakan si bomoh sebagai penyelesaian?
''Oh, agama kita pun ada pakai itu juga! Apa bezanya?''
Meminta darah dicuci akibat termakan DNA ba..eh khinzir yang kajiannya mengelirukan dan tak meyakinkan.
''Oh, macam tu agama Islam ya!? Rumitnya! Baru je nak mengucap...''
Kita selalu memberi respon yang tak bernas dan berlandaskan nafsu atau kepentingan diri sahaja. Tak lihat langsung impak kepada stakeholder yang lain di luar sana.
Benarlah kata al-akh mukhallaf yang pernah saya berjumpa dengannya yang mengatakan dia sebelum ini sungguh sukar menerima Islam kerana muslim itu sendiri. Muslim yang sepatutnya menunjuk sinaran cahaya suci, telah menutupinya dengan cermin lut cahaya. Apa mungkin Islam berkembang menerusi akhlak kebanyakan muslim hari ini.
Dengan jahiliyyah yang tidak ada henti, mahukan kemenangan daripada Allah? Adakah anda sudah lupa dengan kisah Sultan Muhammad al-Fateh? Begitu sukar untuk membuka kota Konstantinopel. Hampir setiap malam dilihat rakyatnya apakah mereka adalah sebaik-baik rakyat. Jauh daripada unsur jahiliyyah!
Perjuangan ini suci. Membezakan al-haq dan batil. Dan kemenangan Islam itu sendiri dasarnya dari aqidah hinggalah akhlak yang suci. Kerana kemenangan itu datangnya daripada Allah.
''...Tiadalah kemenangan melainkan datangnya daripada Allah...''
(Al-Anfaal, ayat 10)
Jika dalam syahadah kita telah menyaksikan seruan La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah, itulah yang kita harus lakukan.
Sampaikan apa yang kita telah saksi. Itulah tugas seorang saksi, bukan?
Juga, bukalah minda. Jangan berfikiran sempit. Fikirlah seluas-luasnya. Fikir respon apa yang terbaik. Fikirkan apa yang orang lain akan fikir tentang Islam apabila kita memberi sesuatu reaksi.
Janganlah sampai dalam Hari Perhitungan Amal nanti, ada yang berdiri menuding jari kepada kita sambil berkata,
''Ya tuhan, dia lah punca saya tak percaya akan agama Islam.''
Tergamam.
Apa mahu kita jawab?
Jom kita muhasabah diri.
Kau. Aku. Sama-sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment