Tuesday, January 20, 2015

Pemukul Nyamuk

Kali ini mungkin akan nampak macam diari tapi tak apa lah ya.

Pilih untuk baca atau tidak.

Pada satu petang awal tahun ini, saya tiba-tiba menjadi rajin untuk mengemas halaman rumah saya. Saya tak pasti adakah ini kerana semangat awal tahun atau tidak. Tapi yang saya pasti, saya bukanlah dari golongan tangan hijau. (peribahasa inggeris).

"Pokok, bunga dan rumput petang-petang begini memang seronok mata memandang", hati saya membisik.

Tiba-tiba jarum nyamuk menusuk lengan saya.

Pek.

Saya pukul nyamuk tu. Mati.

"Ha padan muka"

Tak lama kemudian saya ternampak sudah banyak nyamuk mengelilingi saya.

"Apakah!"

Mungkin juga kerana mereka mahu membalas dendam atas nyamuk yang saya pukul tadi.

Saya cuba memukul nyamuk-nyamuk yang terbang mengelilingi badan saya seperti bulan mengelilingi bumi tapi semakin rapat. Sangat susah untuk pukul satu nyamuk. Jiran-jiran sebelah mungkin fikir saya gila kerana menepuk tangan seorang diri sambil melompat-lompat.

"Tak boleh jadi ni!"

Saya segera mengambil raket nyamuk dalam rumah lalu kembali ke tempat tadi dengan pantas. Takut-takut nyamuk itu sudah pergi. Geram betul.

Lalu saya cuba memukul-mukul nyamuk itu dengan raket nyamuk dengan gaya seorang ahli kung-fu. Jiran-jiran sebelah lagi lah fikir saya sudah gila.

Saya tak tahu kenapa nyamuk-nyamuk ini sangat sukakan saya. Adakah kerana mereka melihat saya sebagai nyamuk? (tiba-tiba)

Tamat cerita.





Tak best langsung ending cerita tu kan.


Tapi selepas saya fikir balik tragedi petang tu kan (sebenarnya tiap-tiap petang pun benda sama berlaku), perkara yang sama sedang berlaku di dunia hari ni.

Nama Islam sudah dikotori dan dipukul teruk bertubi-tubi.

Daripada pakaian (tudung, jubah, etc), sehinggalah perkataan "Muhammad" dan "Allah".

Tragedi demi tragedi. 

Masing-masing ada sahaja yang memburukkan nama Islam.

Orang yang tak berfikir pasti akan terus menghentam orang Islam. Membuatkan sesetengah daripada orang Islam ini rasa tergugat, dan imannya goyang.

Rasa lemah. Rasa seperti tiada siapa yang dapat membantu dan mengubah nasib Islam hari ni.

Dan sepatutnya ini membuat kita balik kepada Allah. Dia lah sahaja yang mampu menyucikan nama Islam ini kembali. Tapi dengan syarat ada yang menyucikannya lah!

Soalannya, siapakah yang mahu tergolong dalam orang yang membersihkan kotoran-kotoran prasangka terhadap Islam ni?

Kalau ada raket nyamuk, tapi tak ada pemukulnya, tak jadi lah kan??


*Tengah tulis ni, ada nyamuk kacau! Mungkin nyamuk juga pandai baca.


Pek.



-budak hiro-

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain