Pada suatu hari, setelah beliau pulang dari Kuala Lumpur, semestinya setelah selesai memberi ceramah, beliau mendapat panggilan telefon. Melalui nombor yang dipaparkan di skrin telefon bimbitnya, beliau tidak tahu panggilan itu daripada siapa.
" Assalammualaikum, ustaz. Kami daripada * ( maaf tidak ingat singkatan persatuan tu), ingin menjemput ustaz untuk memberi ceramah di tempat kami pada esok hari. "
Suara yang kedengaran seperti si pemanggil itu lebih tua daripada ustaz itu. Ustaz itu tidak berapa pasti atau kenal dengan singkatan persatuan yang disebut oleh pak cik itu. Walaubagaimanapun,
Ustaz itu menjawab, " Waalaikumussalam, err pak cik, mungkin saya tak dapat datang sebab saya baru je pulang dari Kuala Lumpur. Kalau esok mungkin saya tak dapat datang. "
" Tak apa, kami telah menyediakan tiket kapal terbang untuk ustaz. Kami akan tunggu ketibaan ustaz di lapangan terbang esok. "
" Hm.."
Ustaz itu berfikir sejenak.
" Kalau begitu baiklah. "
Si pemanggil itu memberitahu ustaz itu tentang penerbangannya dengan lebih lanjut serta proses ceramah beliau.
- - -
" Saya sudah sampai di lapangan terbang. Pak cik ada di mana? "
" Saya ada di luar. Saya sedang memegang sehelai kertas yang tertulisnya nama ustaz di atasnya "
Ustaz itu pun mula mencari pak cik tersebut. Tidak lama kemudian, beliau terjumpa seorang pak cik yang memakai kaca mata berwarna hitam berdiri di sebalik tiang. Tangan sebelahnya memegang erat tongkat, sebelah lagi memegang sehelai kertas.
Ditelitinya kertas itu dan terkejut melihat namanya berada di kertas itu. Beliau sebenarnya terkejut kerana pak cik yang menelefonnya semalam ialah orang buta. Belum pernah ada orang buta menjemputnya untuk memberi ceramah, lebih-lebih lagi menjemput ketibaannya.
Lalu ustaz itu menegurnya,
"Assalammualaikum, pak cik "
" Waalaikumussalam, kamu ustaz ye? "
" Ya, saya. "
" Baiklah, sekarang kita ke tempat pak cik, kena naik teksi "
" Tapi, saya tak pernah menaiki teksi dan tak tahu banyak tentang tempat ini "
" Tak apa , mari ikut pak cik "
Dengan berasa hairan, ustaz itu memegang tangan pak cik itu. Pak cik itu memimpin tangan ustaz itu menuju ke tempat menunggu teksi. Seorang pak cik yang buta sedang memimpin seorang yang celik. Orang ramai di sekitar itu terkejut dengan apa yang mereka sedang lihat.
Ustaz itu berkata pada dirinya, " Pak cik ni bukan lah orang yang biasa. Walaupun dia buta, namun dia memiliki hati yang terang. "
Dia bersama tongkatnya |
- - -
Rupa-rupanya, pak cik itu telah menjemputnya untuk memberi ceramah kepada persatuan orang-orang buta. Singkatan persatuan yang telah disebutkan oleh pak cik kepada ustaz itu semalam telah terjawab. Ustaz itu berasa sangat kagum dengan semangat yang dintonjolkan oleh si pak cik tua yang rabun.
sumber : radio IKIM.fm ( sedikit tokok tambah ) ^_^"
No comments:
Post a Comment