Saturday, June 18, 2011

Two Face ?

God has given you one face, and you make yourself another. - William Shakespeare

Faham kan maksud sebenar dia?
Kita dah ada sikap dan perangai kita yang semulajadi, tapi kita cuba ikut sikap dan perangai orang lain.
Ada dua perkara yang nak disentuh di sini.

Pertamanya tentang berlakon menjadi seseorang. Yang ni ramai orang buat. Kalau pelakon memang kerja dia la berlakon2 ni kan. Tapi yang bukan pelakon terkenal pun pandai berlakon. Contoh, si A orangnya baik. Satu hari, dia dapati bahawa menjadi jahat di luaran tetapi baik di dalaman itu sangat cool / hero / bergaya.

Golongan orang macam A ni sangat ramai. Diorang berlakon menjadi jahat, dan setiap kali orang beritahu dia " Jahat la kau ni ",  " Mu jahat kali ", " Hahaha, jahat la kau ", diorang akan bertambah suka atau happy. Tu la yang pelik. Diorang suka orang lain panggil dia jahat. Diorang ni jenis yang buat2 degil, nakal, tapi apabila orang lain minta pertolongan diorang, diorang akan tolong.

Contoh kedua, si B orangnya juga baik dan sopan. Satu hari, dia dapati bahawa orang yang cute selalu diberi perhatian dan disukai ramai. Jadi, si B ni pun buat-buat cute. Dalam percakapan dia buat-buat cute, dalam pergaulan lagi la dia buat-buat cute. Orang jenis ni tak lama.


Keduanya tentang cuba menjadi seseorang itu. Yang ni menjadikan seseorang itu sebagai suri teladan la. Kita cuba ikut sikap dan perangai orang tersebut. Yang ni ok jer. Tapi yang masalahnya ialah orang yang cuba kita ikut tu. Suri teladan kita tu. Siapakah dia? Pelakon? Penyanyi? Selebriti?

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w lah contoh ikutan yang terbaik.

We all wear masks, and the time comes when we cannot remove them without removing some of our skin - Andre Berthiaume

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain