Tuesday, October 21, 2014

Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Kalau masa kecik-kecik dulu, saya pernah la tertengok cerita "Princess" kat TV3.

Katanya, "Hidup hanya sekali, so kita enjoy!"

Geleng kepala.

(sila rujuk ayat pertama di barisan pertama, tertengok okayyy...haha!)

Saya juga pernah membaca novel yang sangat best siot (kerana bukan senang untuk saya suka baca novel) di kolej dahulu dalam mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Novelnya bertajuk "Kokoro", karya Soseki Natsume. Ya, novel bahasa Jepun yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Bukunya saya syorkan untuk semua baca! Bukunya menarik dalam banyak aspek. Susah la kalau nak bedah buku kat sini kan.

Tapi, secara umumnya, antara tema kecil buku tu adalah tentang penyesalan si orang tua kerana perkara yang telah berlaku ketika dia muda dahulu. Teknik penceritaan dia sangat takjub kerana pak cik Soseki itu telah berjaya buat aku menjadi watak itu sendiri. Feeling bro!

Pengakhiran novel itu ialah, (sila sambung baca kalau tak kisah spoiler) dia akhirnya bunuh diri di tempat yang sunyi, jauh dari manusia lain kerana tak tertahan derita kenangan pahit zaman mudanya. Zaman Jahiliyyahnya.

Daripada cerita ini, saya rasa, eloklah kita belajar ibrahnya. Muda, bukan zaman buang masa. Bukan masa bermaksiat. Bukan masa untuk menjadi remaja kebiasaannya. Kerana kita di masa tua nanti akan merana.

"Aku dulu pernah buat sok sek sok sek. Astaghfirullah. Tak sanggup aku tengok anak-anak aku jadi macam aku dulu-dulu, ni Mat oii" kata Pak Mot sebelum menghirup kopi ko.

"Aku pulak dulu dengar je pesan mak pak aku. Sebab tu aku jadi kaya raya macam sekarang ni! Hahahaha!"

Walaupun si Pak Mat itu kerek, namun itulah terjadi kalau kita berada landasan yang benar.(kecuali kerek tersebut)

(Sila ignore contoh yang diberi kalau rasa tak puas hati..heh)

Contoh lain mungkin yang boleh saya kongsikan ialah penghijrahan artis-artis yang dulunya kemain lagi huha huha, sekarang menjadi orang yang lebih baik daripada kita?!

Mungkin apa yang membuatkan mereka untuk berubah ialah kerana mereka berfikir tentang masa depan mereka (of course lah hidayah daripada Allah, kan). Bukan sahaja masa depan yang bermaksud masa tua, tapi masa lepas mati nanti!

Lagi, pernah saya terbaca surat khabar Metro di muka surat depan - "Si Gengster menjadi Si Alim" (lebih kurang lah bunyinya ya). Hairan. Dan saya pasti, itulah yang terbaik untuknya. Kalau mungkin dicerca, dihina oleh kawannya hari ini, tapi dia pasti dapat menikmati hari tuanya dengan senang. Juga di hari kemudian. (Satu daripada seribu tajuk muka depan Metro yang bagus...oops)

Jadi, orang muda sekalian...

Masa untuk...bertukar!! Kita hidup hanya sekali.

Terlajak memandu kereta boleh diundur,
Terlajak bermaksiat boleh bertaubat.
Taubat dengan taubat nasuha! (eh pantun tak jadi lagi tak best)

So...

"Plan your future"


-budak hiro-



Wednesday, October 15, 2014

COME- SAHAM - ME - DA

Apakah?!

Tajuk tak tarbawi langsung kan? boooo ~

Sorry.

Meh saya nak mulakan dengan serangkap pantun feveret saya.

"Daun selasih ikan puyu,
 Terima kasih, Thank you"

*Clap, Clap, Clap*




Errr.....

ok.

Hidup dalam zaman ini, nilai kesyukuran semakin kurang. Budaya terima kasih lagi lah berkurang.

Bukan bermaksud penggunaan 'terima kasih' itu sendiri. Ya. Walaupun 'thank you' atau 'tenkiu' lebih digemari berbanding 'terima kasih' itu sendiri. (Termasuk jzzk juga ya!). Tapi, ucapan penghargaan itu terhadap seseorang yang membantu itu kian pupus. Dan bagi saya, benda ini serius!

Kalau baca semua buku-buku motivasi tentang Sumber Manusia (Human Resource), pakar-pakar motivasi pasti akan menyentuh bab pengucapan terima kasih. Mengikut teori McGregor, pekerja jenis Y pasti suka apabila dihargai oleh bossnya lalu akan bekerja dengan lebih power gituhh! So, kalau boss tiba-tiba baik tu, maksudnya, boss korang tu sebenarnya nak korang keep up the good work.

Sebenarnya bukannya susah pun nak sebut 'terima kasih' kan? Cumanya sudah tak jadi budaya dan mungkin ada yang mempunyai sikap ego dan tak ada rasa 'terima kasih' itu sendiri, apatah lagi untuk say it out kan? Tapi, sebenarnya percayalah apabila di'terima kasih', korang pasti akan rasa lain. Serius!
Terima kasih
Ada kajian yang menunjukkan sebenarnya 'terima kasih' ini akan memberi faedah kepada pemberi dan penerima. Tak kira faedah dari segi emosi, hubungan antara satu sama lain, dan yang paling penting, penerima itu akan rasa mahu bersama korang dan tolong korang lagi bila-bila sahaja nanti, berbanding dengan orang yang buat derkkkk je.

Semuanya kerana memang lumrah manusia mahu dihargai.

Pengalaman saya berada di negara orang memberitahu saya bahawa rakyat Malaysia kurang sikit (kurang sikit je ya) berterima kasih antara satu sama lain. Di negara yang pernah saya jejaki ini, sikit-sikit terima kasih, sikit-sikit terima kasih. Lagi, selalu bermaaf-maafan. Sorry. Sorry. Sorry. (Sila jangan fikir lagu Koriya). Tapi inilah yang berlaku, yang saya rasa kita kena improve! Kalau menurut kajian yang tadi tu, memang tepat lah. Hati selalu happy. Tak ada pendam dendam gila-gila punya. Negara pun boleh maju ke depan. (Tiba-tiba)



Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Surah Ibrahim, ayat7)


Menurut tafsir - ustaz Nouman Ali Khan, mengikut terjemahan sebenar, Allah tak merujuk kepada apa-apa penambahan, yang bermaksud, Allah boleh sahaja tambah nikmat kepada korang dengan apa-apa nikmat sekali pun. Dan ini hanya akan berlaku kalaulah korang bersyukur! Allah sekali lagi tak merujuk bersyukur kepadaNya, tapi hanya bersyukur. Menghargai apa yang ada. Menghargai orang lain. Menghargai apa sahaja. Dan Allah akan tambahkan sesuatu yang baik untuk korang. Ok? Orait! Jadi.....


TERIMA KASIH.

Tak perlu kata apa-apa. Eh. Perlu kata tapi dua perkataan sahaja!


-budak hiro-


Thursday, October 9, 2014

Impian > Arus

Saya baru terbaca mengenai seorang wanita yang drop-out kolej dulu, tapi hari ini sudah menjadi billionaire!!!

Mark Zuckerberg, Steve Jobs, Bill Gates, Budak Hiro (tiba-tiba), semuanya drop-out kolej tapi sudah menjadi seorang yang sangat kaya raya! Adakah kita juga perlu......teng-teng-teng.
(Nanti kerja basuh pinggan)

Apa yang saya kagumi ialah keberanian mereka untuk membuat keputusan melangkah keluar meninggalkan universiti dan kolej. Bukan senang. Wajah-wajah tersayang, penaja biasiswa, kawan-kawan, kemungkinan basuh pinggan sebaik sahaja melangkah kedua-dua kaki keluar pagar universiti, semuanya muncul di bayang minda.

Dan saya pasti, untuk membuat keputusan seperti itu memerlukan sesuatu yang sangat besar. Impian dan keyakinan. Kalau korang tak yakin pada sesuatu, korang tak akan buat benda tu. Seseorang tak akan senang-senang mencurahkan air di tempayan di hari yang mendung, melainkan dia...

Sebagai contoh, wanita itu, Cik Elizabeth yang sangat bersungguh-sungguh mencari alternatif menggunakan jarum untuk mengambil darah, kerana berpendapat, ada cara yang lebih senang, murah, dan tidak menakutkan (kajian menyatakan ramai takut ambil darah sebab takut jarum).

Dan semangat itulah yang mencabar dirinya menjadi drop-out untuk lebih fokus dalam bidang yang diminatinya. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, kita kena cari apakah yang kita sebenar suka dan minat. Lalu, asahlah ia (make sure selari dengan syara' ya).

....

Krik-krik-krik.

....

Ok la.

Begitu juga dengan dakwah dan tarbiyyah kita.

Apa yang penting ialah setiap seorang daripada kita kena pasang impian dan keyakinan. Sebagaimana keyakinan para sahabat dulu pada janji-janji daripada mulut Rasulullah, dan juga Al-Quran, begitulah juga kita perlu yakin. Plan ahead. Gunakan segala kehebatan dalam menyampaikan mesej-mesej nan murni...ewah-ewah! Kalau mereka boleh punyai impian dan keyakinan lalu menjadi seorang yang kaya-raya, kita juga perlu macam tu! Kalau tak kaya-raya dunia, kaya-raya pahala, apatah lagi di akhirat!

Keprihatinan Cik Elizabeth terhadap setengah masyarakat yang sanggup terseksa dengan penyakit daripada diambil darah melalui jarum itu telah berjaya menghasilkan teknologi baru. Hari ini, ramai yang sanggup terseksa jiwanya (walaupun ada yang tak merasainya) daripada ambil jalan Islam, tetapi adakah kita prihatin? Adakah kita CUKUP prihatin?

Tak perlu kita menjadi drop out untuk menunjukkan kita prihatin. Cuma, bekerja lah. Kerana itu menunjukkan korang prihatin!


Monday, October 6, 2014

Ilaah

Ce mengucap sikit.

Ha!

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah"

Gituuu...

*Clap-clap-clap*

Dah jadi orang islam. Senang tak?

Benar, ada hadis nabi pasal perkara ini. (Check sendiri ya! Kui3)

Ok.

Tengok ni plak!


"Orang-orang A'raab berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam". Dan (ingatlah) jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". 


(Surah al-Hujuraat, ayat 14)


Dalam agama kita ini, ada banyak tahapan. Tapi korang kena tahu dan ingat, bahawa menjadi orang Islam itu bukanlah tiket untuk ke syurga begitu sahaja. Janganlah berfikir dengan fikiran orang yahudi yang menyangka mereka adalah golongan pilihan yang pasti akan berakhir di dalam syurga abadi tanpa ada usaha langsung.


Menghayati Syahadah

Ce korang fikir sat. Apa yang membuat Abu Bakar as-siddiq bergegas berdakwah kepada kawan-kawannya dan berjaya mengislamkan sekurang-kurangnya 6 orang yang dijanjikan syurga dalam masa satu hari. Apa yang membuat Mus'ab bin Umair sanggup meninggalkan semua kemewahan harta yang dimilikinya hanya kerana ingin mencelup dirinya dalam agama yang benar ini. Apa yang membuat Talhah bin Ubaidillah mempertahankan Nabi sesungguh-sungguhnya dalam Perang Uhud sehingga sebelah tangannya menjadi lumpuh.

Ya lah. Banyak lah faktornya kan. Tapi, antara sebabnya ialah syahadah mereka. Atau secara spesifiknya ialah kefahaman terhadap perkataan 'Ilaah' dalam syahadah mereka.

Saya teringat kata-kata Ustadh Nouman Ali Khan pada satu hari : 'Ilaah' adalah merupakan perkataan yang mempunyai kata dasar yang berasal daripada perkataan yang membawa kepada kekasih yang paling tertinggi! Manakala perkataan 'habib' ialah perkataan yang merujuk kepada kekasih rank pertama.

Katanya lagi, dalam bahasa arab, mereka sanggup mati demi 'Ilaah' mereka, kerana iya lah, cinta sejati, cinta tertinggi mereka.

Kerana itulah para sahabat dulu-dulu seolah-olah fairy tale. Sanggup buat apa sahaja demi 'Ilaah' dalam syahadah mereka.

Mungkin inilah penyakit saya, anda, dan ummat ini pada hari ini. Allah bukanlah 'ghayah' apatah lagi 'Ilaah'. *Tunduk*

Kita duk sebut "Asyhadu alla ilaaha illallah" paling kurang 9 kali sehari ini pon belum tentu benarnya kan.

Walaubagaimanapun yang penting ialah USAHA ke arah itu. Setiap benda yang kita buat ialah kerana kekasih kita. Kalau dalam cerita, lagu omputeh, lagu koriya, bukan main lagi sanggup buat itu, ini demi kekasih, inikan pula kekasih tertinggi! Sepatutnya ALL-OUT lah kan?

Dan itulah apa yang sahabat buat.

So, apa yang kita perlu buat ialah perbaharui syahadah kita. Setiap hari, bangun pagi, ingatkan diri kita, kita ada 'Ilaah' yang mesti kita sayangi sepenuh hati. Kekasih yang kita mesti elak daripada buat Dia marah pada kita. Kekasih yang selalu kita ingat setiap masa. Kekasih yang sentiasa menjadi sebab kita buat sesuatu, sebab dalam hati kita Dia lah nombor satu.


"Nampakkah (wahai Muhammad) keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan (ilaah) yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya supaya tidak sesat?"

(Surah Al-Furqan, ayat 43)


Ratings and Recommendations by outbrain