Si pencuri sudah tahu di mana ada nya motorsikal yang 'sporty' dan bergaya di kampung itu. Dia juga tahu bahawa si pemilik motorsikal yang ingin dicurinya itu selalu keluar untuk ke masjid dengan menaiki motor itu. Si pencuri memikirkan strategi untuk mencuri motor itu. Akhirnya, dia dapat 'idea' !
" Allahuakbar, Allahuakbar!"
Azan maghrib berkumandang. . .
" Its now or never ! ", bisik syaitan kepada si pencuri.
" Ehehehe. . ." , pencuri itu gelak-gelak sket.
Sebaik sahaja si pemilik motorsikal itu keluar dari kawasan rumahnya, ( kelajuan motorsikal masih perlahan ), si pencuri sepantas kilat menyerbu dan menolak si pemilik motorsikal itu dari motorsikalnya. Tanpa membuang masa, si pencuri itu mendirikan motorsikal itu, dan terus duduk di atasnya.
Disebabkan tidak tahu cara menunggang motosikal, si pencuri itu ter'press' minyak dengan mengejut lalu hilang kawalan, dan terjatuh ke dalam parit besar bersama-sama motorsikal.
" Motor aku ~ ! "
Si pemilik motorsikal itu sedih kerana motorsikalnya sudah rosak. Si pencuri pula sudah tidak kelihatan setelah terjatuh dalam parit besar itu. Orang ramai menganggap bahawa si pencuri itu telah mati disebabkan lemas.
" Pastikan anda benar2 mahir dalam membuat sesuatu perkara, lebih-lebih lagi yang mustahak, yang melibatkan nyawa "
No comments:
Post a Comment