Sunday, June 15, 2014
Baju Putih Baju Hitam. Sama kah?
Putih itu putih.
Hitam itu hitam.
Cerah tetap cerah.
Gelap tetap gelap.
Bersih lain.
Kotor pun lain.
Tidak sama kedua-dua itu.
Walau di mana anda berada, (berkobar-kobar, eh lagu pulak), kedua-dua ini sangat berbeza. Mungkin namanya lain kerana perbezaan bahasa. Bersih dipanggil 'Naziifun'. Putih dipanggil 'White'. Tapi, merentasi seluruh lautan dunia, kebenaran @ truth itu tetap disepakati.
Senang cerita begini,
Semua orang akan berkata baju putih itu, warnanya putih.
Semua orang akan berkata matahari akan terbit pada waktu siang, bulan pada waktu malam.
Begitu juga seterusnya.
Tapi, apabila timbul persoalan tentang perbuatan, masing-masing ada pendapat, dan ia kian berubah merentasi waktu, tempat dan zaman.
Contohnya perkahwinan sejenis. Di negara barat seperti Amerika menganggapnya legal di sisi undang-undang, namun tidak di Malaysia.
Lagi, berjudi dan minum arak di tanah Arab satu ketika dahulu menjadi amalan sehari semalam bagi mereka. Namun, selepas kedatangan Islam, perkara itu berkurangan.
Lagi, penggunaan bomoh di Malaysia sangat terkutuk. Namun, dalam kes mencari fly ship yang hilang,tiba-tiba ia menjadi suatu yang normal pulak!
Oops.
Kerana itulah Allah menyuruh Nabi menyatakan perkara ini terlebih awal.
Katakanlah (wahai Muhammad) : ''Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya''.
(Surah al Maidah, ayat 100)
Antara syarah penggunaan 'katakanlah' di situ adalah supaya Nabi sendiri dijadikan garisan pemisah haq dan batil. Supaya Rasul Allah menjadi sandaran kepada apakah yang dimaksudkan dengan 'buruk' dan 'baik' dalam ayat di atas, bukan kata-kata atau pendapat manusia biasa sebagai sandaran. Itulah truth yang sebenarnya.
Walaupun orang di sebelah kiri dan kanan kita saling mencarut, ia tak bermaksud mencarut itu dibolehkan dan baik. Walaupun kawan-kawan sekelas kita semuanya mempunyai cinta monyet masing-masing, tak bermakna kita wajib punyai monyet juga. Err...
Walaupun suatu maksiat menjadi norma sesebuah masyarakat, anda sepatutnya menjadi orang pertama yang bangkit menentang kezaliman ini. Kerana apabila sesuatu perkara buruk berleluasa, ia bermaksud masyarakat telah menerima dengan hati yang terbuka tentang perkara itu. Dan berdiam diri dengan rela hati akan situasi ini adalah satu kezaliman yang nyata!
Kotor tak sama dengan bersih. Putih tetap putih, walaupun semua orang di dunia ini mengatakan baju putih yang anda sedang pakai itu warnanya hitam!
Hidup dalam akhir zaman yang penuh dengan permasalahan ini sememangnya sukar tanpa tarbiyah yang power lagi jitu. Tiadalah cara lain bagi kita untuk melawan perkara ini melainkan dengan persediaan yang sebenar-benarnya untuk meninggalkan jahiliyyah dan mencelupkan diri dalam diin Allah secara keseluruhan.
Hanya dengan taqwa itu yang boleh membuatkan kita berubah kepada zero-jahiliyyah(bi iznillah).
Perkataan 'tuflihuun' telah Allah guna instead of 'tafuuzuun' yang juga membawa maksud 'berjaya' kerana dasarnya perkataan 'tuflihuun' itu ialah bercucuk tanam@bertani. 'Tuflihuun' bermaksud kejayaan yang terhasil daripada susah payah penat dan usaha yang pelbagai seperti membaja, menyiram, membina orang-orang, menghalau binatang perosak, dan lain-lain yang akhirnya membuahkan hasil yang dapat dinikmati. Itulah 'tuflihuun'.
Subhanallah. Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui bahawa proses untuk mengasingkan diri daripada jahiliyyah ini bukanlah perkara mudah. Namun, pastinya ganjarannya juga pasti setimpal dengan usaha kita.
Allahu a'lam.
Moga Allah beri kita kekuatan kepada kita semua.
-budak hiro-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment