Monday, February 28, 2011

Music is Contagious

Some just say " I hate music! " . Some say " Music is my life "

Well,  I really do love music . Its in my blood .  I just love it .

You know, music gives you good things and bad things. It depends on you.

If you keep listening music or songs or maybe play the musical instruments , piano, guitar, violin, . . . for hours and doing nothing , you'll completely waste your time.

But if you can manage to control yourself, you'll be on the safe side. Actually, music can give you peace and help relaxing your mind ( except rock music . . . am I right? nvm ). Music helps you making new friends as well. This is when you're happen to have the talent to play musical instrument. You'll play the instrument with your friends . . . or maybe you play it and the others sing along with you. Or maybe when your friend is crying and in gloom, you can cheer him/her by playing some song to him/her. See?



 " Hehe . . . i'm playing piano! " , the cat said.

Well, for those who have talent in music, be grateful. For those who doesn't have the talent, be grateful as well, because you have the other talent, I'm sure of it .

Some people always proud of himself and tell everybody that he's great in bla bla bla. Well, thats not my type. and I dont like it.

Lastly, music helps you to remember well. For instance, you can remember a song just for a few times replaying the song. Asmaa'ul Husna . . ., you read it in song and can easily memorized it. Even the Quran as well but it has its own song. And you CANT recite it whatever the way you like.

Wednesday, February 23, 2011

Joysad Moment

joy comes and joy goes off . . . then, sorrow comes and haunting you. . .

well, anything can happen  . . . when you're happy with what you've got for example good exam results, birthday presents , etc, . . . then, on the next day something bad happened to you and you just cant accept it . . .

when you're happy with what you've got, you feel like you're on the seventh heaven, and you feel SO grateful
and thankful to God. you feel like you want to tell everybody about your success. you feel like you're on the mood to do good things, like helping parents, friends....

when you're down. . . feeling unhappy, sad, and disappointed because of bad things happened to you, you feel like you're completely lost and your heart cracked and broke into pieces. . .you feel like you dont know what to do next, you feel like you wanted to be alone for the time being, and you feel like you want to blame the others for what you've got . . .

well, thats common. . .

but what you must DONT EVER feel is to feel hate to God . hate for not helping you to achieve what you really wanted. you must remember that it was the test from the God. He was just testing you. most of the people forgot about this and took the wrong path.

Monday, February 21, 2011

Malu ?

Malu Itu Iman

Tidak dinafikan bahawa malu itu adalah benteng yang dapat mengelakkan  anak-anak dari melakukan maksiat. Bahkan perasaan malu dari melakukan  maksiat itu adalah sebahagian dari iman.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: Malulah kepada Allah dengan  sebenar-benar malu. Para sahabat menjawab: Kami memang malu kepada  Allah, wahai Rasulullah, alhamdulillah. Baginda berbicara lagi: Bukan  itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah dengan sebanar-benar malu  ialah: engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan, engkau  memelihara perut dan apa yang diisikan ke dalamnya, engkau mengingati  mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat,  dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat dari dunia.  Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada  Allah dengan sebenar-benar malu."

Malu yang dimaksudkan di atas ialah malu dari mengingkari perintah  Allah dan malu dari melakukan kejahatan. Ini bermakna, perasaan malu  yang memang ada dalam diri anak-anak itu perlu dipupuk agar dimanfaatkan  untuk menjaga maruah diri, menjauhi maksiat dan mendekatkan diri dengan  Allah. Namun malu itu, di samping boleh menjadi  perisai kejahatan, ia  juga boleh menjadi penghalang kebaikan.


Kisah Ibnu Umar

Dalam Sahih Bukhari terdapat satu hadis yang mengisahkan Abdullah bin  Umar ketika dia masih kanak-kanak. Dia meriwayatkan bahawa Rasulullah  pernah berkata dihadapan sahabat-sahabat: Sesungguhnya ada di antara  pohon-pohon, sebuah pohon yang tidak gugur daunnya, dan itulah umpama  seorang muslim, maka nyatakan kepada ku apakah pokok itu? Para sahabat  masing-masing menyangka pohon itu adalah pohon yang terdapat di  pendalaman. Abdullah bin Umar berkata: Saya telah mengagak di dalam hati  saya bahawa pohon itu adalah pohon kurma, namun saya malu untuk  mengucapkannya. Lalu para sahabat berkata: Beritahulah kami apakah pohon  itu ya Rasulullah!. Jawab Baginda: Itulah pohon kurma!.

Abdullah bin Umar berkata dalam riwayat lain: Saya melihat Abu Bakar  dan Umar tidak mengatakan apa-apa, maka saya tidak ingin mengatakannya.  Apabila pulang, saya memberitahu bapa saya (Umar Al-Khattab) tentang apa  yang saya fikirkan dalam hati saya tadi. Lantas, bapaku menjawab:  Andaikata engkau menjawab tadi, sesungguhnya itulah yang aku lebih sukai  dari mendapat unta merah!.

Nah, lihatlah betapa Sayyidina Umar amat menggalakkan agar anaknya  yang masih kecil ini untuk berani menyuarakan pendapatnya. Demikianlah  dorongan seorang sahabat besar kepada anaknya agar menjadi berani dan  tidak malu.


