Saturday, December 13, 2014

Menunggu Peluang

Cerita sebelum tidur.

"Eh, ni tempat aku lah! Kawasan aku! Jangan masuk! Pi keluar!"

"Kenapa pulak! Mana ada nama kau kat sini....Aku panggil bos aku karang, baru kau tau"

"Dah, pi tempat lain. Aku tak nak tengok muka kau. Dah la pengotor, tak sedar diri pulak. Itu lah, makan tahi lembu banyak sangat"

"Kurang ajar. Memang aku tertarik dengan benda kotor, nak buat macam mana? Kau pulak, tau hisap darah je. Macam dracula dah aku tengok. Lepas tu, bagi penyakit Aedes kat orang lain. At least aku tak kacau hidup orang lain"

"Yang kau duk hinggap dekat muka, hidung dorang tu tak kacau ke?"

"At least tak de la sampai mati macam kau buat!"

"Oo..kau kutuk kitorang ye. Aku panggil bos-bos kitorang!"

"Bawak mai lah. Macam la kitorang takut sangat. Kitorang pun ada bos-bos kitorang jugak!"

Lalu kedua-dua itu pun memanggil ketua dan orang kuat masing-masing. Perhimpunan antara kedua-dua ketua itu membuat ramai juga yang datang untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Apa masalahnya ni?"

"Dia ni, masuk tempat kita, lepas tu kutuk-kutuk puak kita"

"Betul ke ni?"

"Saya cuma mahu bersiar-siar tiba-tiba dimarah oleh budak tu. Lepas tu, dia yang mulakan pergaduhan ni"

Pada saat itu, di celah-celah semak samun, seekor katak sedang memerhati tajam ke arah kumpulan itu. Tersengihnya seolah-olah rancangannya pasti akan berjaya.

"Beginilah, kan kita semua dah bersetuju untuk sama-sama hidup harmoni di Taman Hijau ini. Jadi, kawasan kamu-kawasan aku itu cerita lama. Jangan diungkit lagi untuk memecah belahkan kita"

"Betul tu. Saya sangat menghormati dan menghargai jasa nenek moyang kita semua dahulu yang telah menyatukan kita semua. Kalau tidak, sampai ke hari ini, pasti hidup berperang"

Setelah melihat dua golongan itu saling berpelukan, si katak itu melarikan diri. Hampa. Namun, dia tak pernah mengalah. Satu hari nanti, pasti mereka akan berperang, fikirnya.

"Dan ketika itu, pasti lah aku yang mengaut keuntungan".


-budak hiro-

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain