Saturday, February 8, 2014
Jahat
Koqa mengetuk pintu bilik Kame, lalu masuk dengan segera.
Terkumat-kamit mulut Kame membaca surah pertama juz tabaarak dengan Al-Quran pada tangannya.
Koqa faham bahawa dia perlu tunggu sebentar, membiarkan Kame menghabiskan bacaannya. Lagipun, hanya dua tig ayat lagi, habislah dia baca, fikirnya.
''Ha, ada apa Koqa?''
''Boleh ke nak kacau sikit. Ko macam sudah nak tidur je''
''Takde lah. Cakap je lah. Ada apa?''
''Em''
Koqa mengambil sedikit masa sebelum memulakan bicaranya.
''Macam ni, Kame...''
Koqa menceritakan masalahnya kepada Kame, sahabat baru yang makin hari makin dipercayainya, disanjunginya dan disayangi sebagai kawan. Dia percaya bahawa Kame mampu membantu menyelesaikan masalah yang terbenak dalam fikirannya.
''Oh, macam tu ceritanya. Seronok jugak cerita ko tu. Tapi, aku tak nak tolong ko. Wahahaha!''
''Apakah!!!''
''Takde lah. Aku gurau ja. Biasalah, mengantuk jadi macam ni lah. Lepas tu ada orang kacau sini. Eh..haha!''
Koqa diam sahaja.
''Rilek la Koqa. Aku cuma nak riangkan ko ja''
Kame sambung lagi,
''Macam ni, bila kita takut, siapa yang patut kita minta tolong?''
''Kau lah! Tengok, aku datang mintak tolong dari kau sebab aku takut la ni!''
''Err, tak salah. Tapi, yang lebih utama ialah kita minta perlindungan daripada Tuhan kepada apa yang ko takut tu.''
''Allah!''
''Ya, macam surah al-falaq tu. Ayat 1 dan 2.''
Koqa diam sahaja. Ada benarnya pada kata-kata Kame.
''Setiap kejahatan dalam dunia yang kau takutkan, ko mintak sahaja perlindungan daripada Allah. Bereh?''
''Tapi, kau cakap senang la! Sekarang ni, bila aku nak keluar rumah je, mesti aku rasa ada mata-mata yang tengok aku. Aku rasa Koro cuba belasah aku sebab aku tinggalkan geng dia macam tu je''
''Ye lah, macam aku cakap tadi, first thing first. Tapi, lepas tu, kau kena lah selesaikan semua masalah tu.''
Koqa diam sahaja. Dahinya berkerut runsing memikirkan keadaannya.
Dia memikirkan tentang kata-kata Kame yang mengaitkan masalahnya tadi dengan surah falaq ayat 1 dan 2. Hatinya cuba menghayati ayat yang ketiga pula.
''Eh, sekejap. Koro dan geng dia selalu ada masa malam je lah! Masa malam la kitorang dulu duk lepak-lepak sini sana dulu-dulu.''
Kame mendengar separa mengantuk.
''Ha, macam ni lah, aku rasa, aku nak jumpa dia, terus terang dengan dia esok''
''Eh, tapi, nanti kau kena pukul!''
''Tak, aku pergi jumpa dia masa pagi. Aku nak ajak dia jadi macam aku pulak. Aku rasa, dia marah kat aku sebab dia fikir yang aku tak suka dia. Sebab dulu aku lepak dengan dia tiap-tiap hari. Lepas jumpa kau, aku terus duk dengan kau, tak jumpa dah dia. Mungkin salah aku jugak buat macam tu dekat dia.''
Kame mengangguk-angguk.
''Ko tau, Koqa. Dalam surah Falaq jugak, perkataan 'syarr' sangat banyak digunakan, kerana di dunia, kejahatan itu sangatlah banyak. Lain pula dengan surah selepasnya, surah an-Naas yang banyak menyebut panggilan Tuhan kerana hanya Dia sahaja yang boleh melindungi kita daripada bisikan syaitan demi kebaikan di akhirat nanti.''
''Itulah, kadang-kadang kita sendiri yang berkelakuan jahat kita tak perasan, kan.''
''Ya. Kalau kau perasan. Surah Falaq ini seperti ada progress yang semakin spesifik. Mula-mula, kita minta perlindungan daripada sebarang kejahatan makhluk. Dan ayat terakhir pula, kita minta perlindungan daripada kejahatan orang yang berhasad. Kalau difikirkan, semua kejahatan di dunia ini asal daripada hasad hati manusia. Masing-masing berebut harta dunia, mahu lebih hebat daripada yang lain sehingga sanggup berbunuhan dan lain-lain. Tapi, Allahu a'lam.''
Kedengaran bunyi dengkuran.
''Oi, ko tidur!''
''Eh, tak la. Aku dengar tadi. Haha. Ok la. Nak tidur dulu. Esok nak jumpa Koro!''
''Ok la. Jangan lupa baca al-Mulk ya. Hehe.''
''gg''
Source : Bayyinah/Podcast
Sila rujuk untuk lebih memahami.
Labels:
Deenee,
Tulis-tulis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment