Wahai kawan,
Kau juga seperti ku,
Punyai mata, telinga, dan mulut,
Maka peliharalah ia sebaiknya.
Wahai kawan,
Namun janganlah kau sangka,
Bahawa ia akan berkekalan melihat, mendengar, dan berkata-kata,
Kerna ia nikmat yang boleh ditarik kembali,
Pada bila-bila masa.
Wahai kawan,
Jagalah pandangan mata mu,
Janganlah menyeksa mata mu,
Dengan melihat maksiat dan perkara mungkar
Yang dilarang Tuhan.
Wahai kawan,
Jagalah telinga mu,
Jangan biarkan telinga mu terseksa,
Mendengar umpatan dan fitnah manusia,
Yang hanya membawa kepada dosa dan kerugian.
Wahai kawan,
Jagalah mulut mu,
Berjaga-jagalah dalam setiap perbicaraan mu,
Jangan jadikan mulut bahan maksiat,
Kerna mulut badan binasa,
Wahai kawan,
Ku sampaikan ini tanda sayang ku pada mu,
Kerna mata, mulut, dan telinga,
Bukanlah milik kita,
Bahkan satu amanah daripada Yang Maha Berkuasa,
Untuk kita pelihara.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
~ Al-A'raaf : 179.
Peringatan buat semua termasuk diri sendiri. Kita tak tahu apa yang bakal kita hadapi pada esok hari, lusa dan seterusnya. Kita memang tak yakin yang kita tak kan ditimpa kemalangan pada esok hari ( contoh : eksiden kereta ) yang berkemungkinan menyebabkan kita hilang deria melihat, atau mendengar, atau bercakap. Jadi, janganlah fikir bahawa apabila kita dilahirkan dapat melihat, mendengar dan bercakap, dan kita akan terus dapat melakukan ketiga-tiga itu sampai bila-bila.
Saturday, June 18, 2011
Two Face ?
God has given you one face, and you make yourself another. - William Shakespeare
Faham kan maksud sebenar dia?
Kita dah ada sikap dan perangai kita yang semulajadi, tapi kita cuba ikut sikap dan perangai orang lain.
Ada dua perkara yang nak disentuh di sini.
Pertamanya tentang berlakon menjadi seseorang. Yang ni ramai orang buat. Kalau pelakon memang kerja dia la berlakon2 ni kan. Tapi yang bukan pelakon terkenal pun pandai berlakon. Contoh, si A orangnya baik. Satu hari, dia dapati bahawa menjadi jahat di luaran tetapi baik di dalaman itu sangat cool / hero / bergaya.
Golongan orang macam A ni sangat ramai. Diorang berlakon menjadi jahat, dan setiap kali orang beritahu dia " Jahat la kau ni ", " Mu jahat kali ", " Hahaha, jahat la kau ", diorang akan bertambah suka atau happy. Tu la yang pelik. Diorang suka orang lain panggil dia jahat. Diorang ni jenis yang buat2 degil, nakal, tapi apabila orang lain minta pertolongan diorang, diorang akan tolong.
Contoh kedua, si B orangnya juga baik dan sopan. Satu hari, dia dapati bahawa orang yang cute selalu diberi perhatian dan disukai ramai. Jadi, si B ni pun buat-buat cute. Dalam percakapan dia buat-buat cute, dalam pergaulan lagi la dia buat-buat cute. Orang jenis ni tak lama.
Keduanya tentang cuba menjadi seseorang itu. Yang ni menjadikan seseorang itu sebagai suri teladan la. Kita cuba ikut sikap dan perangai orang tersebut. Yang ni ok jer. Tapi yang masalahnya ialah orang yang cuba kita ikut tu. Suri teladan kita tu. Siapakah dia? Pelakon? Penyanyi? Selebriti?
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w lah contoh ikutan yang terbaik.
We all wear masks, and the time comes when we cannot remove them without removing some of our skin - Andre Berthiaume

Wednesday, June 15, 2011
Telefon Bimbit & Gelombang Radioaktif
Aku pernah dengar.
Bahawa telefon bimbit kita sebenarnya boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan badan kita. Ya, radioaktif.
Kita dihubungkan antara satu sama lain melalui gelombang. Kita memang tak nampak atau perasan bahawa apabila kita tekan sahaja butang 'call', gelombang lah yang menjadi penghubung telefon bimbit kita dengan pihak lain itu. Itulah gelombang radioaktif.
Contohnya, apabila kita bersembang atau bercakap terlalu lama melalui telefon bimbit kita, telinga kita akan menjadi panas. Radioaktif telah membunuh sel-sel di sekitar telinga kita!!! Ini lah salah satu sebab barah otak, dll. Jadi, kalau nak cakap-cakap pun, set kan loudspeaker dulu.
