Thursday, October 9, 2014

Impian > Arus

Saya baru terbaca mengenai seorang wanita yang drop-out kolej dulu, tapi hari ini sudah menjadi billionaire!!!

Mark Zuckerberg, Steve Jobs, Bill Gates, Budak Hiro (tiba-tiba), semuanya drop-out kolej tapi sudah menjadi seorang yang sangat kaya raya! Adakah kita juga perlu......teng-teng-teng.
(Nanti kerja basuh pinggan)

Apa yang saya kagumi ialah keberanian mereka untuk membuat keputusan melangkah keluar meninggalkan universiti dan kolej. Bukan senang. Wajah-wajah tersayang, penaja biasiswa, kawan-kawan, kemungkinan basuh pinggan sebaik sahaja melangkah kedua-dua kaki keluar pagar universiti, semuanya muncul di bayang minda.

Dan saya pasti, untuk membuat keputusan seperti itu memerlukan sesuatu yang sangat besar. Impian dan keyakinan. Kalau korang tak yakin pada sesuatu, korang tak akan buat benda tu. Seseorang tak akan senang-senang mencurahkan air di tempayan di hari yang mendung, melainkan dia...

Sebagai contoh, wanita itu, Cik Elizabeth yang sangat bersungguh-sungguh mencari alternatif menggunakan jarum untuk mengambil darah, kerana berpendapat, ada cara yang lebih senang, murah, dan tidak menakutkan (kajian menyatakan ramai takut ambil darah sebab takut jarum).

Dan semangat itulah yang mencabar dirinya menjadi drop-out untuk lebih fokus dalam bidang yang diminatinya. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, kita kena cari apakah yang kita sebenar suka dan minat. Lalu, asahlah ia (make sure selari dengan syara' ya).

....

Krik-krik-krik.

....

Ok la.

Begitu juga dengan dakwah dan tarbiyyah kita.

Apa yang penting ialah setiap seorang daripada kita kena pasang impian dan keyakinan. Sebagaimana keyakinan para sahabat dulu pada janji-janji daripada mulut Rasulullah, dan juga Al-Quran, begitulah juga kita perlu yakin. Plan ahead. Gunakan segala kehebatan dalam menyampaikan mesej-mesej nan murni...ewah-ewah! Kalau mereka boleh punyai impian dan keyakinan lalu menjadi seorang yang kaya-raya, kita juga perlu macam tu! Kalau tak kaya-raya dunia, kaya-raya pahala, apatah lagi di akhirat!

Keprihatinan Cik Elizabeth terhadap setengah masyarakat yang sanggup terseksa dengan penyakit daripada diambil darah melalui jarum itu telah berjaya menghasilkan teknologi baru. Hari ini, ramai yang sanggup terseksa jiwanya (walaupun ada yang tak merasainya) daripada ambil jalan Islam, tetapi adakah kita prihatin? Adakah kita CUKUP prihatin?

Tak perlu kita menjadi drop out untuk menunjukkan kita prihatin. Cuma, bekerja lah. Kerana itu menunjukkan korang prihatin!


No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain