Tajuk tak tarbawi langsung kan? boooo ~
Sorry.
Meh saya nak mulakan dengan serangkap pantun feveret saya.
"Daun selasih ikan puyu,
Terima kasih, Thank you"
*Clap, Clap, Clap*
Errr.....
ok.
Hidup dalam zaman ini, nilai kesyukuran semakin kurang. Budaya terima kasih lagi lah berkurang.
Bukan bermaksud penggunaan 'terima kasih' itu sendiri. Ya. Walaupun 'thank you' atau 'tenkiu' lebih digemari berbanding 'terima kasih' itu sendiri. (Termasuk jzzk juga ya!). Tapi, ucapan penghargaan itu terhadap seseorang yang membantu itu kian pupus. Dan bagi saya, benda ini serius!
Kalau baca semua buku-buku motivasi tentang Sumber Manusia (Human Resource), pakar-pakar motivasi pasti akan menyentuh bab pengucapan terima kasih. Mengikut teori McGregor, pekerja jenis Y pasti suka apabila dihargai oleh bossnya lalu akan bekerja dengan lebih power gituhh! So, kalau boss tiba-tiba baik tu, maksudnya, boss korang tu sebenarnya nak korang keep up the good work.
Sebenarnya bukannya susah pun nak sebut 'terima kasih' kan? Cumanya sudah tak jadi budaya dan mungkin ada yang mempunyai sikap ego dan tak ada rasa 'terima kasih' itu sendiri, apatah lagi untuk say it out kan? Tapi, sebenarnya percayalah apabila di'terima kasih', korang pasti akan rasa lain. Serius!
Terima kasih |
Ada kajian yang menunjukkan sebenarnya 'terima kasih' ini akan memberi faedah kepada pemberi dan penerima. Tak kira faedah dari segi emosi, hubungan antara satu sama lain, dan yang paling penting, penerima itu akan rasa mahu bersama korang dan tolong korang lagi bila-bila sahaja nanti, berbanding dengan orang yang buat derkkkk je.
Semuanya kerana memang lumrah manusia mahu dihargai.
Pengalaman saya berada di negara orang memberitahu saya bahawa rakyat Malaysia kurang sikit (kurang sikit je ya) berterima kasih antara satu sama lain. Di negara yang pernah saya jejaki ini, sikit-sikit terima kasih, sikit-sikit terima kasih. Lagi, selalu bermaaf-maafan. Sorry. Sorry. Sorry. (Sila jangan fikir lagu Koriya). Tapi inilah yang berlaku, yang saya rasa kita kena improve! Kalau menurut kajian yang tadi tu, memang tepat lah. Hati selalu happy. Tak ada pendam dendam gila-gila punya. Negara pun boleh maju ke depan. (Tiba-tiba)
Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim, ayat7)
Menurut tafsir - ustaz Nouman Ali Khan, mengikut terjemahan sebenar, Allah tak merujuk kepada apa-apa penambahan, yang bermaksud, Allah boleh sahaja tambah nikmat kepada korang dengan apa-apa nikmat sekali pun. Dan ini hanya akan berlaku kalaulah korang bersyukur! Allah sekali lagi tak merujuk bersyukur kepadaNya, tapi hanya bersyukur. Menghargai apa yang ada. Menghargai orang lain. Menghargai apa sahaja. Dan Allah akan tambahkan sesuatu yang baik untuk korang. Ok? Orait! Jadi.....
TERIMA KASIH.
Tak perlu kata apa-apa. Eh. Perlu kata tapi dua perkataan sahaja!
-budak hiro-
No comments:
Post a Comment