Kecil tapi Petah

Terdapat satu kisah menarik pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz  yang menunjukkan kejayaan anak kecil mengikis perasaan malunya untuk  berbicara di hadapan seorang pemimpin utama negara.  Di awal  pemerintahan Umar, satu rombongan dari Hijjaz telah datang untuk bertemu  baginda. Rombongan itu menyerahkan tugas untuk bercakap mewakili mereka  kepada seorang kanak-kanak yang belum sampai usia 11 tahun. Melihat hal  itu, Khalifah Umar berkata kepadanya: Berundurlah engkau dulu, agar  orang yang lebih dewasa tampil ke hadapan.

Maka berkatalah si anak kecil itu: Moga-moga Allah mengekalkanmu  wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dihitung dengan dua  anggota yang paling kecil baginya: iaitu hatinya dan lidahnya. Jika  Allah sudah mengurniakan si hamba itu lidah yang petah, dan hati yang  kuat ingatan, maka sudah tentu dia berhak bercakap. Wahai Amirul  Mukminin, andaikata semua perkara diukur dengan umur, nescaya ada orang  lain yang lebih berhak daripada mu untuk jawatanmu ini!.

Akhirnya Khalifah Umar Abdul Aziz akur kerana sangat kagum dan  terharu dengan kebolehan salah seorang rakyatnya yang masih kecil itu.  Lantas dia bermadah:

Belajarlah, kerna tiada manusia lahirnya berilmu,
Dan si alim itu tidak sama dengan si jahil dungu,
Sesungguhnya pemimpin yang gersang ilmu itu,
Dipandang kecil bila dikelilingi mereka yang serba tahu.

Kisah di atas menggambarkan potensi yang ada pada anak kecil yang  berjaya digarap dengan hilangnya perasaan malu. Sesungguhnya ia berlaku  hasil didikan ibu bapa yang gigih melatih anak-anak supaya berani,  berketrampilan dan tidak malu untuk melakukan perkara yang baik.

Saturday, February 19, 2011

Kisah Sebatang Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "

Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.

Mereka berdua menangis kegembiraan.

Cerita ini dipaparkan untuk mengajak semua untuk berfikir tentang pengajaran yang dapat diambil di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang digambarkan di dalam cerita di atas adalah anologi kepada kedua ibu bapa kita. Kita dapat lihat daripada cerita di atas, jika kita memerlukan bantuan, kita akan mencari ibu dan ayah kata. Selepas mereka membantu kita, kita selalunya tinggalkan mereka dantidak ambil kisah tentang mereka. Mereka (ibu bapa) sentiasa mencari jalan untuk membantu anak-anak mereka, namun ramai anak di luar sana yang tidak mengenang budi malah menderhakai mereka. Fikirkan.

from iluvislam.com . here

T.I.D.U.R

hm...lama betol dah x update blog ni...sry deh

lenguh.....badan ini lenguh2 rasanya...mungkin aku tersalah tidur rasanya ( salah cara tidur ) ...

bercakap tentang tidur, aku nak kongsikan tentang persediaan sebelum tidur........





Daripada Aisyah r.a katanya: " Nabi s.a.w. apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua dua tangannya ( seperti berdoa ), lalu meniup dan membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah An-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan badannya . Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

(At-Tirmizi )


Selain itu sebelum tidur, baginda menunaikan solat witir kerana Nabi s.a.w. juga telah megingatkan ummatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.



Diriwayatkan oleh Barra' bin 'Azib r.a , bahawa Rasulullah pernah bersabda :

Maksudnya: " Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian, hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. 

( Hr Bukhari dan Muslim )



Tidur dengan meniarap?

Abu Umamah r.a berkata : Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan bersabda:

Maksudnya: " Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam "

( Hr Ibnu Majah )

Dr. Zafir al-Attar berkata :

" Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesukaran untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Terdapat suatu kajian di Australia dan hasilnya menyatakan bahawa akan berlaku peningkatan kematian kanak2 kepada 3 kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Saturday, February 12, 2011

Jom ke Masjid

Dari Ubai bin Kaab r.a : Katanya "Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu, dia tidak pernah ketinggalan bersolat jemaah. Kata orang kepadanya, " Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik". Dia menjawab, : Aku tidak .. suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis ALLAH pahala bagiku". Sabda Rasulullah S.A.W., " Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagimu".

***

Lepas je Na bace hadith ni op, Na terus tersentak...tertunduk dan terfikir seketika ...

Na sangat kagum dengan lelaki tu.....


Ganjaran menanti bagi golongan yang mengimarahkan masjid


Sabda Rasulullah S.A.W., " Apabila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka saksikanlah bahawa dia seorang yang beriman".

( Riwayat AT-Tarmizi )


Allah telah berfirman,

" Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid2 Allah itu ialah orang2 yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah(dengan adanya sifat2 yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat pentunjuk.

( Surah AT-Taubah, ayat 18 )

***


" Pergi masjid bukannya dapat duit..."

" Apa pekdahnye pergi masjid, nanti kene sedekah kat tabung masjid, kalau x sedekah, malu plak nanti.."

Kita hidup ni, bukan semata-mata untuk duit ... janganlah kita tergolong dalam kalangan yang menjadi hamba kepada berhala...........iaitu duit. Walaupun kita ke masjid, tapi x dapat duit , atau ... x kesah la benda2 lain...tp sedarlah, kita akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T , insyaAllah...

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, : Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu :

Na nak fokuskan kepada satu golongan ni je ye (berkaitan dengan tajuk) ...... iaitu seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat jemaah di dalamnya)

Sama2lah kita mengimarahkan masjid Allah dae...moga2 Allah berkati kita

wallahua'lam

Ratings and Recommendations by outbrain