Bahaya kan? Sebab tu lah kita dinasihatkan supaya letak telefon bimbit kita jauh daripada badan kita. Macam mana? Entah la... Aku juga pernah dengar bahawa set 'alarm' pada telefon bimbit bukanlah langkah yang bijak. Tapi, aku buat jugak, tapi letak lah telefon tu jauh sikit. Hehe :)
Memang ramai yang tidak tahu dan pandang enteng perkara ni. Tapi, perkara ni sangatlah penting sebenarnya. Memang tak dapat dielakkan, bahawa kita memang sangat-sangat memerlukan telefon bimbit ( kebanyakan kita. Ada yang tak) Tiap-tiap hari, kita mesti sms la, telefon la, dll. Tapi dalam masa yang sama, kita kena berwaspada dalam menggunakannya.
Bahawa telefon bimbit kita sebenarnya boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan badan kita. Ya, radioaktif.
Kita dihubungkan antara satu sama lain melalui gelombang. Kita memang tak nampak atau perasan bahawa apabila kita tekan sahaja butang 'call', gelombang lah yang menjadi penghubung telefon bimbit kita dengan pihak lain itu. Itulah gelombang radioaktif.
Contohnya, apabila kita bersembang atau bercakap terlalu lama melalui telefon bimbit kita, telinga kita akan menjadi panas. Radioaktif telah membunuh sel-sel di sekitar telinga kita!!! Ini lah salah satu sebab barah otak, dll. Jadi, kalau nak cakap-cakap pun, set kan loudspeaker dulu.
Telefon Bimbit Yang Canggih2 |
Memang ramai yang tidak tahu dan pandang enteng perkara ni. Tapi, perkara ni sangatlah penting sebenarnya. Memang tak dapat dielakkan, bahawa kita memang sangat-sangat memerlukan telefon bimbit ( kebanyakan kita. Ada yang tak) Tiap-tiap hari, kita mesti sms la, telefon la, dll. Tapi dalam masa yang sama, kita kena berwaspada dalam menggunakannya.
Wednesday, June 8, 2011
" Dia Bukan Calang-calang Orang Buta "
Kisahnya bermula dengan seorang ustaz yang terkenal dengan ceramahnya yang mantap. Oleh kerana itu, beliau sering dipanggil untuk memberi ceramah ke sana sini. Beliau sering kali mendapat panggilan terutamanya di ibu kota, Kuala Lumpur. Walaupun beliau menetap di Kedah, beliau sanggup untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur dan Kedah untuk menyampaikan ceramah.
Pada suatu hari, setelah beliau pulang dari Kuala Lumpur, semestinya setelah selesai memberi ceramah, beliau mendapat panggilan telefon. Melalui nombor yang dipaparkan di skrin telefon bimbitnya, beliau tidak tahu panggilan itu daripada siapa.
" Assalammualaikum, ustaz. Kami daripada * ( maaf tidak ingat singkatan persatuan tu), ingin menjemput ustaz untuk memberi ceramah di tempat kami pada esok hari. "
Suara yang kedengaran seperti si pemanggil itu lebih tua daripada ustaz itu. Ustaz itu tidak berapa pasti atau kenal dengan singkatan persatuan yang disebut oleh pak cik itu. Walaubagaimanapun,
Ustaz itu menjawab, " Waalaikumussalam, err pak cik, mungkin saya tak dapat datang sebab saya baru je pulang dari Kuala Lumpur. Kalau esok mungkin saya tak dapat datang. "
" Tak apa, kami telah menyediakan tiket kapal terbang untuk ustaz. Kami akan tunggu ketibaan ustaz di lapangan terbang esok. "
" Hm.."
Ustaz itu berfikir sejenak.
" Kalau begitu baiklah. "
Si pemanggil itu memberitahu ustaz itu tentang penerbangannya dengan lebih lanjut serta proses ceramah beliau.
Pada keesokan harinya, setelah ustaz itu sampai di lapangan terbang yang dijanjikan, beliau terus membuat panggilan.
" Saya sudah sampai di lapangan terbang. Pak cik ada di mana? "
" Saya ada di luar. Saya sedang memegang sehelai kertas yang tertulisnya nama ustaz di atasnya "
Ustaz itu pun mula mencari pak cik tersebut. Tidak lama kemudian, beliau terjumpa seorang pak cik yang memakai kaca mata berwarna hitam berdiri di sebalik tiang. Tangan sebelahnya memegang erat tongkat, sebelah lagi memegang sehelai kertas.
Ditelitinya kertas itu dan terkejut melihat namanya berada di kertas itu. Beliau sebenarnya terkejut kerana pak cik yang menelefonnya semalam ialah orang buta. Belum pernah ada orang buta menjemputnya untuk memberi ceramah, lebih-lebih lagi menjemput ketibaannya.
Lalu ustaz itu menegurnya,
"Assalammualaikum, pak cik "
" Waalaikumussalam, kamu ustaz ye? "
" Ya, saya. "
" Baiklah, sekarang kita ke tempat pak cik, kena naik teksi "
" Tapi, saya tak pernah menaiki teksi dan tak tahu banyak tentang tempat ini "
" Tak apa , mari ikut pak cik "
Dengan berasa hairan, ustaz itu memegang tangan pak cik itu. Pak cik itu memimpin tangan ustaz itu menuju ke tempat menunggu teksi. Seorang pak cik yang buta sedang memimpin seorang yang celik. Orang ramai di sekitar itu terkejut dengan apa yang mereka sedang lihat.
Ustaz itu berkata pada dirinya, " Pak cik ni bukan lah orang yang biasa. Walaupun dia buta, namun dia memiliki hati yang terang. "
Rupa-rupanya, pak cik itu telah menjemputnya untuk memberi ceramah kepada persatuan orang-orang buta. Singkatan persatuan yang telah disebutkan oleh pak cik kepada ustaz itu semalam telah terjawab. Ustaz itu berasa sangat kagum dengan semangat yang dintonjolkan oleh si pak cik tua yang rabun.
sumber : radio IKIM.fm ( sedikit tokok tambah ) ^_^"
Pada suatu hari, setelah beliau pulang dari Kuala Lumpur, semestinya setelah selesai memberi ceramah, beliau mendapat panggilan telefon. Melalui nombor yang dipaparkan di skrin telefon bimbitnya, beliau tidak tahu panggilan itu daripada siapa.
" Assalammualaikum, ustaz. Kami daripada * ( maaf tidak ingat singkatan persatuan tu), ingin menjemput ustaz untuk memberi ceramah di tempat kami pada esok hari. "
Suara yang kedengaran seperti si pemanggil itu lebih tua daripada ustaz itu. Ustaz itu tidak berapa pasti atau kenal dengan singkatan persatuan yang disebut oleh pak cik itu. Walaubagaimanapun,
Ustaz itu menjawab, " Waalaikumussalam, err pak cik, mungkin saya tak dapat datang sebab saya baru je pulang dari Kuala Lumpur. Kalau esok mungkin saya tak dapat datang. "
" Tak apa, kami telah menyediakan tiket kapal terbang untuk ustaz. Kami akan tunggu ketibaan ustaz di lapangan terbang esok. "
" Hm.."
Ustaz itu berfikir sejenak.
" Kalau begitu baiklah. "
Si pemanggil itu memberitahu ustaz itu tentang penerbangannya dengan lebih lanjut serta proses ceramah beliau.
- - -
" Saya sudah sampai di lapangan terbang. Pak cik ada di mana? "
" Saya ada di luar. Saya sedang memegang sehelai kertas yang tertulisnya nama ustaz di atasnya "
Ustaz itu pun mula mencari pak cik tersebut. Tidak lama kemudian, beliau terjumpa seorang pak cik yang memakai kaca mata berwarna hitam berdiri di sebalik tiang. Tangan sebelahnya memegang erat tongkat, sebelah lagi memegang sehelai kertas.
Ditelitinya kertas itu dan terkejut melihat namanya berada di kertas itu. Beliau sebenarnya terkejut kerana pak cik yang menelefonnya semalam ialah orang buta. Belum pernah ada orang buta menjemputnya untuk memberi ceramah, lebih-lebih lagi menjemput ketibaannya.
Lalu ustaz itu menegurnya,
"Assalammualaikum, pak cik "
" Waalaikumussalam, kamu ustaz ye? "
" Ya, saya. "
" Baiklah, sekarang kita ke tempat pak cik, kena naik teksi "
" Tapi, saya tak pernah menaiki teksi dan tak tahu banyak tentang tempat ini "
" Tak apa , mari ikut pak cik "
Dengan berasa hairan, ustaz itu memegang tangan pak cik itu. Pak cik itu memimpin tangan ustaz itu menuju ke tempat menunggu teksi. Seorang pak cik yang buta sedang memimpin seorang yang celik. Orang ramai di sekitar itu terkejut dengan apa yang mereka sedang lihat.
Ustaz itu berkata pada dirinya, " Pak cik ni bukan lah orang yang biasa. Walaupun dia buta, namun dia memiliki hati yang terang. "
Dia bersama tongkatnya |
- - -
Rupa-rupanya, pak cik itu telah menjemputnya untuk memberi ceramah kepada persatuan orang-orang buta. Singkatan persatuan yang telah disebutkan oleh pak cik kepada ustaz itu semalam telah terjawab. Ustaz itu berasa sangat kagum dengan semangat yang dintonjolkan oleh si pak cik tua yang rabun.
sumber : radio IKIM.fm ( sedikit tokok tambah ) ^_^"
Subscribe to:
Posts (Atom)