Saturday, June 18, 2011

Peliharalah ketiga-tiganya | Nasihat Buat Sahabat dan Diri Sendiri

Wahai kawan,
Kau juga seperti ku,
Punyai mata, telinga, dan mulut,
Maka peliharalah ia sebaiknya.

Wahai kawan,
Namun janganlah kau sangka,
Bahawa ia akan berkekalan melihat, mendengar, dan berkata-kata,
Kerna ia nikmat yang boleh ditarik kembali,
Pada bila-bila masa.

Wahai kawan,
Jagalah pandangan mata mu,
Janganlah menyeksa mata mu,
Dengan melihat maksiat dan perkara mungkar
Yang dilarang Tuhan.

Wahai kawan,
Jagalah telinga mu,
Jangan biarkan telinga mu terseksa,
Mendengar umpatan dan fitnah manusia,
Yang hanya membawa kepada dosa dan kerugian.

Wahai kawan,
Jagalah mulut mu,
Berjaga-jagalah dalam setiap perbicaraan mu,
Jangan jadikan mulut bahan maksiat,
Kerna mulut badan binasa,

Wahai kawan,
Ku sampaikan ini tanda sayang ku pada mu,
Kerna mata, mulut, dan telinga,
Bukanlah milik kita,
Bahkan satu amanah daripada Yang Maha Berkuasa,
Untuk kita pelihara.



"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

~ Al-A'raaf : 179.


Peringatan buat semua termasuk diri sendiri. Kita tak tahu apa yang bakal kita hadapi pada esok hari, lusa dan seterusnya. Kita memang tak yakin yang kita tak kan ditimpa kemalangan pada esok hari ( contoh : eksiden kereta ) yang berkemungkinan menyebabkan kita hilang deria melihat, atau mendengar, atau bercakap. Jadi, janganlah fikir bahawa apabila kita dilahirkan dapat melihat, mendengar dan bercakap, dan kita akan terus dapat melakukan ketiga-tiga itu sampai bila-bila.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..jazakallahu khairan kathiran peringatan bersama..Rasulullah swt pernah berkata kepada sahabatnya dlm sutau majlis ilmu" bahawasanya perkara yang paling hampir sekali dgn manusia ialah MAUT" =)

    ReplyDelete
  2. ya,
    orang yang paling bijak antara kamu ialah orang yang sentiasa mengingati mati ~

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain