Friday, June 20, 2014

Anda adalah permulaannya.


''Abang Qib, aku dah join usrah 19 tahun dah. Tak qowiy-qowiy pon. Sama je. Maintain je.''

''Yo brader. Aku tiap-tiap hari ikut kau pergi kuliah ustad tu. Tapi asal aku lagi teruk ek? Ustad tu tak ada aura barokah muslih ke?''

''Pak cik. Pak cik kan ustad yang termahsyur dalam dunia ni. Selama saya jadi anak angkat pak cik ni, saya macam bertukar jadi syai..''

Em.

Manusia kah pemberi hidayah?

Kalau lah begitu, sudah lama Abu Talib memeluk Islam. Kalau lah begitu, manusia paling mulia tak akan dibaling batu hingga berdarah, tak perlu berperang hingga mendapat luka dan belasan parut di medan perang untuk menyampaikan dakwah baginda. Hanya dengan sembang dua minit, dah boleh buat seseorang jadi 'baik gila', kan?



Tapi, sunatullah bukan begitu. Bukan lumrahnya begitu rupa.

Ingatlah kisah Hanzalah r.a yang menangis mengatakan dirinya munafiq kerana merasai imannya tak sama dengan ketika dirinya bersama-sama Rasulullah. Abu Bakar yang mendengar itu juga turut menangis kerana menyangka dirinya juga sudah menjadi munafiq.

Bukan semudah itu.

Walaupun mendapat tarbiyah hebat daripada murabbi terhebat, namun mujahadah itu mesti dilakukan juga. Usaha sendiri. Itulah kuncinya.

Ia tidak bergantung kepada ucapan daripada sang murabbi sahaja.

Kalau macam tu, 3 kali lepas pergi bulatan-ingat-Allah, dah boleh terbang la! Hohoi!

Walaupun begitu, tarbiyah Nabi membuat sahabat berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Inilah, satu daripada kurniaan Allah yang tak diberikan kepada nabi-nabi sebelumnya - Pendokong-pendokong yang super duper osem!


''...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.''

(Surah Ar-Ra'd, ayat 11)



Sekarang ini, kita harus pilih, tarbiyah bagaimana kah yang terbaik untuk kita. Yang pasti, pilih lah tarbiyah yang paling serupa dengan as-sunnah.

Pilih tarbiyah,
jangan tak pilih langsung sudah!


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah pendekatan (mendekatkan diri) kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan."

(Surah al-Maidah, ayat 35)



-budak hiro-



No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain